Sunday, November 30, 2008

MENGAPA TIDAK HADIR MESYUARAT PENUH MAJLIS DAERAH KUBANG PASU

USTAZ YUSOF DAN DR ROHANI TIDAK HADIR MESYUARAT

Penulis telah diberitahu bahawa Mesyuarat Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang diadakan pada hari ini (Ahad) tidak dihadiri oleh 2 orang Ahli Majlis iaitu Ustaz Mohd Yusof Hj. Ahmad dan Dr. Rohani Abdul Mutalib. Kedua-dua mereka ialah Ahli Majlis yang mewakili PAS Kawasan Kubang Pasu yang diketahui umum sebagai Ahli Majlia Pro Rakyat yang menentang perlalksanaan bayaran letak kereta berkupon.

Ketidak hadiran mereka ke Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu telah menimbulkan beberapa persoalan, sekaligus bertiup spekulasi bahawa mereka telah mengambil tindakan memboikot rakan-rakan dalam Majlis Daerah Kubang Pasu. Juga ada khabar yang mengatakan mereka, kalau bukan keduanya sedang menimbangkan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu.

Menurut salah seorang Ahli Majlis yang hadir ke mesyuarat hari ini kepada penulis telah menyatakan kebimbangannya jika mereka yang berkenaan (Ustaz Yusof dan Dr. Rohani) meletakkan jawatan, ekoran rasa kurang senang dengan tindakan beberapa Ahli Majlis yang telah menyokong perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon di Pekan Jitra dan sekitarnaya yang akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari depan.

“Jika mereka mengambil pendekatan memboikot mesyuarat di peringkat Majlis Daerah Kubang Pasu adalah tidak wajar sama sekali kerana ia tidak akan dapat menukar keputusan Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Kubang Pasu berhubung perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon tersebut”, ujarnya.

Kedua-dua mereka harus sedar dengan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh Jemaah PAS semasa mereka bersetuju menerima perlantikan Ahli Majlis tempoh masa lalu. Jikapun mereka berhak berkecil hati dan rasa ‘ditikam’ dari belakang oleh tiga orang Ahli Majlis (PAS Kubang Pasu) iaiatu Masduki L. Abdullah, Hj. Abd Aziz Jusoh dan Abd Rahman Daie’ yang telah bertindak tidak menyokong membantah perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon seperti yang diputuskan oleh PAS Kawasan Kubang Pasu.

Bagi penulis ialah kedua mereka tidak perlu memboikot mesyuarat Majlis Daerah Kubang Pasu lagi ataupun meletakkan jawatan kerana ia akan merugikan PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata. Walaupun perjuangan mereka membela rakyat bawahan dalam isu parking ini telah dikalahkan oleh rakan-rakan sendiri, namun masih banyak perkara lain yang melibatkan dasar dan polisi di PBT Kubang Pasu yang perlu diperbaiki. Ini kerana, ahli-ahli PAS sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada mereka yang berkenaan (Masduki L.Abdullah, Hj. Abd Aziz Jusoh dan Abd Rahman Dai’) yang telah bertindak mengkhianati PAS Kubang Pasu.

Sayugia diingatkan bahawa amanah dan tanggungjawab yang berada di pundak bahu mereka berdua lebih utama berbanding melayan sikap ego ketiga-tiga Ahli Majlis berkenaan yang kini telah dilabelkan sebagai pengkhianat oleh ahli-ahli PAS di Kubang Pasu. Soal besar atau kecil peratusan khianat mereka bukan boleh dijadikan bahan senda gurauan. Sebaliknya ahli-ahli PAS akan pasti menghukumj mereka bila sampai masa dan keadaan yang sesuai.

Sehubungan itu, penulis ingin memberi keyakinan kepada mereka berdua (Ustaz Mohd Yusof dan Dr Rohani) bahawa ahli-ahli PAS di peringkat bawahan tetap bersama mendukong perjuangan mereka. Sikap dan tindakan yang mereka ambil untuk membela kepentingan rakyat tetap akan dikenang dan dihargai. Walaupun mungkin kedengaran suara – suara jahat yang datang menuduh mereka sebagai Ahli Majlis yang tidak menyokong kerajaan Pakatan Rakyat. Sebenarnya menyokong aspirasi rakyat yang tidak bercanggah dengan hukum syarak dan dasar PAS, merupakan tindakan yang selari dengan falsafah dan konsep ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”.

Akhirnya, penulis ingin menyarankan supaya anda berdua teruskan perjuangan untuk memartabatkan kepentingan rakyat, agama dan tanh air yang tercinta.

Thursday, November 27, 2008

TAMRIN QUBRA - MENINGKATKAN DAYA JUANG AHLI DAN AKTIVIS PAS


Jawatankuasa Memperkasa PAS Kubang Pasu (PERKASA) akan menganjurkan program Tamrin Qubra pada bulan Disember depan.

Menurut jurucakap PERKASA, Hj. Taib Abdul Rahman bahawa, pihaknya akan menganjurkan program Tamrin Qubra Siri-1 pada 25 Disember depan yang melibatkan seluruh ahli dan aktivis PAS dalam kawasan Kubang Pasu.

Tamrin Qubra diadakan lanjutan daripada siri-siri Usrah Qubra yang telah diadakan sejak pertengahan tahun ini yang kini memasuki siri ke – 21. Di mana, ia turut dihadiri oleh ahli-ahli dan aktivis PAS dalam kawasan Kubang Pasu.

Memetik laporan tabloid Harakah awal bulan November, Timbalan Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Organisasi PAS Pusat, YB. Ustaz Nasaruddin Mat Isa mengatakan bahawa hampir satu dekad (10 tahun) PAS sudah meninggalkan ataupun kurang memberi perhatian kepada program tarbiyyah.

Beliau juga mengatakan bahawa maklumat yang diperolehi terdapat kawasan-kawasan yang tidak ada langsung usrah samada di peringkat AJK PAS Kawasan maupun di peringkat cawangan. Ucapannya disampaikan ketika membentangkan kertas kerja di Konvensyen Tarbiyyah PAS Pahang dekat Jerantut baru-baru ini.

Hj. Taib berkata, “ Tamrin adalah merupakan proses taribyyah yang sangat penting dalam PAS. Ini kerana, ahli-ahli yang mengikuti program tarbiyyah PAS sahaja yang akan dapat memahami serta berdaya tahan dalam mengharungi perjuangan Islam melalui wadah PAS, sekaligus memiliki daya juang yang ikhlas”.

“Pelbagai kecelaruan yang timbul dalam Jemaah PAS sejak akhir-akhir ini, adalah berpunca dari sikap ahli-ahli dan aktivis PAS yang tidak pedulikan tentang tarbiyyah, khususnya tarbiyyah mengikut acuan PAS. Hanya tarbiiyah PAS sahaja yang dapat menyatukan fikrah dan amal dalam Jemaah ini”, katanya lagi.

Beliau menambah, "Di era 80an dulu, tarbiyyah menjadi agenda yang diberi penekanan oleh kepimpinan PAS di semua peringkat. Ikatan ukhwah Islamiyyah sesama ahli PAS di mana jua peringkat amat hebat sehingga menakutkan UMNO/BN ketika itu, walaupun PAS tidak menjadi kerajaan (memerintah)".

"PAS adalah Jemaah Islam maka tarbiyyah seperti usrah, tamrin, qiamuallail, liqa al-fikr', muqayyam semestinya dimasukkan di dalam kalender PAS semua peringkat untuk dilaksanakan sepanjang masa, bukannya bermusim. Jangan tunggu sehingga ahli-ahli PAS menjadi lemah ataupun ikatan ukhwah terputus baru nak buat usrah, tamrin dan sebagainya" katanya lagi.

Sehubungan itu, ahli-ahli dan aktivis PAS disarankan mengikuti program Tamrin Qubra yang akan diadakan tersebut. Pihaknya sedang menguruskan pimpinan tarbiyyah PAS di peringkat pusat dan negeri untuk hadir bagi mengisi program Tamrin Qubra, di samping akan turut mengundang Ketua Urusan Ulama PAS Kubang Pasu, Ustaz Mustaffa Abdullah di program tersebut.

Keterangan lanjut, bolehlah hubunginya (019-464 8929) atau Asri Baharom (012-544 5084).

Wednesday, November 26, 2008

ISU ARAK - PENDIRIAN ANWAR MENGELIRUKAN DAN TIDAK ISLAMIK

Laporan oleh Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata,
tiada larangan jualan alkohol di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi di Selangor amat mengelirukan dan tidak mengambilkira sensitiviti umat Islam di Negara ini.

Menurut Hj Taib Abdul Rahman, Ketua PAS Cawangan Lembah Palas bahawa kenyataan Anwar Ibrahim tidak boleh di lihat sebagai pendirian PAS dalam Pakatan Rakyat di Selangor serta lain-lainnya.

Katanya lagi, isu arak bukan sahaja mesti dilihat di sudut hukum, sebaliknya di sudut lain yang lebuh luas dan terbuka. Umpamanya kesannya kepada manusia yang mengamalkan minuman ini serta sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Kepentingan politik bukan matlamat yang sepatutnya diutamakan, tetapi ialah memastikan Islam itu dimartabatkan”, tegasnya lagi.

Siang tadi Malaysiakini turut melaporkan bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan. Keputusan tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas.

Anwar berkata bahawa keputusan untuk mengenakan sebarang larangan adalah sepenuhnya dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan exco negeri. Dasar membataskan jualan arak bukan perkara untuk dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT). Perkara seumpama itu mesti dirujuk kepada kerajaan negeri dan ia akan dibincangkan di peringkat itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Katanya lagi, tiada sebarang cadangan daripada kerajaan Selangor untuk melarang sepenuhnya jualan alkohol di premis terbuka yang membabitkan orang bukan Islam.
Tidak ada sebarang masalah dengan dasar-dasar sekarang kerana fundamentalnya sudah jelas.

Hj. Taib Abdul Rahman mempersoalkan, bukankah PBT adalah kerajaan kecil dalam sebuah negeri yang memiliki kuasa untuk menentukan polisi-pollisi yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat. Ahli PBT sepatutnya tidak dikonkong untuk membuat polisi yang difikirkan perlu serta tidak mendatang mudharat kepada rakyat dalam jangka masa pendek dan juga jangka panjang”.

Anwar juga harus memahami kebimbangan dikalangan rakyat, khususnya umat Islam di negara ini, di mana minuman alkohol mudah didapati di kedai-kedai dan boleh di beli secara bebas.

Oleh itu, Hj Taib Abdul Rahman berkata tindakan Ahli Majlis MBSA ingin memperkenalaan dasar membataskan penjualan arak di Majlis Bandaraya Shah Alam adalah tindakan yang wajar dan tepat pada masanya dan ia perlu di sokong sepenuhnya oleh ahli-ahli PAS.

Menjaga hati dan sensitiviti umat Islam serta menegakkan hukum Allah SWT adalah lebih utama berbanding menjaga hati bukan Islam yang jelas mereka tidak memahami hikmah yang tersirat di sebalik hukum Allah SWT.

Tuesday, November 25, 2008

ISU PENJUALAN ARAK DI MBSA DAN KUBANG PASU

Penulis mendapat tahu bahawa Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diwakili majoriti oleh wakil PAS telah mengambil pendirian tegas dalam isu penjualan arak secara terbuka di Bandaraya Shah Alam. Di mana, menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor yang berada di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.

Tahniah dan syabas penulis serta rakan-rakan yang sememangnya mengharapkan seluruh Ahli Majlis PBT di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, bukan sahaja di negeri Selangor, bahkan di Kedah dan Perak bertindak tegas dalam hal ini.

Keputuasan untuk membataskan jualan minuman keras ini telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas.

Walaupun langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama yang kecil khususnya kepada PAS Selangor yang juga komponen parti Pakatan Rakyat, tetapi ia sekurang-kurangnya telah memulakan langkah menunaikan janji serta memperlihatkan komitmen untuk menerapkan peraturan-peraturan yang selari dengan tuntutan syarak. Sekaligus Ahli Majlis di MBSA telah menunjukkan kebijakan mereka di dalam menguruskan ‘kuasa’ untuk menuju kepada undang-undang yang diredhai oleh Allah SWT.

Walaupun hasrat Ahli Majlis (PAS) seolah-olah bertentangan dengan keputusan mesyuarat exco kerajaan Selangor yang telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.

Menurut sumber yang sahih bahawa pengeluaran lesen bagi tiga premis iaitu kedai runcit, restoran dan kedai serbaguna 24 jam akan disemak semula. Para peniaga berkenaan perlu mengemukakan rayuan yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pelesenan yang juga dianggotai ahli MBSA, jika mahu menjual arak di premis masing-masing.

AHLI MAJLIS MDKP DISARAN CONTOHI MBSA

Sehubungan itu, penulis ingin menyarankan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu dan PBT lain di Kedah mencontohi Ahli Majlis MBSA dalam usaha membenteras isu arak. Kini, rakyat termasuk ahli-ahli PAS sudah mula bercakap merata-rata bahawa tiada perubahan yang positif dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah berkaitan undang-undang ataupun kawalan penjualan arak di negeri ini.

Agenda membenteras isu arak lebih utama dari isu babi seperti yang digembar-gembur baru-baru ini. Ini kerana, sukar ataupun hamper tiada orang Melayu (Islam) yang makan daging babi. Tetapi, arak sudah menjadi kebiasaan kepada sebilangan orang Melayu kerana ia sudah menjadi budaya ekoran dari sikap pemerintah masa lalu yang tidak mengindahkan kesan buruk akibat meminum arak kepada orang Islam.
Sesungguhnya agenda membenteras penjualan arak adalah selari dengan penegasan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menyatakan iltizam dewan itu untuk membenteras penjualan arak secara terbuka di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata isu arak dan judi perlu diberi perhatian khususnya di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor selain Kelantan yang sememangnya serius menanggani isu ini.

“Kita perlu kawal penjualan arak dengan menghadkan permit-permit penjualan hanya kepada orang bukan Islam sahaja,” saranan tersebut disampaikan ketika majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Ipoh pertengahan tahun ini.

Oleh itu, garis panduan khusus harus dikeluarkan terutamanya yang berkaitan dengan pembukaan premis-premis penjualan arak di kawasan penduduknya yang terdiri daripada masyarakat bukan Islam. Di Kelantan penjualan arak hanya dibenarkan kepada masyarakat bukan Islam tanpa berkompromi kepada penganut agama Islam kerana ia berkaitan soal hukum agama bahawa arak adalah haram, katanya lagi.

Di samping arak, isu judi juga mestilah diberi perhatian serius. Ini kerana di Kelantan secara terang mengharamkan amalan judi di negeri itu walaupun kepada masyarakat bukan Islam kerana amalan judi sememangnya tidak dibenarkan bagi semua penganut-penganut agama lain.

Ketua Dewan Ulama juga menegaskan bahawa, pandangan dan saranan golongan ulama harus dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya yang berkaitan dengan isu agama Islam. Pendapat ulama tidak harus diketepikan dalam arus pentadbiran kerajaan.

Persoalannya ialah adakah Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu bersedia untuk memastikan penjualan arak di dalam Daerah Kubang Pasu dapat dikawal hanya untuk bukan Islam sahaja. Ahli PBT jangan hanya menjadi hero untuk meluluskan bayaran letak kereta berkupon semata-mata yang jelas ditolak oleh PAS Kawasan, ahli-ahli dan rakyat. Sebaliknya, mereka harus pro aktif dalam memperjuangkan dasar-dasar Islam kerana PAS adalah Jamaah Islam. Kerana PAS membawa cita-cita Islamlah, parti PAS di sokong oleh rakyat.

Kegagalan Ahli Majlis Kubang Pasu menunaikan tanggungjawab di atas bidang kuasa yang diamanahkan kepada mereka akan memburukkan imej PAS itu sendiri. Sekiranya Ahli Majlis tidak tahu tentang bagaimana untuk menggunakan kuasa yang berada di tangan mereka, eloklah mereka pergi belajar dengan kerajaan Kelantan ataupun Ahli Majlis MBSA, berbanding hasrat untuk melawat sambil belajar ke Sarawak.

Ingatlah bahawa, “PBT adalah kerajaan ke 3 dan Ahli Majlis berkuasa tentukan halatuju MDKP”, pertikan kata-kata dari sms YB Dato’ Mohd Taulan Mat Rasul, Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman.

Sunday, November 23, 2008

AHLI MAJLIS JANGAN PERBODOHKAN AJK PAS KUBANG PASU

MENGAPA HERET DATO’ MOHD TAULAN UNTUK SELAMATKAN KEADAAN

Penulis telah diberitahu bahawa, beberapa Ahli Majlis yang terlibat menyokong perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon telah membuat penjelasan kepada AJK PAS Kubang Pasu yang bermesyuarat pada petang Sabtu (22 Nov). Ketiga-tiga mereka iaitu Masduki Lebai Abdullah, Ad Rahman Dai’ dan Hj. Abd Aziz Jusoh.

Mereka mendakwa bahawa tindakan menyokong (undi) supaya MDKP melaksanakan bayaran letak kereta berkupon adalah arahan oleh YB Dato’ Mohd Taulan Mat Rasul selaku Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah.

Dakwaan mereka tersebut amat mengejutkan, sehingga seluruh AJK PAS Kubang Pasu termasuk beberapa Ahli Majlis yang turut hadir dalam mesyuarat (kecuali Ustaz Yusof Ahmad) menjadi diam dan terkedu. Bagaikan petir memanah syaitan.

AJK PAS Kubang Pasu semakin terkedu apabila melihat Abd Rahman Dai’ memgusung fail-fail yang mengandungi surat arahan YB Dato Mohd Taulan dan minit mesyuarat berkaitan isu berkenaan untuk dijadikan bukti dan bahan rujukan dalam mesyuarat PAS Kawasan yang diadakan.

Tujuan mereka mudah, iaitu, pertama, adalah untuk mempertahankan sikap mereka yang dilabelkan sebagai pengkhianat kepada Jamaah PAS kerana telah membelakangkan keputusan PAS Kubang Pasu supaya membatalkan hasrat perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon oleh MDKP. Keduanya adalah untuk mengelakkan dari dikenakan tindakan supaya meletakkan jawatan ataupun di pecat.

Sebelum ini, penulis diberitahu juga bahawa beberapa AJK PAS Kubang Pasu akan membangkitkan perkara ini di dalam mesyuarat dan akan mengusulkan supaya mereka berkaitan meletakkan jawatan ataupun di pecat sebagai Ahli Majlis dan AJK PAS Kubang Pasu. Tetapi setelah, penjelasan oleh Abd Rahman dan Masduki mengatakan
bahawa perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon ini adalah arahan dari YB Dato Mohd Taulan, maka semua yang mendengar penjelasan seolah-olah rasa ‘terpukul’.

Bagi penulis, apapun jawapan yang diberikan oleh Abd Rahman dan Masduki adalah semata-mata untuk mempertahankan tindakan mereka yang telah mengkhianati keputusan PAS Kubang Pasu tidak dikenakan tindakan dipecat atau di minta meletakkan jawatan.

Wahai AJK PAS Kubang Pasu sekalian, dakwaan yang diberikan oleh mereka adalah tidak masuk akal dan munasabah sama sekali kecuali kepada orang-rang yang mungkin lemah dari segi hujah untuk bingkas mempersoalkan dakwaan dan tindakan mereka berkenaan.

Tindakan mereka yang menyeret YB Dato Mohd Taulan sebagai sebab tindakan menyetujui perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon tersebut tidak lebih sebagai bonus ‘talian hayat’ untuk menyelamatkan kedudukan mereka dan juga bermaian politi ala desperado. Suka dinyatakan bahawa dakwaan mereka tersebut telah dirujuk kepada YB Dato’ Mohd Taulan Mat Rasul kelmarin (23 Nov) untuk mendapatkan penjelasan.

Sila baca sms ini


“Assalamu alaikum YB Dato Taulan Rasul. Ana HJ Azizan Yahya dipinta oleh para sahabat dalam AJK PAS Kubang Pasu untuk mendapatkan penjelasan dari YB Dato’ duduk perkara sebenar mengenai isu perlaksanaan sistem parking berbayar oleh MDKP Kubang Pasu dan lain PBT. Dakwaan menyatakan YB Dato’ sendiri yang MENGARAHKAN supaya AHli Majlis kita (PAS) MESTI menyokong perlaksanaan sistem tersebut telah menimbulkan sedikit salah faham tentang arahan yang di terima dari YB Dato, dari sudut tafsiran ARAHAN dari Exco KERJAAN TEMPATAN mengatasi keputusan syura Jamaah di peringkat kawasan ! Wala wajib diberi kepada arahan Dato shj. Sayugia dipohon klasifikasi dari YB Dato’ demi kebaikan Jemaah kita. Penjelasan dari YB Dato tersangat diharapkan”.


Sekian terima kasih.

Membangun Bersama Islam !

Ke arah Kedah sejahtera.


Jawapan Dato’ Mohd Taulan Mat Rasul

“PBT adalah kerajaan ke 3 dan Ahli Majlis berkuasa tentukan halatuju MDKP”

Jika difahami maksud jawapan oleh YB Dato Mohd Taulan, jelas mereka yang berkenaan cuba mengkambing hitamkan Exco berkenaan. Di samping, telah memperbodohkan AJK PAS Kubang Pasu termasuk Dr. Abdul Isa Ismail, YDP Kubang Pasu dan juga Speaker Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Dengan pendedahan perkara ini, penulis mengharapkan supaya seluruh AJK PAS Kubang Pasu dan ahli-ahli PAS yang mungkin teruja dengan dakwaan mereka boleh sedar bahawa mereka yang berkaitan merupakan Ahli Majlis yang sememangnya sebagai pengkhianat. Soal besar atau kecil status pengkhinatan yang mereka lakukan buka sepatutnya menjadi keputusan yang perlu di buat oleh PAS Kubang Pasu. Pengkhianat tetap pengkhianat.

Kini pengkhianatan mereka sudah sampai ke peringkat, pertama, cuba mengkambing hitam YB Dato Mohd Taulan Rasul, Exco Kerajaan Kedah, Kedua, berjaya memutarbelit dan terlepas dari di kena tindakan mendesak mereka meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlsi dan AJK PAS Kubang Pasu, ketiga, rakyat tekah dihadiahkan dengan bayaran letak kereta berkupon di zaman pemerintahan kerejaan Pakatan Rakyat, kelima, persepsi buruk oleh rakyat (pengundi) khususnya pengguna kereta terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, keenam, memberi senjata ataupun peluru kepada UMNO/BN Kubang Pasu menyerang PAS dan terakhir, mengurangkan keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli PAS terhadap kewibaan PAS Kubang Pasu.

Percayalah ketiga-tiga Ahli Majlis berkenaan akan jatuh dan terpinggir dalam PAS Kubang Pasu kerana sikap mereka yang semakin keterlaluan. Hanya masa yang akan menentukan. Wallahu alam

Saturday, November 22, 2008

ISU BABI BERNIAT JAHAT

JANGAN BIAR MEDIA KELIRUKAN RAKYAT

Seluruh Negara menjadi gembar apabila media pro UMNO/BN, sekali lagi mainkan ISU BABI. Beberapa bulan lalu, isu babi telah dipolimek di negeri Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor. Kini giliran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah pula yang diterajui oleh PAS.

Merata-rata orang bercakap tentang babi iaitu seekor binatang yang dijadikan oleh Allah SWT yang dari segi hukum syaraknya, orang Islam haram memakannya. Bagi orang Melayu khususnya babi adalah suatu yang menjijikkan, di mana bila terserempak dengan lori yang membawa binatang tersebut mereka akan berludah-ludah sampai habis air liur, sebaliknya apabila melihat lori yang membawa muatan arak, ada orang Melayu yang menitik air liur kerana ketagihan minuman haram tersebut.

Mengulas isu ini, saudara Asri Baharom, Setiausaha Penerangan PAS Kubang Pasu berkata, “PAS kawasan seluruh negeri Kedah disarankan mengadakan siri penerangan kepada ahli-ahli dan rakyat berhubung isu ini supaya dakyah jahat media pro UMNO/BN tidak akan mempengaruhi pemikiran rakyat”.

“Rakyat telah menjadi keliru berhubung isu ini, sehingga ada yang beranggapan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat lebih teruk dari UMNO/BN kerana zaman rejim itu memerintah Kedah, mana-mana pihak tidak dibenarkan membuka lading ternakan babi”.

Menurutnya lagi, PAS perlu bertindak cergas menangkis segala dakyah yang dilakukan oleh media arus perdana yang sememangnya akan membuat pemberitaan yang boleh mengelirukan rakyat, di samping untuk menjatuhkan imej kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Hj. Abdul Razak yang juga merupakan pimpinan utama PAS Negeri Kedah”.

Umum ketahui bahawa isu babi ini dimainkan bukan kerana ianya haram di sisi syarak, sebaliknya ia semata-mata untuk menjatuhkan imej kerajaan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS,KeADILan dan DAP. RTM dan TV3 memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Hj. Abdul Razak. Kini giliran kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.

Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa ‘hasrat kerajaan PAS Kedah buka ladang babi’ hanyalah berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah, sekaligus menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.

Isu ini telah diberi penjelasan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Menteri Besar Kedah juga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghormati keputusan Kerajaan UMNO/BN terdahulu (BN) bertarikh 4 Disember 2007.

Di mana, keputusan pembukaan ladang babi telah dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"katanya lagi.

Di mana, pembinaan ladang ternakan itu adalah untuk kebaikan semua pihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.

Pemberitaan oleh RTM dan TV3 tersebut telah berjaya menyakinkan rakyat yang tidak dapat maklumat yang sebenar tentang isu ini.

Sehubungan itu, Penerangan PAS Kubang Pasu merancangkan mengadakan suatu program khas melibatkan urusetia penerangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan tentang pelbagai dasar yang telah dijalankan sejak mengambil alih kerajaan Kedah pada pertengahan Disember akan datang", ujarnnya.

Thursday, November 20, 2008

ISU KOUTA PERUMAHAN 50 PERATUS



MOHD JAMAL BAWA BINCANG DALAM MESYUARAT PAS KUBANG PASU

Baru-baru ini masyarakat sering digembar-gemburkan dengan isu kuota perumahan di negeri Kedah yang dilabelkan rakyat atau sesetengah pihak sebagai tidak adil. Isu ini dimainkan oleh MCA khususnya untuk mengalihkan sokongan masyarakat Tionghua yang telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 12 lalu.

Menurut Mohd Jamal Nasir, Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu bahawa, sejak polisi ini diperkenalkan pelbagai gambaran negatif telah diberikan kepada rakyat oleh pihak tertentu termasuk pemimpin MCA. Di mana isu telah mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik khususnya akhbar bahasa Mandarin. Sehingga ada yang terpengaruh dan menuduh kerajaan Pakatan Rakyat lebih buruk dan zalim dari kerajaan UMNO/BN sebelum ini”.

“Hakikatnya, isu ini telah diputarbelit oleh mereka yang iri hati dengtan sokongan oleh kaum Tionghua kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Hj Abdul Razak sejak mengambil alih kerajaan UMNO/BN pada PRU 12 lalu” ujar Mohd Jamal.

Mohd Jamal berkata, kouta perumahan yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dilabelkan sebagai TIDAK ADIL oleh pihak tertentu adalah sesuatu yang mengelirukan serta memperlihatkan kelemahan mereka berkenaan untuk memahami tujuan dan kebaikan polisi tersebut kepada rakyat, khususnya yang majoriti dari kalangan orang Melayu/Bumiputera di negeri Kedah ini”.

“Statistik mendapati bahawa jumlah orang Melayu atau Bumiputera yang tinggal di negeri Kedah ialah seramai 1.5 juta daripada 1.9 juta Kedah iaitu di sekitar 78.95 %. Oleh itu, polisi yang diperkenalkan adalah sangat relevan bagi mengimbangi keperluan perumahan yang merupakan keperluan asas rakyat yang selama ini telah diabaikan oleh kerajaan UMNO/BN di negeri Kedah, beliau menambah lagi.

Maklumat yang diperolehi bahawa ramai orang Melayu/Bumiputera tidak dapat membeli rumah kerana rumah sudah dijual berpunca dari kouta terlalu sedikit. Ada kes, di mana apabila orang Melayu/Bumiputera datang ke pemaju-pemaju untuk membeli rumah mereka dapati ia telah sold-out (habis) atau already booked (sudah ditempah).

“Kebijaksanaan kerajaan memperkenalkan polisi kuota 50 peratus perumahan di negeri Kedah ini adalah suatu tindakan yang berpandangan jauh serta amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi rakyat yang telah diabaikan oleh UMNO/BN yang memerintah sejak 50 tahun lalu.

Sehubungan itu, Mohd Jamal akan mencadangkan kepada PAS Kawasan Kubang Pasu supaya mengadakan siri penerangan kepada akar umbi berhubung isu ini supaya musuh Pakatan Rakyat tidak berjaya memanipualasi berhubung perkara ini, sekalius akan menimbulkan kemarahan golongan Cina kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Program penerangan ini penting sebagai bukti kesungguhan kita mempertahankan dasar dan polisi yang dikemukakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, ujarnya.

“Saya yakin, saf kepimpinan PAS di peringkat kawasan dan cawanganpun masih lagi keliru dengan isu ini, sekaligus mereka tidak dapat memainkan peranan yang berkesan untuk memberi penjelasan atau menjawab tentang isu ini kepada rakyat di tempat masing-masing”, ujarnya lagi.

Oleh itu, perkara ini akan dibangkitkan dalam Mesyuarat PAS Kubang Pasu bulan ini supaya program penerangan berhubung isu ini dapat dilaksanakan ke seluruh kawasan Kubang Pasu. Jika perlu PAS Kubang Pasu menjemput wakil kerajaan negeri Kedah untuk memberi penjelasan supaya maklumat yang disampaikan lebih tepat, berbanding hanya mendapat maklumat dari media.

Tuesday, November 18, 2008

GABUNGKAN DIRI KE DALAM GERAKAN ISLAM

Saya mestilah tahu sejauh mana ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam

Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam bukanlah hanya setakat mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli dan mendaftarkan nama sahaja. Bukan hanya setakat berulang alik ke markas dan kelab-kelab gerakan Islam untuk menghadiri perhimpunan saja, malah penggabungan ini mestilah membawa pengertian yg lebih jauh, melewati batas formal dan penilaian-penilaian lahiriah yg dapat membuktikan kedalaman aqidah dan kekuatan hubungan pemikiran dan tanzim.

Penggabungan (intima') aqidah.

Perkara pertama yang mesti kita ketahui apabila kita menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam ialah sejauh mana kita melarutkan aqidah gerakan Islam itu ke dalam diri kita, kerana gerakan Islam menolak intima' (penggabungan) yang dilakukan pada zahirnya sahaja, sebagaimana yg berlaku dlm pertubuhan-pertubuhan yg hanya mementingkan soal-soal struktur kepimpinan sahaja, yg mana keadaan ini telah menjadi kuman yang telah menyebabkan kehancuran pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Oleh itu (penggabungan) diri ke dalam gerakan Islam pertamanya adalah membawa erti penggabungan diri dan menganuti agama Islam itu sendiri.

Keadaan ini seterusnya menuntut supaya seluruh perintah Allah ditaati di samping mengharapkan keredaanNya. Ini akan dapat mengelakkan penggabungan diri ke dalam gerakan Islamiah itu dari terjejas oleh kematian seseorang atau kehilangan mereka dari medan da'wah kerana sesuatu sebab, kerana intima' ke dalam gerakan Islam akan menjadikan seseorang itu terikat dengan Allah, demikian juga perhimpunan anggota gerakan Islam turut terikat dengan Allah. Inilah yg menjadi rahsia di sebalik kekal dan berterusannya gerakan da'wah Islamiah.

Gerakan Islam juga menolak intima' (penggabungan) diri yang dibuat secara melulu yg didorong oleh semangat, kerana Islam adalah cara hidup yang tegak di atas dasar kefahaman yg tertentu tentang alam insan dan kehidupan, juga kerana beramal untuk Islam adalah bermatlamatkan untuk melaksanakan method hidup yg dikehendaki oleh Islam dalam masyarakat, pelaksanaan yg lahir dari kefahaman, ketelitian dan secara objektif.

Oleh itu kesedaran yg bersifat keakidahan, kesedaran yg bersifat haraki dan iltizam yg bersifat ilmi adalah menjadi syarat bagi penggabungan diri ke dalam gerakan Islam. Syarat ini mestilah larut dalam diri seseorang. Malah keteguhan pendirian seseorang dalam da'wah, keteguhan seseorang dalam melakukan kerja-kerja da'wah juga untuk menjamin beliau kekal terus dalam satu arus gerakan Islam dan dapat mencapai
penghasilannya adalah mewajibkan wujudnya kefahaman yg betul dan kesedaran yg waras terhadap pengertian penggabungan diri ke dalam
gerakan Islam.

Kebanyakan mereka yg kandas di pertengahan jalan da'wah atau siang-siang lagi telah meninggalkan jalan ini ialah mereka yg menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam secara melulu dan bertindak didorong oleh semangat kerana tekanan keadaan-keadaan tertentu, sedangkan mereka tidak memahami apakah ertinya mereka menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam.

Penggabungan (intima') masa depan.

Satu perkara lagi yg semestinya wujud dalam penggabungan diri seseorang ke dalam gerakan Islam ialah penggabungan masa depannya ke dalam gerakan atau dalam kata lain, penggabungan masa depannya dgn masa depan gerakan. Ini membawa erti bahawa seseorang yg menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam mestilah mengikat masa depannya dengan masa depan jamaah walau apapun keadaan yg akan berlaku. Penggabungan tersebut mestilah tidak terikat dengan satu jangka waktu yg tertentu dan akan berakhir apabila jangka waktu itu telah tamat. Penggabungan itu juga tidak seharusnya terikat dengan satu keadaan tertentu dan akan berakhir dengan berakhirnya keadaan-keadaan tertentu itu.

Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam mestilah tidak terbatas dalam masa muda dan sebelum berumahtangga dan menarik diri setelah menjangkau peringkat dewasa dan berumahtangga. Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam mestilah tidak dibataskan oleh keadaan kemiskinan dan kesusahan dan akan menghilangkan diri setelah kaya dan senang. Penggabungan diri tidak hanya terbatas dalam keadaan tenang dan damai tetapi cabut lari sewaktu ditimpa dugaan dan bala.

Monday, November 17, 2008

PAS BUKAN GERAKAN ISLAM IKUT-IKUTAN

GERAKAN ISLAM TERGANGGU BILA AMILIN LONGGAR AKHLAK

Seorang aktivis atau amilin gerakan Islam bukan sekadar perlu memahami dan tunduk pada peraturan agama dalam memikul amanahnya malah ia perlu memperlengkapkan dirinya dan patuh pada disiplin dan adab dalam berjemaah.

Masalah dalaman akibat angkara amilin yang tidak lengkap atau longgar akhlak berjemaahnya akan mengakibatkan terganggunya perjalanan gerakan Islam tadi.

Gerakan Islam ini bukan gerakan ikut-ikutan atau gerakan yang bertenggek pada populariti semasa atau pada mana-mana individu atau kumpulan. Ianya rentetan dari gerakan suci lagi besar yang telah diasaskan oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw, yang berlandaskan wahyu (al Quran) dan bimbingannya, tidak berubah roh dan semangatnya samada dalam keadaan perjuangan itu ditimpa tekanan, serangan atau fitnah mahupun ketika ia meraih kejayaan dan kemewahan.

Kerana itu dalam menghadapi halangan dan cabaran atau dugaan semasa gerakan Islam hendaklah sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah perlu bagi memantap dan memperkasakan para pendukungnya. Seseorang itu tidak boleh mendakwa dirinya amilin gerakan Islam jika ia tidak patuh atau tunduk pada peraturan dan adab berjemaah ini.

Komprehensifnya peraturan dan adab berjemaah dalam gerakan Islam sehingga kita ditarbiyah dan didedahkan dalam mengenal-pasti dan menjauhi wabak-wabak yang mampu menganggu-gugat keutuhan diri dan kekuatan jemaah.

Umpamanya Dr al Sayed Muhammad Noh ada menulis darihal wabak-wabak ini yang perlu diberi perhatian di dalam kitabnya "Wabak Sepanjang Jalan" yang pada tahun 2003 telah diterbitkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dengan diterjemahkan oleh Dewan Ulamak PAS Kedah (Pengerusi panel terjemahannya ketika itu adalah MB Kedah kini Ustaz Dato' Seri Azizan Abd Razak).

Terjemahan buku ini djadikan teks usrah oleh PAS di pelbagai peringkat dan saya difahamkan ianya menjadi teks usrah kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah sejak zaman Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor lagi.

Kitab ini menghuraikan tujuh wabak yang perlu diawasi oleh para amilin yang jika tidak diberi perhatian mampu mengancam gerakan Islam sepanjang zaman. Dan salah satu wabak itu adalah "al ghurur" atau "tertipu dengan diri sendiri". Di sana Allah SWT berfirman:

" Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)." (Fatir: 5)

Antara sebab-sebab berlakunya "ghurur" menurut kitab ini adalah pertama lalai untuk mengkaji dan muhasabah diri sendiri dan kedua lalai atau enggan menerima bimbingan orang lain.Sesungguhnya dua di antara sebab ini sangat mudah hinggap dan memperdayakan kita sehingga kita kadangkala tidak perasan atau terlupa yang ianya telah masuk merasuk jiwa kita.

Kerana itulah kita perlu sentiasa memegang kuat ikatan tali dalam berjemaah ini, jangan sampai ianya terlepas sehingga kita menganggap tidak ada yang lain yang benar dan betul melainkan diri kita sahaja.

Kitab ini memberi amaran bahawa "al ghurur" jika tidak ditangani atau dirawati akan meninggalkan kesan buruk dan merbahaya samada ke atas amilin ataupun amal Islami itu sendiri.

Dan tiga kesan ke atas amilin akibat dari perlakuan "al ghurur" ini adalah :-

Pertama - Cenderung terjebak ke dalam perangkap kejahatan dan suka bertegang leher.

Kedua - Cenderung terjebak ke dalam kancah at takabbur tanpa hak.

Ketiga: "keras kepala".

Untuk itu Rasulullah saw bersabda:

"Aku adalah ketua sebuah rumah perlindungan dalam syurga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak bertegang leher, sekali pun apa yang dilakukannya itu adalah benar. Dan aku juga ketua sebuah rumah di tengah-tengah syurga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak berbohong, walaupun bohongnya itu hanyalah gurauan. Dan aku juga ketua sebuah rumah di bahagian tertinggi syurga untuk mereka yang baik akhlaknya."

Justeru itu semua kita perlu mengambil iktibar dan memastikan yang kita tidak dihinggapi oleh wabak seumpama ini samada kita sekadar ahli biasa ataupun berjawatan di peringkat cawangan, apa lagi kawasan, negeri termasuklah pusat.

Tidak terkecuali mereka yang memegang jawatan dari setinggi Menteri Besar sehinggalah ahli-ahli EXCO, ahli parlimen dan ADUN serta ahli-ahli majlis PBT, ketua-ketua kampung mahupun JKKK.

Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS ada menyebut dalam ucapannya di muktamar baru-baru ini bahawa pokok PAS tidak akan tercabut kerana tunjangnya adalah Islam, walaupun ia mungkin bergoyang. Lalu apa sahaja yang mengakibatkan ianya bergoyang perlu dirawat semoga pokok ini terus kukuh dan teguh dalam meneduhi perjuangan yang besar dan jauh ini.
Kerelevanan Gerakan Islam Melalui Pemerkasaan Fikrah dan Gagasan Besar Di Dalam Menjawab Permasalahan Umat

Oleh : Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

Dalam kontek perjalanan gerakan Islam, Kurshid Ahmad telah membahagikan gerakan Islam kepada tiga peringkat pertama adalah pra-kolonial, kedua peringkat colonial dan ketiga adalah pasca colonial.

Islam: Pra Kolonial

Sewaktu peringkat pra kolonial pada abad ke 16,17, dan abad 18, Islam perlu menghadapi realiti kemunduran, ketidakupayaan di dalam memberikan penyelesaian kepada cabaran, permasalahan umat, terutamanya kebejatan peranan kepada dunia sains dan teknologi, pertanian dan ketenteraan. Pada waktu ini kejumudan dan sifat tertutup dalam dunia Islam yang melampau mengakibatkan dunia Islam semakin lemah. Pintu Ijtihad dan ruang pencarian ilmu-ilmu baru tidak diraikan. Kebanyakkan umat Islam juga tidak mahir membaca dan berlaku korupsi sosial dan pemerintah.

Dalam pada masa yang sama, pada tika inilah barat sedang mengalami fasa ‘Reformation’ dan ‘Renaisence’. Mereka cuba membebaskan diri dari sistem gereja yang songsang dan menindas, penghasilan karya-karya baru dan sistem ilmu yang baru mula terbina. Termasuklah idea Sekularisme, Rasionalis, Empirisisme, dan Modenisme dengan lahirnya ramai tokoh mereka, termasuklah agustin komte, John locke, Hegel, Immanuel Kant dan lain-lain.

Dalam keadaan yang begini muncul tokoh-tokoh Islam untuk memimpin pembaharuan Islam. Shah Wali Allah (1703-1762) yang lahir di Indo-India, yang melihatkan perlunya bersifat wasotiyyah, atau moderat di dalam menjawab permasalahan umat Islam. Tolerasi beliau untuk melihat umat Islam perlu respon kepada dunia barat dan mengambil khazanah yang turut dimiliki oleh barat. Di dalam persoalan tauhid beliau menjawab dengan manhaj yang lebih saintafik, dengan hasil karya Magnum Opus, Hujjat Allah al-Balighah, hujah Tuntas kewujudan Allah swt. Yang memberi respon kepada penolakkan tuhan akibat daripada keruntuhan kepercayaan tauhid dalam manusia.
Pembukaan ijtihad dalam Islam baik dalam fiqih atau yang lain lain turut dijawab oleh Shah Wali Allah, beliau melihat permasalah umat Islam yang pelbagai adalah disebabkan oleh kurangnya fahaman terhadap teks Quran, dan penafsiran yang pelbagai bagi mereka yang tidak mahir dalam susur galur bahasa Arab. Namun demikian, pada ketika itu teks al-Quran tidak dibenarkan untuk diterjemahkan, malah diharamkan. Tetapi atas ijtihad maslahah umat Shah Wali Allah mengambil risiko untuk menterjermah Teks Al-Quran ke dalam bahasa Urdu dan kemudian Parsi. Beliau menulis sebuah kitab, al-Muqaddimah fi al-Terjamatil Quran, Muqaddimah penterjemahan al-Quran. Atas usaha yang diambil, beliau diuji sehingga diisytiharkan keluar daripada Islam.

Namun Demikian, atas kesedaran dan komitmen beliau untuk kemajuan dan pembangunan Islam, usaha beliau terus di anggap releven sehingga ke hari ini. Al Quran sehingga hari ini diterjemahkan ke seluruh bahasa di dunia, sebagai medium terpenting rujukan umat Islam yang tidak mahir berbahasa Arab dan menjadi instrumen penting di dalam menyebarkan risalah Allah swt.

Namun demikian, pada ketika inilah ilmuwan barat mengambil model dan hasil karya ilmu dalam dunia Islam, kebanyakkan mereka sendiri menuntut di dunia Islam, kemuadian mengaplikasikan di dalam dunia barat. Model universti al-Azhar sebagai universiti awal dunia kemudian dicipta universiti di eropah, begitu juga model perpustakaan yang diambil model perpustakaan Iskadariah antara perpusatakaan terawal dan terbesar dunia, begitu juga institusi penterjemahan karya-karya agung, Dar al-Hikmah, malah hospital pun di ambil model dari Islam kemudian dibawa ke dunia barat. Dunia barat ketika itu tidak mengenali institusi hospital seperti mana yang ada sekarang.

Islam: Zaman Kolonial

Pertembungan fizikal dan kekuatan ketenteraan sewaktu fasa kedua gerakan Islam di peringkat kolonialisme, melihatkan hampir kesemua negara Islam di dalam genggaman kuasa imperial kolonialisme barat termasuk Malaysia. Ketika inilah saatnya jatuh empayar Khilafah Islam yang akhirnya dunia Islam dibahagikan mengikut negara-bangsa ‘nation state’. Krisis Identiti yang teruk berlaku dalam dunia Islam, umatnya mula merima malah sampai bersikap taasub kepada pembobrokkan barat ‘western penetration’ sehingga hilangnya sistem nilai Islam. Dunia Barat mencanangkan Pemodenan dan demokrasi sebagai sistem terbaik, jika negara ingin maju mestilah mengikuti sistem yang telah diaturkan oleh barat.

Antara contoh baik yang boleh diambil adalah pemerintah Mesir Muhammad Ali Bashar (1805 – 1952), keluarganya yang memerintah Mesir merupakan satu dinasti yang obsessi barat, beliau juga telah menghantar seorang pemikir mesir Rifa’ Rafi’ at-Tantawi ke Paris untuk belajar di sana dan melakukan gagasan pembaratan. Beliau juga menulis buku ‘Westenised Eagyp’. Begitu juga Khairuddin al-Tunisi dengan tulisan besar beliau, al-Ihwal al-Mahaliq, Ali abdul Raziq dengan buku kontroversi, Islam wa Usul al-hukm, begitu juga pemikir Taha Hussein yang kemudian menjadi menteri pendidikan mesir al- Mustaqbal al-thaqafa dan pada akhir hidup beliau, beliau bertaubat dan menulis mar’atul Islam atau cerminan Islam yang menolak semua fahaman-fahaman barat beliau yang pernah ditulis sebelum itu.

Namun demikian, di saat kecelaruan dan krisis yang berlaku, muncul gerakan yang pada peringkat awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani, 1837 – 1897 dan kemudian diteruskan juga oleh anak muridnya Muhammad Abduh. Al-Afghani yang memhabiskan hampir keseluruhan hidupnya untuk mengubah sistem politik umat Islam yang akhirnya beliau terpaksa meninggal dunia di dalam keadaan penjara rumah di Constantinople. Beliau yang hampir 12 kali perpindah negara, kerana di halau keluar disebabkan oleh idea dan kritikan berliau terhadap kerajaan. Gagasan besar beliau adalah Pan-Islamism dan pemerkasaan Ilmu terutama Sains dan teknologi.

Walaupun pelbagai cabaran yang dikenakan kepada beliau sehinggakan pernah diistiharkan keluar daripada Islam tetapi daripada hasil Idea Pan-Islamism beliaulah maka dilihirnya OIC yang ada pada hari ini. Buku penting beliau adalah jurnal perjalanan beliau bersama Muhammad abduh, al-Urwah al-Watgha.

Begitu juga pada anak muridnya Muhammad Abduh dan juga Rashid Reda. Abduh memberikan penumpuan usahanya kepada merubah sistem pendidikan Islam. Beliau kemudiannya menjadi Sheikh Al-Azhar tanpa konfrontasi dengan pemerintah berbanding gurunya al-afghani.

Gerakan Islam: Pasca Kolonial

Pada peringkat zaman pasca colonial, umat Islam mengalami masalah ‘Identity and Cofidency Crisis’ atau Crisis jati diri dan keyakinan. Keyakinan yang bermaksud hilang keyakinan kepada sistem nilai dan hidup Islam, jati diri muslim terhakis sama sekali. Umat Islam masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi barat, malah mereka boleh jadi lebih barat daripada barat.

Hilangnya kepercayaan kepada sistem Islam, baik politik mahupun ekonomi atau pendidikan. Bentuk penjajahan baru atau ‘neo-colonialisme’ diperkenakan kepada dunia Islam, menerusi sistem ekonomi kapitalis yang diperkenalkan. Sistem ini akhirnya mengakibatkan kebergantung mutlak umat Islam kepada barat di dalam ekonomi dan perdagangan. Hanya negera kelas pertama yang mementukan perjanjian dan hubungan perdagangan antara negara. Negara Islam kekal menjadi negara pengeluar bahan mentah dan pengimport barangan sedia pakai.

Amir Shakib Arsalan dalam buku beliau untuk menjawab persoalan yang dikeutarakan oeleh Syeikh Muhammad Imran al-Basyoomi, Ulama Nusantara, Limazha Taakhara al muslimun wa taqaddam Ghairahum. ( Mengapa Umat Islam Mundur dan Yang Main Maju? ). Shakib Arsalan juga meletakkan permasalahan keilmuan sebagai punca kemunduran umat Islam. Islam sudah tidak memimpin dunia dengan keagungan ilmu dan pencetus ketamadunan. Umatnya cendurung untuk bertaqlid buta menerima dan mengikut apa saja yang diberikan. Lebih malang umat Islam banyak menyerahkan kepada taqdir tanpa berbuat apa-apa, hanya berdoa mengharapkan Allah swt menyelesaikan segala masalah umat.

Pada Ketika inilah sewaktu kejatuhan empayar Uthmaniyyah lahirnya gerakan Islam yang bersifat massa. Pada peringkat awalnya dipelopori oleh anak murid Muhammad Abduh iaitu Hasan al Banna. Yang memimpin umat Islam melalui pembentukkan organisasi Islam ‘Ikhwanul Muslimin’ untuk menjawab dan menyelesaikan permasalahan yang telah saya perjelaskan. Gerakan beliau menjadi pencetus yang akhirnya memberikan suntikan semangat baru dan inspirasi kepada umat Islam seluruh Dunia termasuk Malaysia.
Mengambil konteks Malaysia, gerakan Islam yang awal tercetus di Malaysia yang di pelopori oleh ABIM yang lahir pada awal 70’an menerusi kesinambungan dakwah PKPIM.

Faktor tidak ada cabaran yang kompleks dan persaingan mungkin boleh dijadikan faktor, namun pengamatan saya berdasarkan sejarah, gerakan dakwah ABIM dan PKPIM ini relevan dalam memimpin umat dan masa adalah kerana gagasan besar Idea ‘Islam Is The Way Of Life, Nizamul Hayah’ atau Islam Sebagai Cara Hidup teringang-ingang di teling umat Islam di Malaysia. Pelbagai gerakan kesedaran dan agenda dakwah dilaksanakan. ABIM dan PKPIM pada ketika itu dilihat sebagai Juru Bicara Ummah.
Senario Semasa Islam Abad 21.

Senario Islam Abad ke 21 adalah lebih kompelks dan sukar. Pertembungan bukan lagi pertembung fizikal seperti dulu. Tetapi pada hari ini adalah diistilahkan sebagai ‘Ghazwatul Fikr’, pertembungan pemikiran dan idea. Wujudnya pelbagai seolah pemikiran yang akhirnya mengelirukan umat Islam.

Namun yang lebih malang adalah kecenderungan untuk wujudnya gerakan yang bersifat melampau atau excessive movement untuk dominan di dalam masyarakat Islam. Kecenderungan untuk penutupan pintu ijtihad dan satu lagi adalah keterbukaan yang melampau kepada ijtihad.

Gerakan yang bersifat wasotiyyah kini telah tenggelam dan dilihat tidak relevan dengan keperluan zaman. Gerakan ini ditidak dapat menjawab permasalan dan keperluan umat abad 21 yang terlampau kompleks dan mencabar.

Saturday, November 15, 2008

TARBIYYAH ASAS KEKUATAN PAS

KEGEMILANGAN TARBIYAH PAS, REALITI DAN HARAPAN
Oleh : Tuan Guru Presiden PAS

Tarbiyah menjadi agenda terpenting dalam parti islam seperti PAS kerana parti ini berlandaskan aqidah islamiyyah, perjuangannya pula berasaskan islam yang syumul, membezakan PAS dengan kumpulan islam yang lain dan sangat jauh bezanya dengan perti yang berasaskan sekular.

Tarbiyah islamiyyah yang dibawa oleh PAS adalah kesinambungan daripada Harakah Islamiyyah yang berterusan sepanjang zaman, wawasannya berpanjangan daripada dunia sehingga akhirat.

KEAHLIAN TERBUKA
Undang-undang tubuh PAS menerima setiap orang islam, aqil baligh atau mukallaf.Maka ahli PAS terdiri daripada berbagai latar belakang dan peringkat.Pemimpin disemua peringkat, ahli biasa dan penyokong tegar, berpendidikan tinggi dan berilmu, adil dan fasik

PROGRAM TARBIYAH
Agenda tarbiyah PAS dilaksanakan sejak penubuhan PAS lagi. Dilakukan oleh pemimpin dan ulama’ PAS disemua peringkat, cara yang lahir melalui pengalaman sendiri, pengaruh gerakan tajdid dan islah yang berlaku diseluruh dunia islam dan menimba pengalaman dari gerakan islam dipelusuk dunia seperti Ikhwan, Jamaat Islami, Masyumi dan lain-lain. Diantara kegiatannya ialah pengajian khusus dan umum, usrah, tamrin, seminar, ijtima’, ceramah umum dan lain-lain.

KEGEMILANGAN
Walaupun banyak cabaran dan mehnah disepanjang perjuangannya, PAS menjadi makin kuat dan berpengaruh diperingkat Negara dan Antarabangsa, melahirkan pejuang dan amilin yang gigih dan kuat, menapis mereka yang istiqamah dan menggugurkan sampah perjuangan didalamnya, meningkatkan kefahaman ahli parti kepada perjuangan islam dan mempengaruhi masyarakat sekeliling islam dan bukan islam.

HARAPAN
Oleh kerana perjuangan ini menerima keahlian yang makin bertambah, terdiri daripada berbagai peringkat dan latar belakang pendidikan dan fikrah, lapangannya makin luas dan jangka masa yang panjang.Maka agenda dan manhaj tarbiyah hendaklah diulangkaji dari masa ke semasa. Berteraskan istiqamah kepada aqidah perjuangan serta mampu meneruskan perjuangan dalam semua keadaan dan bersedia untuk memerintah dengan memenuhi cirri-ciri parti Allah.

PERJUMPAAN ISU PARKING BERJAYA

RAMAI TERKEJUT APABILA KETAHUI ADA AHLI MAJLIS KHIANaTi KEPUTUSAN PAS KUBANG PASU

Program perjumpaan berhubung isu parking yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Menangani Isu Parking Kubang Pasu (BAGUS) yang diadakan malam tadi di Markaz PAS Cawangan Teluk Malek berjalan dengan baik.

Program tersebut turut dihadiri oleh beberapa AJK PAS Kawasan iaitu saudara Che Halim Ismail, Ketua Penerangan PAS Kubang Pasu, Mohd Jamal Nasir, Zabedi Yusof dan Abd Hamid Mat Akhir selaku AJK PAS Kubang Pasu, Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA (Perikatan Belia Bersatu Malaysia) serta Ketua dan AJK PAS Cawangan.

Turut berucap di majlis tersebut ialah saudara Idris Hassan, Koordinator BAGUS, Basir Hj. Ismail, Setaiusaha Agung PEMBELA dan Mohd Jamal Nasir, AJK PAS Kawasan Kubang Pasu.

Dalam ucapan Idris Hassan, beliau menegaskan bahawa BAGUS ditubuhkan bagi membantu PAS Kawasan Kubang Pasu menangani penguatkuasa bayaran letak kereta berkupon yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Kubang Pasu pada awal bulan November lalu. Di samping untuk mendesak PAS Kawasan Kubang Pasu mengambil tindakan memecat tiga Ahli Majlis (Masduki L. Abdullah, Abd Aziz Yuof dan Abd Rahman Dai’) yang telah mengkhianati keputusan PAS Kubang Pasu, apabila menyokong (undi) dan berkecuali dalam mesyuarat Majlis Daerah Kubang Pasu.

Basir Hj. Ismail ketika menyampaikan penerangan, menyelar sikap ketiga-tiga orang Ahli Majlis berkenaan kerana tidak peka dengan kehendak PAS Kawasan Kubang Pasu yang telah membuat keputusan membantah perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon di Pekan Jitra dan sekitarnya.

“Di atas suruhan siapakah, mereka bertiga beriya-iya sangat untuk meluluskan perlaksanaan parking tersebut. Sedang umum ketahui bahawa pengwartaannya di buat oleh pemimpin UMNO/BN yang memerintah dahulu tetapi tidak dapat dijalankan kerana takut mendapat bantahan dari rakyat” ujar Basir.

Basir menambah, “Ahli-ahli PAS kena berani membuat teguran kepada mana-mana pemimpin, jika mereka secara jelas membelakangkan kepentingan PAS. Sikap pemimpin yang membelakang keputusan Jamaah boleh merosakkan kepercayaan ahli-ahli PAS dan rakyat, sekaligus PAS boleh kehilangan sokongan dalam Pilihanraya Umum akan datang”.

“Lebih mendukacitakan kita, apabila kedengaran suara-suara dari mereka yang berkenaan bahawa, bayaran letak kereta berkupon ini diarahkan oleh YB Dato Mohd Taulan Mat Rasul, Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kerajaan Pakatan Rakyat. Sedangkan umum juga ketahui bahawa, Exco yang berkenaan tidak terlibat dan campur tangan dalam urusan ini kerana Ahli Majlis telah diberi kuasa untuk membuat keputusan, kata Basir lagi.

Idris berkata, “BAGUS akan menganjurkan program ini di zon HOSBA pada 23 November depan. Dijangkakan turut hadir adalah aktivis PAS dari luar kawasan Kubang Pasu. Sehubungan itu ahli-ahli PAS di jemput hadir beramai-ramai bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung isu parking ini.

AJK PAS CAWANGAN KELUBI LETAK JAWATAN ?

ISU KETUA KAMPUNG

Penulis mendapat salinan surat oleh PAS Cawangan Kelubi berhubung tindakan beberapa AJK PAS Cawangan ingin meletakkan jawatan beramai-ramai ekoran rasa tidak puas hati berhubung perlantikan Ketua Kampung yang dilakukan oleh PAS Kawasan Kubang Pasu pada awal bulan November.

Rasa tidak puas hati ini timbul ekoran tindakan PAS Kawasan Kubang Pasu melantik saudara Senapi Ismail, Naib Ketua PAS Cawangan Kelubi sebagai Ketua Kampung.

Menurut saudara Abd Manap Hashim, Setiausaha PAS Cawangan Kelubi bahawa, Mesyuarat AJK PAS Cawangan yang diadakan pada malam kelmarin telah memutuskan untuk memprotes perlantikan Ketua Kampung oleh PAS Kawasan yang membelakangkan keputusan PAS Cawangan Kelubi yang telah menamakan Tuan Hj Lateh Bin Din, Ketua PAS Cawangan sebagai Ketua Kampung mereka.

Pencalonan Tuan Hj. Lateh Din sebagai Ketua Kampung telah di buat di dalam Mesyuarat PAS Cawangan pada bulan Jun lalu.

Abd Manap berkata, “Pemilihan Tuan Hj Lateh Din sebagai Ketua Kampung berdasarkan kepada beberapa criteria dan telah dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat PAS cawangan”.

“AJK PAS Cawangan Kelubi rasa pelik kenapa nama Ketua Kampung yang dicadangkan oleh kami di tolak dan nama orang lain pula yang timbul. Sedangkan hanya satu nama sahaja yang dihantar kepada PAS Kawasa” ujarnya.

Tindakan PAS Kawasan Kubang Pasu melantik orang lain ini seolah-olah memperkecilkan kewibawaan seluruh AJK PAS Cawangan Kelubi untuk menentukan siapakan yang paling layak menjadi Ketua Kampung kepada masyarakat kami.

Komen oleh saudara Mohd Jamal Nasir, AJK PAS Kawasan Kubang Pasu berhubung perkara ini ialah PAS Kawasan perlu bertindak segera menyelesaikan perkara ini. Sepatutnya perlantikan Ketua Kampung boleh memberi impak politik yang baik kepada PAS, sebaliknya telah menimbulkan masalah, sekaligus merugikan PAS dalam politik jangka pendek dan panjang”.

“Walaupun mungkin PAS Kawasan tidak dapat memuaskan hati semua pihak, namun perkara ini perlu di ambil perhatian. Lagipun, calon Ketua Kampung oleh AJK Cawangan Kelubi dirasakan lebih tepat kerana ia mengambil kira kepada pengaruh Ketua Cawangan tersebut ke atas masyarakat tempatan” ujanrnya.

Mohd Jamal menambah, “Polimek perlantikan Ketua Kampung ini terjadi, mungkin disebabkan tiada suatu mekanisme yang bersepadu di pihak PAS Kawasan ketika memproses perlantikan Ketua Kampung”.,

“Jangankah jadi seperti “Rumah siap, tukul berbunyi”, ini tak baik dan merugikan PAS, tegasnya lagi.

Friday, November 14, 2008

KONSEP DAN TANGGUJAWAB KEPIMPINAN PAS

Petikan kertas kerja oleh Al- Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS

Menurut Islam, kepimpinan atau imamah wajib dibentuk bagi melaksanakan dua tanggungjawab yang besar iaitu untuk memelihara agama dan menguruskan siasah dunia.

Memelihara agama bermaksud menjaga, mengembang, mempertahan dan melaksanakan syariat agama dalam semua bidang hidup sama ada yang mengenai peribadi, keluarga, masyarakat dan negara bahkan dunia seluruhnya.

Sementara menguruskan siasah dunia bererti mengendalikan urusan pentadbiran, pemerintahan dan pembangunan yang melibatkan soal-soal kehidupan, pembangunan material, kemajuan dan peradaban berasaskan kepada nilai-nilai agama dan prinsip-prinsip syariat.

Dasar-dasar ini adalah dasar-dasar yang berkaitan kepimpinan negara dan ummah.
Lantaran penting dan besarnya tanggungjawab kepimpinan ini iaitu kepimpinan yang mengabungkan tanggungjawab keagamaan dan keduniaan yang tidak boleh dipisahkan maka Islam meletakkan syarat-syarat tertentu agar amanah kepimpinan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya, kerana seorang pemimpin dalam Islam bukan sahaja bertanggungjawab kepada umat bahkan bertanggungjawab kepada Allah SWT.

“Mereka yang apabila kami kukuhkan mereka di bumi mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat dan mereka menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mereka mencegah dari berbuat yang mungkar dan kepada Allah jualah akibat dari segala urusan”
(al Hajj : 41)

Antara syarat-syarat kepimpinan dalam Islam ialah;

1) berilmu,
2) memahami hukum-hukum ke tahap yang dapat berijtihad dalam menangani isu-isu yang
berlaku,
3) seorang yang adil dalam pengertian dan syarat-syarat keadilan,
4) mempunyai kepintaran di dalam menjalani siasah syariah dan pentadbiran,
5) mempunyai keberanian di dalam mempertahankan hak-hak dalam kebenaran Islam
6) serta mampu menghadapi tentangan musuh selain dari mempunyai pengaruh yang besar
yang dilambangkan di dalam pengertian ianya hendaklah seorang yang berketurunan
Quraish.

Syarat-syarat yang penuh seperti ini tentulah sukar ditemui di dalam setiap generasi kepimpinan tetapi ianya dapat dipenuhi di zaman kepimpinan para sahabat Nabi Muhamad SAW dan juga dalam beberapa khalifah yang kemudian selain dari kepimpinan Rasulullah SAW sendiri yang merupakan kemuncak kepimpinan kemanusiaan yang sempurna.

Kepimpinan Islam bertanggungjawab melaksanakan tuntutan syariat, meletakkan manusia dalam suasana pengabdian sepenuhnya kepada Allah SWT dalam semua bidang samada aqidah, ibadah, muamalah, kekeluargaan, pmerintahan, pembangunan dan perundangan dan sebagainya.

Maksudnya “Dan tiadalah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka memperhambakan diri kepadaKu”. (ad-Dzariyyat : 56)

Membebaskan mereka dari segala ikatan pengabdian kepada yang lain dari Allah SWT, melaksanakan kebaikan di tengah-tengah masyarakat serta mencegah segala bentuk kemungkaran.

Jika kita mendalami matlamat dari risalah agama yang sebenarnya, akan kita dapati antara matlamatnya ialah untuk membentuk suatu system kepimpinan yang soleh dan mempunyai pengarahan menuju kebenaran dan hidayah iaitu kepimpinan yang dapat memandu manusia bagi menghayati konsep pengabdian dan ketaatan yang padu kepada Allah SWT dan perintah-perintahNya.

Kepimpinan yang dapat menegakkan keadilan dan membasmi kemungkaran serta kefasadan dari muka bumi. Antara hikmah dan tujuan kebangkitan para Nabi dan Rasul-rasul adalah untuk melaksanakan peranan tersebut.

Peranan kepimpinan untuk membawa manusia ke jalan hidayah dan pengabdian kepada Allah diteruskan oleh para ulama’ selepas wafatnya nabi-nabi dan rasul-rasul. Kerana Ulama’ adalah pewaris dan penanggung amanah mereka.

Dalam sejarah Islam kita dapat melihat mereka yang memegang kepimpinan umat dan negara umumnya terdiri daripada ulama’.

Khalifah-khalifah Al Rashidin RA adalah ulama-ulama yang agung, mereka sebagai bintang-bintang yang menyinari alam ini. Begitu juga sebahagian daripada mereka yang kemudian.
Meskipun ada di antara yang kemudian itu bukan terdiri dari ulama’ yang tinggi kewibawaan tetapi mereka sentiasa mendampingi ulama’ dan di satu pihak yang lain pula para ulama’ sentiasa memberi nasihat, teguran dan kritikan yang sungguh berani dan tegas.

Selepas kejatuhan khalifah Islam yang terakhir di Turki dan syariah Islam digugurkan, diganti dengan undang-undang secular dari barat, wilayah-wilayah Islam jatuh satu demi satu ke tangan penjajahan.

Sebelum dan selepas kejatuhan khalifah, pimpinan umat Islam dipegang oleh golongan sekular yang tidak lagi menghirau syariat apatah lagi pandangan ulama’.

Menyedari tentang kewajipan melaksanakan dakwah, syariat serta mengembalikan khalifah yang telah kehilangan kuasa itu maka para ulama’ telah mempelopori pembentukan jamaah harakiah, gerakan-gerakan Islam dan menyeru umat supaya menyertai jemaah memperjuangkan kembali kesatuan umat, menghayati dan melaksanakan syariat serta membebaskan diri dari segala bentuk penjajahan dan penindasan sama ada dalam politik ataupun pemikiran.

Gerakan-gerakan Islam yang lahir di Turki, Mesir dan wilayah-wilayah Arab yang lain, Iran, India, Indonesia dan Malaysia dipelopori oleh para ulama’. Gerakan yang dipelopori mereka mendapat dukungan dari kalangan umat yang masih setia dan cinta kepada Islam dan syariahnya.

Thursday, November 13, 2008

DEBAT - BAGUS VS RAHMAN DAI'

ABDUL RAHMAN DAI CUBA BERDOLAK – DALIK ?

Program debat hangat diperkatakan dalam PAS Kubang Pasu masih dalam penantian dan timbul tanda tanya. Isu Debat ini timbul ekoran cadangan oleh seorang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Abdul Rahman Dai’ yang mahu mempertahankan sikapnya yang telah mengkhianati keputusan PAS Kawasan Kubang Pasu.

Umum telah ketahui bahawa bayaran letak kereta berkupon di Pekan Jitra dan sekitarnya dapat dilaksnakan kerana mendapat sokongan (undi) oleh 2 orang wakil PAS iaitu Masduki L. Abdullah dan Abdul Rahman Dai’ dan seorang lagi Abdul Aziz Jusoh yang mengambil sikap berkecuali.

Jika ketiga-tiga mereka mengambil sikap bertanggunjawab melaksanakan keputusan PAS Kubang Pasu, membatalkan perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon di Pekan Jitra dan sekitarnya dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis yang diadakan minggu lalu, sudah pasti isu ini tidak berbangkit.

Ironinya, hasrat Abdul Rahman sanggup berdebat dengan sesiapapun untuk mempertahankan sikapnya yang bertentangan dengan kehendak Jamaah, nampaknya tidak menjadi kenyataan. Walaupun BAGUS (Badan Bertindak Menangani Isu Parking Kubang Pasu) telah menyatakan kesanggupan untuk berdebatnya sejak isu ini tercetus. Namun sehingga Jumaat, BAGUS belum menerima sebarang respon dari Abd Rahman dan dua orang Ahli Majlis yang terlibat.

Harapan untuk ahli-ahli PAS melihat Abd Rahman dan rakan-arakannya mempertahankan kesalahan yang telah dilakukan kepada Jemaah nampaknya semakin kabur. Keyakinan ini juga boleh disandarkan kepada sms yang telah dikirimkan oleh seseorang kepada penulis.(Lihat di bawah)

“Akum jklau anta ajk pas kawasan insyaallah kita jpa dalam mesyuarat sbb itu adalah platform utk mencari penyelesaian & bukan populariti”.. Menurut pengirim ia menerima sms dari Abd Rahman Dai’..

Ayat sms tersebut membuatkan penulis berfikir sejenak dan mencari maksud yang tersirat dan tersurat. Penulis rasa terpanggil untuk membuat sedikit analisis luaran berhubung sms tersebut.

Pertama : Abd Rahman nampaknya sudah sedar bahawa kedudukannya sebagai AJK PAS Kawasan Kubang Pasu, apabila secara jelas minta jumpa dalam mesyuarat (AJK PAS Kubang Pasu). Tetapi sewaktu menyokong (undi) laksanakan parking, Abd Rahman rasa mungkin dia seorang Ahli Majlis ataupun orang kerajaan yang tidak ada kena mengena dengan parti PAS. Lebih menhairankan ialah dia tidak tahu tentang status penerima smsnya samada sebagai AJK PAS Kubang Pasu atauapun sebaliknya. Di sini, jelas sekali Abd Rahman Dai’ tidak mengenali AJK PAS Kubang Pasu, walaupun sudah 2 penggal menjadi AJK PAS Kubang Pasu.

Kedua : Abd Rahman Dai’ mengakui bahawa mesyuarat adalat platform mencari penyelesaian. Dalam keadaan dia di tekan oleh rakan-rakan dalam AJK PAS Kubang Pasu, Ahli Majlis dan aktivis PAS, Abd Rahman terpaksa menggunakan mesyuarat untuk tempatnya memberi penjelasan dan mempertahan kesalahan fatal yang dilabelkan sebagai pengkhianat.

Ketiga : Abd Rahman bukan mahu mencari populariti. Di sini penulis ingin menegaskan kepadanya bahawa berdebat atau berpendirian menyatakan mereka adalah orang bersalah atau pengkhianat kepada Jemaah PAS untuk tujuan populariti. Perlu disedari bahawa, populariti PAS lebih utama di pandangan rakyat kerana rakyat menentukan kuasa kepada parti-parti yang bertanding. Apakah dengan sikapnya yang membelakangkan kepetusan PAS, membolehkan PAS menjadi popular dan disukai oleh rakyat. Atas formula politik mana yang Abd Rahman dan rakan-rakannya guna pakai. Abd Rahman dan rakana-rakannya kena sedar bahawa mereka bertiga-tiga telah berjaya dipusing kepala oleh puak eksekutif MDKP yang pro UMNO/BN supaya menyokong perlaksanaan bayaran letak kerata berkupon tersebut.

Di sini, jelaslah pemikiran dan ilmu politik Abd Rahman dan kedua rakannya terlalu dangkal serta separuh masak dalam politik semasa, walaupun dia seorang Pengarah Pilahanraya PAS Kubang Pasu..Lebih membimbangkan ialah mereka adalah Ahli Majlis yang tidak pro rakyat yang akhirnya pada masa depan politik PAS Kubang Pasu akan terus di tolak oleh rakyat. Layakkah dia memegang jawatan yang sangat penting dalam organisasi PAS yang akan berdepan dengan UMNO/BN Kubang Pasu. Pastinya ialah Abd Rahman adalah umpama 'Tiada Rotan, Akarpun Jadi'. Jika akar seperti Tongkat Ali, sudfah pasti banyak manfaatnya, kita takut menjadi akar pokok kekabu yang reput.

Penulis menegaskan, isu pokoknya bukan soal mencari formula penyelesaian dan populariti. Perlu difahami bahawa, ahli-ahli PAS yang tahu tentang hal ini akan teap mengatakan Abd Rahman, Masduki dan Abdul Aziz sebagai pengkhianat kepada Jemaah PAS. Penyelesaiannya ialah mereka perlu meletakkan jawatan segera, masih ramai dikalangan AJK PAS Kubang Pasu yang boleh dan layak dilantik menggantikan tempat mereka bertiga.

Kegagalan mereka meletakkan jawatan sebenarnya memperlihatkan sikap mereka yang mementingkan diri sendiri.

Menurut Idris Hasan, Koordinator BAGUS bahawa, ketiga-tiga nama mereka berkenaan akan disenarai hitamkan dalam saf kepimpinan PAS Kubang Pasu pada masa akan datang.

“Kami tidak akan berkrompomi dalam soal menjaga Jamaah PAS, berbanding menjaga hati dan kepentingan peribadi mereka bertiga. Mereka bertiga akan didesak supaya meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu serta AJK PAS Kubang Pasu. BAGUS akan terus mendedahkan sikap buruk mereka membelakang keputusan PAS Kubang Pasu kepada ahli-ahli dan rakan dalam Pakatan Rakyat’, ujarnya Idris.

Berbalik tentang program debat, Idris mendakwa bahawa jika Abdul Rahman sememang rasa dirinya betul, dia tak perlu nak tunggu beri penjelasan dalam Mesyuarat PAS Kawasan Kubang Pasu. Itu karut saja kerana sebelum inipun dia tak hormati dan wala’ kepada PAS Kubang Pasu.

“BAGUS cadang dia jumpalah ahli-ahli PAS jika nak tahu bagaimana reaksi ahli-ahli PAS’. Biar ahli-ahli PAS menilai sendiri tentang sikapnya. Dia boleh ajak seberapa ramai ahli PAS yang sokong dia, BAGUS tetap akan berdebat", Idris menambah lagi.

Bagi Idris, penjelasan oleh Abd Rahman dan dua orang rakannya dalam Mesyuarat AJK PAS Kubang Pasu adalah kerja sia-sia dan tidak akan mengubah sikap ahli-ahli terhadap mereka bertiga kerana mereka umpama pepatah Melayu berkata, “Harapkan pagar, pagar yang makan padi”.

USRAH QUBRA

Usrah Qubra Siri Ke-18, Di Rumah Kamal Ismail

Usrah Qubra yang dijalankan pada awal Jun lalu, kini telah memasuki siri ke-18. Program ini dijalankan di cawangan-cawangan dalam kawasan Kubang Pasu yang melibatkan ahli tetap Usrah Qubra dan ahli-ahli PAS dalam cawangan. Ia dipimpin oleh Cikgu Mohd Nor Hanapi, AJK Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Negeri Kedah Darul Aman dan Ustaz Mohd Fauzi Husin, AJK Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah Darul Aman.

Menurut Setiausaha Usrah Qubra, Asri Baharom bahawa program ini akan didakan setiap Jumaat (malam) di cawangan-cawangan yang telah ditetapkan. Di samping, diadakan di rumah-rumah aktivis PAS dalam Kubang Pasu.

Bagi memastikan program Usrah Qubra ini berjalan lancar, pihaknya akan mengeluarkan taqwim dalam masa terdekat untuk memberi kemudahan kepada ahli-ahli usrah serta tuan rumah yang akan menjadi tempat program ini diadakan. Di samping usrah, pihaknya akan menganjur program tamrin intensif yang akan diadakan pada bulan Disember depan.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS, juga Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa ketika membentangkan kertas kerja di Konvensyen Tarbiyyah Negeri Pahang dekat Jerantut berkata “PAS yang ditubuhkan sejak tahun 1951 bertahan ke hari ini kerana apa ? Tarbiyyah, ujarnya.

Nasaruddin menambah, “hari ini saya percaya ada kawasan yang sudah tidak menjalankan usrah”.

Dakwaan oleh Timbalan Presiden PAS ini ada kebenarannya dan ia menjadi punca kepada kelemahan dalaman ahli-ahli PAS, sehingga terasa sesame ahli PAS tiada ikatan ukhwah Islamiyyah dan tasawwur tentang perjuangan Islam yang didukongi oleh mereka. Ahli PAS lebih cenderung dalam hal-hal politik semata-mata dan tarbiyyah tidak lagi menjadi agenda dalam perjuangan.

Selain usrah iaitu perbincangan berkumpulan dikalangan ahli PAS biasanya di buat secara bulanan, pengisian lain yang popular dalam program tarbiyyah PAS ialah tamrim dan mukhayyam, ujarnya lagi.

Usrah Qubra Siri Ke-18 kali ini diadakan di rumah saudara Mohd Kamal Ismail, mantan AJK DPPNK, Setiausaha PAS Kawasan Kubang Pasu dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu. Mohd Kamal juga adalah bekas calon Pilihanraya pada tahun 1985 untuk DUN Jitra. Di samping itu, satu majlis bacaan Yassin turut diadakan pada program Usrah tersebut untuk Mohd Kamal yang kini terlantar sakit akibat serangan angin ahmar serta bacaan Yassin untuk Ir Mohd Jamal Nasir yang akan berangkat ke tanah suci Mekah Al-Mukarramah.

Wednesday, November 12, 2008

WASIAT SYUHADA KEPADA PEJUANG ISLAM


WASIAT IMAM SAMUDRA - PENGEBOM BALI

"Demi Allah, kematian Imam Samudera akan melahirkan ribuan mujahid yang akan meneruskan cita-cita perjuangannya," teriak salah satu pelayat.


Saudara,
Aku wasiatkan kepada antum dan seluruh umat Islam yang telah mengazzamkan dirinya kepada jihad dan mati syahid untuk terus berjihad dan bertempur melawan setan akbar, Amerika dan Yahudi laknat.

Saudaraku..
Jjagalah selalu amalan wajib dan sunnah harian antum semua. Sebab dengan itulah kita berjihad dan sebab itulah kita mendapat rizki mati syahid. Janganlah anggap remeh amalan sunnah akhi, sebab itulah yang akan menyelamatkan kita semua dari bahaya futur dan malas hati.

Saudaraku,
Jagalah salat malammu kepada Allah Azza Wajalla. Selalulah isi malam-malammu sujud kepada-Nya dan pasrahkan diri antum semua sepenuhnya kepada kekuasaannya. Ingatlah saudaraku, tiada kemenangan melainkan dari Allah semata.

Kepada antum semua yang telah mengikrarkan dirinya untuk bertempur habis-habisan melawan anjing-anjing kekafiran, ingatlah perang belum usai. Janganlah takut cercaan orang-orang yang suka mencela, sebab Allah di belakang kita. Janganlah kalian bedakan antara sipil kafir dengan tentara kafir, sebab yang ada dalam Islam hanyalah dua, adalah Islam atau kafir.

Saudaraku,
Jadilah hidup antum penuh dengan pembunuhan terhadap dengan orang-orang kafir. Bukanlah Allah telah memerintahkan kita untuk membunuh mereka semuanya, sebagaimana mereka telah membunuh kita dan saudara kita semuanya. Bercita-citalah menjadi penjagal orang-orang kafir. Didiklah anak cucu antum semua menjadi penjagal dan teroris bagi seluruh orang-orang kafir. Sungguh saudaraku, predikat itu lebih baik bagi kita daripada predikat seorang muslim, tetapi tidak peduli dengan darah saudaranya yang dibantai oleh kafirin laknat. Sungguh gelar teroris itu lebih mulia daripada gelar ulama. Namun mereka justru menjadi penjaga benteng kekafiran."

HIMPUNAN ISU PARKING

Badan Bertindak Menangani Isu Parking Kubang Pasu (BAGUS)akan meneruskan program Himpunan Khas berkaitan isu parking seperti yang telah dirancangkan.

Menurut Koordinator BAGUS, Idris Hassan bahawa, mesyuarat BAGUS malam tadi telah bersetuju meneruskan progaram Himpunan Khas tersebut, walaupun terpaksa berpindah ke Markaz PAS Cawangan Teluk Malek, Jitra. Perubahan lokasi tersebut ekoran dari arahan Yang DiPertua PAS Kubang Pasu yang menghubungi Idris melalui talipon dua hari lalu.

Himpunan Khas tersebut diadakan bertujuan untuk menjelaskan kepada ahli-ahli PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat berhubung isu parking (penguatkusaan bayaran letak kereta berkupon) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Kubang Pasu pada hujung minggu lalu. Di mana kelulusan tersebut berpunca dari tindakan dua orang Ahli Majlis mewakili PAS Kubang Pasu telah menyokong (undi) dan seorang lagi mengambil sikap berkecuali. Ketiga-tiga mereka telah dilabelkan sebagai 'pengkhianat' kepada PAS Kubang Pasu kerana membelakangkan keputusan PAS Kubang Pasu yang tidak mahu bayaran letak kereta berkupon tersebut dilaksanakan di Pekan Jitra dan sekitarnya.

Idris menambah, program Himpunan tersebut dijangkan akan dihadiri oleh Ahli Majlis Pro Rakyat, Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA, ahli-ahli PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Petang ini, BAGUS akan mengadakan sidang akhbar dengan Harian Metro, Sinar dan Kumpulan Utusan Malaysia untuk menjelaskan pendirian BAGUS tentang isu parking yang dijalankan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

Tuesday, November 11, 2008

MENGAPA ABD RAHMAN DIAM ?

Badan Bertindak Menangani Isu Parking Kubang Pasu (BAGUS) telah memaklumkan kepada penulis bahawa pihak nya telah memaklumkan kepada PAS Kawasan Kubang Pasu melalui Setiausaha PAS Kawasan petang kelmarin bhawa mereka bersedia untuk mengadakan Majlis Debat dengan Abdul Rahman dai' dan dua orang lagi Ahli Majlis yang telah membelakangkan keputusan PAS Kubang Pasu.

Menurut Idris Hassan, Koordinator BAGUS bahawa, pihaknya telah menghubungi Setiausaha PAS Kubang Pasu petang kelmarin berhubung kesediaan pihaknya mengadakan majlis debat dengan Abd Rahman Dai' (Ahli Majlis yang dilabelkan sebagai pengkhianat PAS).

Sehingga pagi ini (11 Nov), Idris belum menerima sebarang respon dari Abd Rahman ataupun mana-mana Ahli Majlis berkenaan.

Idris menambah, walaupun PAS Kubang Pasu tidak membenarkan Markaz PAS Kubang Pasu dijadikan tempat program debat tersebut (tanpa alasan), pihaknya akan mencari tempat lain pada waktu terdekat.

Setakat ini, BAGUS telah mengenalpasti tiga orang calon yang akan mewaklinya berdebat dengan Ahli Majlis yang menyokong perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon, sekaligus telah bertindak membelkangkan keptusan PAS Kubang Pasu.

Sehubungan itu, suatu mesyuarat khas untuk persiapan depat akan diadakan pada hari Jumaat(14 Nov) selepas program Usrah Qubra di Kg Perupok, Malau.

BAGUS mempertahankan istilah PENGKHIANAT yang dilabel kepada tiga orang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang dilantik oleh PAS Kubang Pasu kerana sebab merekalah pengutakusaan bayaran letak kereta berkupon dilaksankan di Pekan Jitra dan sekitarnya.

ANALISA - SEBAB PENGUATKUASAAN BAYARAN LETAK KERETA BERKUPON

Penguatkuasan bayaran letak kereta berkupon telah menjadi isu kontroversi dalaman PAS kerana ia berpunca dari sikap beberapa Ahli Majlis PAS + PKR yang telah memberi sokongan (undi) supaya ia dilaksanakan.

Sokongan oleh beberapa Ahli Majlis terhadap perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon ini hanyalah berpandukan kepada suatu kertas kerja No.1 MDKP (PH) 107/2-2 yang menjelaskan secara ringkas tujuan, perlaksanaan, masalah dan cadangan tanpa disertakan sebarang penilaian ataupun kajian secara sistematik oleh mana-mana pihak berotoriti untuk menyokong kertas kerja berkenaan.

Sebelum ini, AJK PAS kawasan Kubang Pasu dan ahli-ahli PAS telah dimaklumkan bahawa penguatkusaan bayaran letak kereta berkupon ini perlu dilkasanakan kerana:

Pertama : Perintah ini telah diwartakan pada 20 Disember 2007 iaitu di zaman rejim UMNO/BN yang memerintah kerajaan Kedah Darul Aman.

Kedua : Ia menjadi sumber pendapatan (kewangan) Majlis Daerah Kubang Pasu yang mengalami akaun defisit.

Ketiga : Perlaksanaannya untuk menyelesaikan beberapa isu seperti penggunaan letak kereta tidak mencukupi, penyalahgunaan tempat-tempat letak kereta, vandalisme dan pertambahan bilangan kereta yang banyak.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan di atas yang menyebabkan beberapa orang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu begitu terasa ke lubuk hati, sehingga sanggup menjadi pengkhianat kepada Jamaah PAS dengan membelakangkan keputusan Mesyuarat AJK PAS Kubang Pasu yang mahu supaya perlaksaan bayaran letak kereta ini dibatalkan.

Berikut adalah butir-butir kerta kerja yang menjadi ‘dalil aqli’ ketiga-tiga Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu tidak mahu membatalkan perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon tersebut.

2.0 Tujuan.

Tujuan perintah ini digubal ialah untuk mengatasi masalah-masalah berkaitan kesesakan lalulintas di jalan-jalan perbandaran Daerah Kubang Pasu. Antara sebab yang dikenalpasti menjadi punca kepada masalah ini ialah :-

Penggunaan tempat letak kereta yang tidak sistematik

Kereta didapati diletakkan sesuak hati secara tidak tersusun dan menjadi halangan kepada kenderaan lain terutama bas dan kenderaan besar lain.

Ulasan :

Punca kepada kesesakan lalulintas yang dimaksudkan di atas bukanlan berpunca dari pengguna kenderaan yang tidak perlu membayar tiket, kupon atau resit parking seperti yang dimaksudkan.

Sebenarnya, tanpa perlu kepada pengutakuasaan bayaran letak kereta berkupon pun, mana-mana kenderaan yang meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan boleh dikena kompaun oleh pihak POLIS. Oleh itu, dengan adanya bayaran letak kereta berkupon sebagai suatu cara mengatasi pengguna kereta letak kereta di tempat yang salah adalah tidak tepat dan alasan tidak kukuh.

Penyalahgunaan Tempat-Tempat Letak Kereta

Tempat letak kereta digunakan sebagai tempat pameran dan perniagaan seperti pameran kereta dan motorsikal. Ada juga peniaga yang menghalang penggunaan tempat letak kereta dengan meletakkan kerusi dan lain-lain barang., di samping digunakan bagi maksud perniagaan terutama kedai membaiki kereta dan alat hawa dingin kereta.

Tempat letak kereta juga digunakan sebagai tapak penjajaan di mana aktiviti ini menyumbang kepada masalah kekotoran.

Pertambahan kereta yang begitu banyak manakala jumlah petak-petak letak kereta adalah terhad.

Ulasan :

Tinjaun yang di buat sebenarnya, contoh yang diberikan di atas adalah tidak tepat dan lebih kepada sentimen untuk mempengaruhi psikologi Ahli Majlis sahaja. Ada jaminankah jika bayaran kupon dikenakan perkara di atas tidak akan berlaku. Contohnya, Restoren Nashmir, PJ2 yang menyusun kerusi atas kotak letak kereta adalah kerana pentadbiran dulu yang ‘meluluskan’ dengan mendapat imbuhan. Begitu juga, peniaga kereta di Bandar Darulaman Jaya memasang khemah sebagai tempat pameran kerena ia telah mendapat kebenaran dari orang dalam MDKP.

Jika peniaga kecil yang menumpang mencari rezeki di bahu-bahu jalan di waktu petang dan malam di sekitar Pekan Jitra dan lain-lain menjadi punca kepada kesesakan lalulintas, bagaimana pula ‘ projek bazaar ramadhan’ oleh Badan Kebajikan MDKP yang diadakan setiap tahun yang jelas menggunakan tapak letak kereta pengguna sehingga pengguna terpaksa meletakkan kenderaan di jalan-jalan utama. Pada hal, makklumat yang kita perolehi pihak POLIS sendiri tidak bersetuju bazaar ramnadhan diadakan di tempat-tempat tertentu, tetapi Ahli Majlis dan Majlis Daerah Kubang Pasu tidakpun membuat sebarang tindakan. Lebih mendukacitakan ialah, tersibar cerita bahawa orang dalam Majlis Daerah Kubang Pasu mengaut keuntungan berpuluh ribu setiap kali projek bazaar ramadhan diadakan. Adalah perkara ini boleh dikecualikan kerana ia projek MDKP.

Petak Letak Kereta Tidak mencukupi

Didapati tempat letak kereta tidak mencukupi di Bandar Darulaman Jaya kerana wujudnya pertambahan kakitangan dan penuntut di Kolej Komuniti.

Ulasan :

Kelulusan untuk kegunaan premis di Bandar Darulaman Jaya di bawah kuasa siapa ? Adakah pengelola Kolej Komuniti boleh mengwujudkan lesen sendiri ataupun tidak perlu mendapatkan sebarang kelulusan dari PBT Kubang Pasu. Alasan ini jelas tidak munasabah, seolah-olah PBT Kubang Pasu membaling batu, sembunyikan tangan.

Apakah dengan adanya bayaran letak kereta berkupon ini, para penuntut yang menggunakan motorsikal terpaksa meletakkan motorsikal mereka di sebuah padang atau tinggal di tempat-tempat lain. Oleh itu, punca kesesakan adalah berpunca dari kelemahan dalam PBT Kubang Pasu sendiri dan Ahli Majlis mesti pro aktif memberi cadangan baru yang lebih mesra rakyat.

Vandalisma

Iron Grating/besi penutup parit di tepi jalan masuk ke tapak letak kereta di Kompleks SIM seringkali hilang dan menghalang kenderaan masuk ke kawasan letak kereta.

Ulasan :

Adakah dengan terlaksananya bayaran letak kereta berkupon, besi penutup parit tidak akan hilang. Sebenarnya isu ini tidak ada kaitan langsung dengan tujuan melaksana bayaran letak kereta berkupon. Banyak lagi cara untuk mengatasi kehilangan besi penutup parit tersebut. Soalnya, Ahli Majlis dan MDKP tidak mahu berfikir, itu saja.

Pertambahan Kereta Yang Banyak

Ulasan :

Mengapa isu ini dijadikan alasan untuk menguatkuasa bayaran letak kereta berkupon. Umum telah mengetahui bahawa puncanya adalah kerana kelemahan dalam bahagian ‘town planning’ ketika meluluskan premis-premis di sekitar Jitra dan Darulaman Jaya. Mengapa pengguna kereta dikenakan hukuman akibat dari kelemahan pihak pentadbiran PBT Kubang Pasu masa lalu.
Kesimpulan

Apapun hujah dan ulasan yang mungkin dikemukakan, ia tidak boleh mengubah persepsi rakyat, pengguna jalanraya, ahli-ahli PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bahawa Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang mewakili PAS dan PKR adalah kalangan orang yang tidak tahu menggunakan kuasa yang ada di tangan. Lebih mendukacitakan lagi, rakyat umum menilai kerajaan Pakatan Rakyat lebih zalim, lebih buruk dalam mengubal dasar-dasar serta penguatkuasaan undang-undang yang menekan rakyat terutama orang-orang Melayu dalam daerah Kubang Pasu.

Natijahnya ialah kerana nila setitik, susu sebelangga menjadi biru. Kerana tiga orang Ahli Majlis menjadi pengkhianat kepada Jamaah PAS, PAS di lihat sebagai kerajaan yang buruk dan lebih buruk dari UMNO/BN masa lalu.

Oleh itu, ketiga-tiga Ahli Majlis akan dituntut di akhirat kelak oleh ahli-ahli PAS kerana telah menjadi pengkhianat kepada Jamaah ini.

AHLI MAJLIS PAS + PKR TIDAK SOLID DALAM KEPUTUSAN

AHLI MAJLIS INGKAR KEPUTUSAN PARTI ADALAH PENGKHIANAT?

Cukup menghairankan apabila Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang mewakili PAS dan PKR tidak dapat membuat satu keputusan solid berhubung isu bayaran letak kereta berkupon yang sememangnya dibantah oleh PAS Kawasan Kubang Pasu.

Mengapa mereka yang hanya berjumlah 15 orang boleh membuat tiga jenis keputusan. Dimana, enam orang Ahli Majlis sahaja mewakili PAS dan PKR mengundi membantah perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon tersebut iaitu Dr. Rohani Abdul Mutalib (Ketua Dewan Muslimat PAS Kubang Pasu), Ustaz Yusof Hj. Ahmad (Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu), Tuan Haji Ismail Abdullah (AJK PAS Kawasan Kubang Pasu), Che Onn Jusoh (Ketua PKR Bahagian Kubang Pasu), Krishnan A/L Subramaniam dan Lee Ban Tat (AJK PKR Bahagian Kubang Pasu) . Mereka ini boleh digelar sebagai Ahli Majlis Pro Rakyat dan memahami aspirasi Pakatan Rakyat.

Bagi Ahli Majlis yang berkecuali pula, Abdul Aziz Jusoh (Naib Yang DiPertua PAS Kubang Pasu merangkap Ketua Whip Ahli Majlis), Hj. Abdul Wahab Abdul Rahman, Abdul Aziz Hatt dan Hj. Abu Seman Saad (Mantan Setiausaha PAS Jerlun) serta Che Saad Ismail (Setiausaha PKR Bahagian Kubang Pasu). Mereka ini pula dilihat sebagai kumpulan yang ambil jalan selamat mungkin untuk menjaga hati pihak-pihak tertentu. Natijahnya mereka sebagai Ahli Majlis yang tidak responsif terhadap kehendak parti dan rakyat.

Kumpulan Ahli Majlis yang menyokong bayaran letak kereta berkupon dilaksanakan ialah Masduki L. Abdullah (Timbalan Yang DiPertua PAS Kubang Pasu), Abdul Rahman Dai’ (AJK PAS Kubang Pasu juga Pengarah Pilihanraya PAS Kubang Pasu) serta dua orang Ahli Majlis dari PKR iaitu Ahmad Hassan dan Azehar Ahmad (Setiausaha Exco Pelancongan) serta empat orang ex-officeo yang hadir mewakili agensi atau jabatan kerajaan. Mereka ini dianggap sebagai kumpulan Pro MDKP yang ditadbir oleh individu-individu yang pro UMNO/BN.

Wajarkah Mereka Digelar Pengkhianat ?

Sesungguhnya, sikap dua Ahli Majlis dari PAS Kubang Pasu yang menyokong perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon serta seorang Ahli Majlis yang mewakili PAS Kubang Pasu yang mengambil langkah berkecuali dalam pengundian merupakan suatu trajedi yang amat memalukan, mendukacita serta perlu dinilai oleh PAS Kubang Pasu serta ahli-ahli PAS yang telah mengangkat mereka sebagai pemimpin PAS.

Jelas sekali bahawa, tindakan mereka ini adalah tidak bermaruah dan mengkhianati keputusan PAS Kubang Pasu, sekaligus merobek kredebiliti dan konsistensi PAS dalam hal-hal yang sejak dulu menjadi juara memperjuangkan hak rakyat, apalagi beriltizam untuk melihat rakyat hidup dalam keadaan yang selesa, selamat dan sejahtera.

Oleh itu, apakah istilah yang paling mulia dan mudah difahami oleh ahli-ahli PAS di atas sikap ketiga-tiga mereka yang berkenaan. Pelbgai reaksi yang di terima oleh penulis dari aktivis PAS yang mengikuti perkembangan isu parking yang sudah berlarutan sejak bulan Mei lalu. Walaupun sebahagian ahli-ahli PAS mungkin masih tidur lena di buai mimpi kerana menyakini bahawa Ahli Majlis yang telah dilantik mampu memainkan peranan mereka untuk kebaikan PAS, Pakatan Rakyat serta masyrakat yang berada di Kubang Pasu, khususnya. Ternyata reaksi spontan dari mereka yang ditemui mengatakan bahawa Ahli Majlis berkenaan adalah ‘Pengkhianat’ kepada Jamaah PAS. Ada yang melabelkan mereka sebagai Ahli Majlis ‘Rubber Stamp’ kepada agen-agen UMNO/BN yang mentadbir MDKP. Malah ada yang melabelkan mereka sebagai ‘Penjenayah’ kepada Jamaah PAS.

Persoalaannya ?

Persoalannya ialah mengapa mereka beriya-iya sangat mahu melaksanakan bayaran letak kereta berkupon yang dicadangkan oleh Ahli Majlis di zaman pemerintahan UMNO/BN.
Apakah betul dakwaan yang mengatakan bahawa penguatkusaan ini wajib dilaksanakan, lantaran ia telah diwartakan dan pengwartaan tersebut tidak boleh ditarik balik oleh mana-mana jua parti yang diberi mandat sabagai kerajaan.

Ataupun mereka yang menyokong itu begitu yakin bahawa ia suatu mekanisme menjana sumber pendapatan berjuta-juta ringgit kepada MDKP. Mungkin juga mereka mengambil pendekatan untuk menjaga hati Yang DiPertua dan Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu kerana mengharapkan sesuatu yang mungkin tidak ketahui umum.

Sukalah penulis menambah, seorang Ahli Majlis yang di temui telah memberi komen spontan mereka berhubung isu ini dengan menyatakan bahawa terdapat 2-3 orang Ahli Majlis yang pro MDKP kerana mereka telah berunding mendapatkan sesuatu untuk kepentingan peribadi. Dakwaan ini bertambah kuat lagi, apabila saudara Zainon Kassim dalam Mesyuarat AJK PAS Kubang Pasu bulan lepas, secara sinis menyebut bahawa ‘dah ada Ahli Majlis yang makan rasuah’. Jika kedua-dua dakwaan ini betul, maka PAS Kubang Pasu yang telah melantik mereka perlu melakukan penyiasatan, pengawasan serta mengambil tindakan tegas memecat mereka yang berkenaan.

Kemungkinan isu seperti yang didakwakan tersebut boleh menjadi pendorong kepada sikap Ahli Majlis untuk menyokong ataupun berkecuali dalam isu perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon ini.

Rumusan

Namun, apajua alasan yang mugkin mereka berikan kepada PAS dan rakyat untuk mempertahan maruah serta tindakan yang sememangnya salah, ia tetap tidak boleh melenyapkan perkara-perkara berikut :-

Pertama : Tindakan mereka yang menyokong dan berkecuali adalah SALAH disisi Jamaah (PAS) kerana ia bertentangan dengan keputusan dan hasrat PAS Kubang Pasu. Kesalahan adalah merupakan pengkhianatan kepada PAS, khianat adalah suatu JENAYAH dan penjenayah perlu dihukum. Hukuman yang sewajarnya ialah mereka mesti bersedia mleletakkan jawatan ataupun di pecat. Dalam tempoh masa proses hukuman dijalankan, mereka bertiga perlu diPULAUKAN oleh seluruh AJK PAS Kubang Pasu, ahli-ahli PAS dan rakyat pro Pakatan Rakyat.

Kedua : Tindakan mereka yang menyokong dan berkecuali telah memperlihatkan sikap sebenar mereka yang menjadi pimpinan terkanan PAS Kubang Pasu yang bersikap ego, dan penting diri sendiri.

Ketiga : Tindakan mereka yang menyokong dan berkecuali telah menghilangkan keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli PAS dan rakan-rakan dalam PKR di semua peringkat. Sepatutnya mereka yang diamanahkan memainkan peranan yang lebih pro aktif dan bertanggungjawab di dalam mengetengahkan idea, agenda dan dasar-dasar yang selari dengan aspirasi PAS dan Islam itu sendiri di dalam PBT Kubang Pasu. Sebaliknya mereka merupakan ‘rubber stamp’ kepada kumpulan eksekutif PBT Kubang Pasu yang umum mengetahui bahawa mereka adalah golongan yang pro UMNO/BN.

Keempat : Tindakan mereka yang menyokong dan berkecuali memperlihatkan kegagalan, kelemahan dan ketidak mampuan pucuk pimpinan PAS Kubang Pasu, khususnya Dr. Abdul Isa Ismail, Yang DiPertua PAS Kubang Pasu mengurus organisasi.

Kelima : Ketiga-tiga mereka yang terlibat dinasihatkan supaya meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu dan juga AJK PAS Kubang Pasu serta merta sebagai membuktikan bahawa keutamaan Jamaah mengatasi kepentingan peribadi.

Oleh yang demikian, mereka yang terlibat adalah pengkhianat yang perlu dihukum oleh PAS Kubang Pasu. Dalam hal ini, kepentingan PAS adalah melebihi kepentingan individu.

Monday, November 10, 2008

AHLI MAJLIS KUBANG PASU SANGGUP BERDEBAT ?

Pertamanya, marilah sama-sama kita semua selaku ahli PAS menyampaikan salam takziah dan bacaan Al-Fhatihah kepada Allahyarham ayahanda saudara Kaman Jaapar, mantan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu yang telah kembali kerahmatullah pada petang tadi. Semoga pemergian ayahanda tersayangnya diberi limpah rahmat dan keredhaan dari Allah SWT.

Keduanya, penulis ingin memberi respon terhadap isu bayaran letak kereta berkupon yang sedang hangat diperkatakan sejak dari malam kelmarin, khususnya oleh AJK PAS Kubang Pasu, Ahli Majlis Pro Rakyat serta ahli-ahli PAS berhubung tindakan 'khianat' beberapa orang Ahli Majlis PAS Kubang Pasu kerana tidak bersetuju membatalkan perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

Maklumat yang penulis perolehi bahawa isu parking yang disiarkan oleh blog ini telah mendapat respon, khususnya Ahli Majlis yang terlibat.

Menurut sumber yang boleh dipercayai bahawa, salah seorang Ahli Majlis iaitu Abdul Rahman Dai' telah menyatakan kesanggupannya berdebat dengan mana-mana pihak yang menuduhnya sebagai pengkhianat kepada PAS. Hal ini heboh diperkatakan oleh beberapa AJK PAS Kubang Pasu yang telah datang mengunjungi jenazah ayahanda saudara Kaman Jaapar di rumahnya di Kg Sampang, Bukit Wang.

Jika benar maklumat yang diterima oleh penulis, ia bermakna Ahli Majlis yang berkenaan cuba untuk mempertahankan tindakannya yang sememangnya SALAH dari sisi amal jamaie dalam sebuah Jamaah Islamiyyah (PAS). Sekaligus memperlihatkan kesombongan dan kejahilannya dalam menjunjung prinsip-prinsip asas dan akhlak dalam berjemaah, di samping cuba untuk menegakkan benang yang basah.

Malam tadi, penulis sempat bertemu beberapa orang Ahli Jawtankuasa PAS Kawasan Kubang Pasu dan Ahli Majlis Pro Rakyat untuk mendapatkan komen mereka terhadap berita yang mengatakan saudara Abdul Rahman Dai' sanggup untuk berdebat dengan sesiapapun yang menuduhnya sebagai pengkhianat kepada Jamaah PAS. Cukup mengejutkan penulis, apabila di antara AJK PAS aAwasan Kubang aAsu dan Ahli Majlis yang ditemui bersedia untuk menjadi wakil kepada 'Pasukan Pro Rakyat' untuk berdebat dengan Abdul Rahman Dai'.

Nampaknya, isu penguatkuasaan bayaran letak kereta berkupon sekarang telah bertukar kepada isu debat pula seperti mana yang dihajati oleh Ahli Majlis yang berkenaan.

Persoalannya ialah adakah wajar Abdul Rahman Dai' untuk mengajak mana-mana pihak yang telah melabelnya sebagai pengkhianat berdebat?

Persoalan yang ingin dibangkitkan oleh penulis kepada Abdul Rahman ialah untuk apa debat itu diadakan. Apakah dengan adanya debat tersebut, isu penguatkuasaan bayaran letak kereta berkupon itu boleh ditarik balik oleh Majlis Daerah Kubang Pasu dan tindakannya membelakangkan keputusan PAS Kawasan Kubang Pasu supaya membatalkan perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon itu boleh dianggap selesai.

Bagi penulis ialah Abdul Rahman tidak perlu berdebat kerana jika bertanya kepada mana-mana ahli PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memang jelas mereka juga akan mengatakan bahawa tindakan oleh Abdul Rahman adalah salah dan tidak keterlaluan dikatankan sebagai pengkhianat kepada PAS. Inilah bayaran yang perlu di bayar oleh Abdul Rahman, apabila beliau sanggup membelakang keputusan Jamaah yang di buat secara syura dalam Mesyuarat PAS Kawasan Kubang Pasu.

Namun penulis juga akan bersetuju jika Abdul Rahman beriya-iya untuk diadakan debat untuk mempertahankan tindakannya, sekaligus mungkin untuk membuktikan kepada seluruh AJK PAS Kubang Pasu, Ahli Majlis Pro Rakyat, ahli-ahli PAS dan pendokong Pakatan Rakyat di Kubang Pasu bahawa dia adalah individu yang terhebat, bijak dan pro kerajaan Pakatan Rakyat.

Penulis ingin menyatakan di sini, jika benar Abdul Rahman berhasrat berdebat untuk memberi kebaikan kepada PAS Kubang Pasu, maka penulis bersedia mencari pengajurnya dan berkemungkinan juga BAGUS sebuah badan bertindak untuk menanggani isu parking boleh dipertanggujawabkan.

Apapun, kita minta Abdul Rahman cuba nyatakan hasratnya secara bertulis kepada Koordinator BAGUS iaitu saudara Idris Hj. Hassan yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung PEMBELA pada masa yang terdekat.

Sunday, November 9, 2008

PECAT AHLI MAJLIS YANG KHIANAT PAS KUBANG PASU

DR ISA DIDESAK PECAT MASDUKI, ABDUL AZIZ DAN ABD RAHMAN

Berhubung dengan isu tiga orang Ahli Majlis PAS Kubang Pasu yang menyokong perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon oleh Majlis Daerah Kubang Pasu di Pekan Jitra pada petang kelmarin (9 Nov) memberi tamparan hebat kepada YB. Dr Mohd Isa Ismail, Yang DiPertua PAS Kubang Pasu juga Speaker Dewan Undang Negeri Kedah Darul Aman.

Sejak maklumat berhubung keputusan melaksanakan bayaran letak kereta berkupon di sokong oleh tiga Ahli Majlis (Masduki, Abd Aziz dan Abd Rahman) di ketahui umum pada jam 7.00 petang kelmarin, pelbagai sms telah di terima oleh penulis dari aktivis dan ahli-ahli PAS Kubang Pasu. Antara sms yang di terima ialah “Ahli Majlis Ingkar Keputusan PAS Kubang Pasu, Pecat Mereka”, “Ahli Majlis umpama agen UMNO”, “Ahli Majlis Kubang Pasu adalah bekas-bekas UMNO”, “Apa dah jadi dengan Ahli Majlis PAS”, “Depa tak paham hasrat rakyat dan buta politik”, “Dr Isa dah salah lantk Ahli Majlis”, “Hj. Aziz khianat PAS”, dan banyak lagi.

Penulis juga menerima SMS daripada beberapa orang Ahli Majlis , AJK PAS Kawasan Kubang Pasu serta rakan-rakan Kelab Penyokong PAS.

Kesimpulannya ialah sms tersebut berbaur rasa kekecewaan, marah dan kesal di atas sikap tiga orang Ahli Majlis yang dilantik oleh PAS tersebut.

Seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu yang tidak mahu namanya disebut memberi komen bahawa, Dr Mohd Isa selaku Yang DiPertua PAS Kubang Pasu patut bertanggungjawab dalam hal ini. Jika tidak, dia kena pecat ketiga-tiga mereka tersebut. Perkara pokok sekarang bukan lagi tentang isu perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon, sebaliknya ialah isu ‘Pengkhiatan’ tiga orang Ahli Majlis kepada PAS Kubang Pasu yang telah memberi amanah kepada mereka mewakili PAS dalam Majlis Daerah Kubang Pasu.

“PAS Kawasan telah berbincang panjang sehingga nak bertumbuk bagi mendapatkan keputusan berhubung isu parking, tiba-tiba wakil kita ke Majlis Daerah Kubang Pasu pandai-pandai buat pendirian yang membelakangkan keputusan Jamaah PAS’, ujarnya seorang lagi AJK PAS Kubang Pasu yang ditemui.

Bagi Mohd Fazil Ahmad, Taman Mahsuri, “Dr Isa mesti pecat meraka. Dah tak ada alasan lagi. Kita tak perlu jaga kepentingan individu, Jamaah PAS perlu diutamakan kerana ia adalah wadah perjuangan Islam dan rakyat telah memberi kepercayaan kepada kita.

Persoalannnya ialah sejauh mana kemahuan Dr Mohd Isa menerima pakai pandangan dan hasrat aktivis dan ahli-ahli PAS. Kadang-kala pandangan AJK PAS Kawasan yang duduk sebagai saf kepimpinan PAS Kubang Pasu pun tidak dihiraukan, apatah lagi ahli-ahli PAS yang tidak dikenalinya. Apatah lagi, ketiga-tiga Ahli Majlis merupakan orang kanan kepadanya dalam menjalankan kerja-kerja PAS di Kubang Pasu, walaupun ahli-ahli mendapati bahawa mereka bukanlah berkemampuan untuk menguruskan gerak kerja dalam PAS dan politik dalam kawasan Kubang Pasu.

Namun begitu, pada kali ini kita mengharapkan Dr Mohd Isa dapat memberi sentuhan dan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk melakukan sesuatu yang lebih menguntungkan PAS dari menjaga kepentingan dan peribadi ketiga-tiga Ahli Majlis berkenaan. Harapan dan kehendak ahli – ahli PAS, khususnya di Kubang Pasu ialah Dr Mohd Isa dapat membawa perubahan ke arah memperbaiki segala kelemahan, kekurangan dan kepincangan yang ada dalam Kubang Pasu dalam tempoh sisa waktu sebelum pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu yang akan diadakan pada tahun depan. Dalam erti kata lain bahawa, jika Dr Mohd Isa masih mahu meneruskan kepimpinannya ataupun melepaskan tanggungjawab sebagai YDP Kubang Pasu di tahun hadapan, PAS Kubang Pasu bukan menjadi sebuah Jamaah Islamiyyah yang lemah dan banyak lompang yang mudah di ratah oleh musuh politiknya iaitu UMNO.

Masa masih ada untuk Dr Mohd Isa mejayakan visi dan misi yang pernah diungkapkan kepada ahli-ahli sebelum ini.