Tuesday, January 20, 2009

MOHD JAMAL NASIR CALON PENGGANTI YDP KUBANG PASU MASA DEPAN


Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kubang Pasu dalam masa terdekat tahun ini akan menyaksikan pencalonan muka-muka baru sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan bagu sesi 2009/2011. Sumber yang diperolehi bahawa hampir separuh AJK PAS Kubang Pasu tidak akan mempertahankan jawatan mereka masing-masing. Antara alasannya ialah ingin memberi peluang kepada muka-muka baru menduduki jawatan AJK PAS Kubang Pasu, sekaligus dapat memberi nafas baru dalam organisasi serta merancakkan gerak kerja ke arah memperkasa PAS itu sendiri.

Sumber dikeluarkan oleh aktivis PAS yang membentuk ‘Pasukan Kepimpinan Baru’ PAS Kubang Pasu sedang menilai untuk mencalonkan Mohd Jamal Nasir, bertanding jawatan Yang DiPertua PAS Kubang Pasu. Cadangan ini adalah kerana mahu memberi pelepasan kepada YB Dato’ Dr. Hj Abdul Isa Ismail (YDP sekarang) menumpukan kerja-kerjanya sebagai Yang Dipertua Dewan Undang Negeri Kedah (Speaker) yang disandangnya sekarang ini.

Menurut Asri Baharom, Koodinator calon-calon ‘Pasukan Kepimpinan Baru’ PAS Kubang Pasu bahawa kita amat memahami tentang tugas berat yang dipikul oleh seorang Speaker Kerajaan Negeri, apatah lagi dalam tempoh penggal pertama kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh PAS menerajui tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Asri menambah, “ahli-ahli PAS mesti memahami tentang kedudukan YB Dato’ Hj Abdul Isa yang dibebankan pelbagai tanggungjawab sebagai seorang Speaker. Kekangan masa dan tenaga yang terhad sudah pasti beliau tidak dapat menumpukan gerak kerja yang berkesan kepada PAS Kubang Pasu. Oleh itu, melepaskannya menumpukan kerja-kerja sebagai seorang Speaker adalah wajar dipertimbangkan oleh ahli-ahli PAS seluruhnya”.

Berhubung dengan calon pengganti Yang DiPertua PAS Kubang Pasu, Asri berkata aktivis PAS telah mencadangkan Mohd Jamal Nasir sebagai calon pengganti yang bersesuaian dan tepat. Ini kerana, Mohd Jamal ialah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu yang dilantik tahun lepas yang kini bergiat cergas dalam kawasan samada dalam parti, maupun badan bukan kerajaan (PEMBELA).

Mohd Jamal Nasir, 41 tahun merupakan seorang jurutera dan konsultan dalam bidang alam sekitar dan kejuruteraan awam. Kini membuka firmanya sendiri yang berpengkalan di Bandar Darulaman, Jitra. Di samping sebuah syarikat perniagaan dalam bidang bahan kimia kerjasama dengan SIRIM Berhad.

Beliau memiliki kelulusan di peringkat Master Engeneering (Environmental) dari Universiti Teknologi, Skudai pada tahun 2003. Pernah juga dilantik sebagai pensyarah di UITM, Arau dan Open Universiti Malaysia (OUM) dan berkhidmat sebagai saintis dengan sebuah firma antarabangsa (Perancis) dalam kualaiti air minuman dan sisa buangan bertoksid.

Secara ringkas, latarbelakang penglibatannya dengan PAS ialah sejak di peringkat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dilantik sebagai Exco Persatuan Mahasiswa UTM. Antara pimpinan dan aktivis PAS yang seangkatan dengannya ketika itu ialah YB Dato’ Nik Amar Nik Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan sekarang), YB Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh ( Adun Melor), Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah/Pengamat Politik Tanahair) dan Ustaz Idris Hj Ahmad, AJK PAS Pusat.


Menurut Koordinator calon-calon ‘Pasukan Pemimpin Baru’ PAS Kubang Pasu lagi, “Mohd Jamal adalah antara calon sesuai untuk mengantikan YB Dato Hj. Abdul Isa memimpin PAS Kubang Pasu dan menggalas tanggungjawab besar menjayakan visi dan misi parti menghadapi PRU 13 akan datang”.

Asri menjelaskan maksud calon yang sesuai iaitu, Mohd Jamal memiliki pengalaman dalam gerak kerja PAS, di samping faktor usia dan kedudukan ekonomi yang kukuh serta memiliki fikrah tulen PAS. Inilah kesesuaian yang dimaksudkan yang ada kepada Mohd Jamal yang dikenali secara dekat.

Mohd Jamal pernah menjawat beberapa jawatan strategik parti di peringkat Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kedah.

“Ahli-ahli tidak perlu meragui tentang kemampuan Mohd Jamal kerana ia adalah seorang aktivis PAS yang telah dibentuk di peringkat Universiti dan memiliki fikrah tulen PAS” kata Asri lagi.

Sesungguhnya kekuatan PAS antaranya bergantung rapat di atas fikrah seorang pemimpin tersebut. Fikrah tulen akan menghasil gerak kerja yang selari dengan dasar, cita-cita dan matlamat perjuangan PAS. Faktor pengalaman, fikrah, ekonomi dan kerjaya telah meletakkan Mohd Jamal adalah calon paling ideal mengganti YB Dato Dr. Hj. Abdul Isa apabila melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua PAS Kubang Pasu nanti.

Sesungguhnya PAS Kubang Pasu memerlukan seoarang pemimpin yang bukan sekadar mampu merancang di atas kertas dan mengarah orang lain untuk melaksanakannya ataupun mengemukana teori semata-mata yang tidak realistik dalaman PAS, sebaliknya sanggup turut terlibat dengan sepenuh masa, tenaga, buah fikiran dan jiwa kepada perjuangan Islam melalui wadah PAS. Di samping memahami setiap keputusan yang bakal di ambil kerana ia akan memberi natijah kepada PAS itu sendiri.

Oleh itu, memberi peluang kepada Mohd Jamal memimpin Kubang Pasu adalah tindakan yang tepat dan kena pada masanya. Ia merupakan peluang keemasan kepada PAS Kubang Pasu untuk menggorak langkah dengan lebih bergaya dan berkesan di masa depan. Justeru memberi nafas baru kepada seluruh ahli-ahli dan aktivis PAS serta organisasi yang bernaung di bawah PAS untuk memastikan kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Kedah dapat dipertahankan dalam PRU 13 akan datang.

Monday, January 19, 2009

AKTIVIS AKAN PERKENAL PASUKAN KEPIMPINAN PAS KUBANG PASU

Gagasan Harapan Baru Kubang Pasu

Slogan ‘Harapan Baru Kubang Pasu’ yang dipelopori oleh aktivis PAS Kubang Pasu adalah suatu gagasan yang sarat dengan iltizam, visi dan misi ke arah mempertahankan kemenangan PAS/Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah serta suatu usaha untuk memenangi kerusi –kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU 13 akan datang.

Bagi menjayakan gagasan yang dimaksudkan, para aktivis PAS Kubang Pasu sepakat dan bertekad membentuk ‘Pasukan Kepimpinan Baru’ untuk memimpin PAS di Kubang Pasu. Dalam erti kata lain bahawa aktivis PAS akan menonjolkan calon-calon yang dinilai olehnya lebih releven, dinamik dan berwawasan.

Sesungguhnya, ‘Pasukan Kepimpinan Baru’ PAS Kubang Pasu adalah merupakan sebuah ‘tawaran’ bukannya paksaan kepada seluruh ahli-ahli PAS untuk membuat keputusan. Maknanya, ahli-ahli PAS bebas untuk memilih dan menilai setiap calon-calon yang berada di dalam ‘Pasukan Kepimpinan Baru’. Peranan aktivis adalah memperkenalkan calon-calon tersebut berdasarkan fakta, di samping memberi penerangan tentang perancangan yang bakal dilakukan nanti. Tujuannya supaya ahli-ahli boleh mengenali secara dekat bakal pemimpin yang akan mereka lantik.

Ahli-ahli PAS perlu diberi hak untuk memilih pemimpin berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang tepat bukannya melalui kempen-kempen yang tidak bermoral seperti mendedahkan keburukan seseorang, apatah lagi dalam perkara yang tidak benar ia akan menjadi suatu fitnah. Aktivis yang menjadi tulang belakang kepada ‘Pasukan Kepimpinan Baru’ akan memainkan peranan mereka dalam ruanglingkup yangdibenarkan oleh syarak dan Perlembagaan PAS.

Perlu ditegaskan bahawa “matlamat tidak menghalal cara’ sentiasa menjadi pegangan aktivis PAS Kubang Pasu dalam menjalankan kempen memperkenalkan calon-calon ‘Pasukan Kepimpinan Baru’.

Konsep dan Pendekatan Mendapatkan Sokongan

Aktivis telah menggariskan beberapa kaedah yang akan digunapakai ketika menjalankan kempen memperkenalkan ‘Pasukan Kepimpinan Baru’ kepada ahli-ahli dalam seluruh kawasa Kubang Pasu. Kaedah yang dugunapakai ialah Pertama, juru kempen tidak dibenarkan memburuk-buruk peribadi calon-calon yang bertanding, Kedua, calon-calon yang bertanding akan diperkenalkan dengan pelbagai cara iaitu melalui program perjumpaan, media online (blog) dan bahan cetak. Ketiga, calon-calon akan diaktifkan dalam masyrakat dan keempat, semua calon tidak dibenarkan merasuah ataupun menabur sebarang janji-janji samada berbentuk upah dan hadiah, jawatan dan kedudukan dalam parti dan lain-lain.

Inilah pendekatan yang dijalankan oleh aktivis dan ia adalah berbeza dari proses sebelumnya (tempoh kempen) untuk memilih para pemimpin PAS Kubang Pasu.

Jelasnya, aktivis PAS yang mahukan kepada ‘Pasukan Kepimpinan Baru’ PAS Kubang Pasu secara terbuka, ikhlas dan jujur akan memperihalkan segala tindakan dan tujuannya kepada ahli-ahli dengan bertanggungjawab. Bagi memastikan matlamat itu tercapai para aktivis sedang giat membuat persiapan rapi untuk menampilkan ‘Pasukan Kepimpinan Baru’ yang terdiri dari pelbagai latarbelakang individu.

Sekiranya tawaran ini di tolak ia bukan menjadi suatu perkara yang akan merosakkan perpaduan dalam PAS serta menjejaskan komitmen aktivis PAS untuk terus bekerja memelihara kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Calon ‘Pasukan Kepimpinan Baru’

Sehingga artikel ini ditulis, aktivis PAS telah mengenalpasti beberapa orang AJK PAS Kubang Pasu yang akan dikekalkan sebagai kepimpinan dalam ‘Pasukan Kepimpinan Baru’ dan selebihnya akan dicalon pengganti yang baru. Menukar kepimpinan yang sedia ada bukan bermakna mereka tidak memiliki akhlak yang baik, taraf pendidikan yang tinggi ataupun tidak memberi sumbangan dari segi tenaga, masa dan wang ringgit, sebaliknya ialah kerana untuk masa depan PAS Kubang Pasu.

PAS Kubang Pasu perlu dipimpin oleh ‘Pasukan Kepimpinan Baru’ yang memiliki fikrah tulen PAS. Maksudnya dikalangan mereka yang telah diproses dalam sistem tarbiyyah PAS dan bersedia melalui liku-liku perjuangan. Ahli yang memiliki fikrah tulen PAS sahaja yang akan dapat memahami rentak dan tari perjuangan PAS.

Insya allah di Kubang Pasu ia memiliki ramai ahli-ahli yang memiliki fikrah tulen PAS yang boleh diangkat sebagai pemimpin PAS pada masa ini dan akan datang. Ia terletak kepada kehendak dan keputusan ahli-ahli PAS. Apapun keputusan, kita semua pasti akan menerima dan meredhainya.

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN BERMULA

Saat yang dinantikan oleh seluruh ahli-ahli dan aktivis PAS, khususnya yang terlibat diperingkat cawangan-cawangan Kubang Pasu untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan 2009 bagi menunaikan tanggungjawab mereka masing-masing sudah mendapat lampu hijau dari PAS Kawasan.

PAS Kawasan Kubang Pasu telah mengeluarkan Notis Mesyuarat Agong Tahunan bertarikh 14 Jan 2009/17 Muharram 1430 yang mengarahkan seluruh cawangan-cawangan menjalankan Mesyuarat Agong Tahunan masing-masing dalam tempoh masa ditetapkan iaitu bermula 24 Januari 2009 hingga 28 Februari 2009 depan.

Mesyuarat Agong Tahunan 2009, dijangka akan berjalan rancak dan panas kerana ia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah pertama, ia adalah tahun pemilihan. Di mana ahli-ahli PAS berpeluang untuk memilih dan menentukan sipakah yang akan menjadi pemimpin mereka, kedua, isu berkaitan dalaman parti dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kubang Pasu, ketiga, kelesuan gerak kerja PAS Kubang Pasu dan keempat, isu-isu fundemantal berkaitan perlantikan Ketua Kampung dan lain-lain.

Mesyuarat Agong Tahunan juga sebagai medan ahli-ahli PAS seluruh Kubang Pasu bermuhasabah tentang cawangan mereka masing-masing, di samping menilai tahap kepimpinan PAS semua peringkat dalam Kubang Pasu.

Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agong yang akan diadakan kelak sudah pasti memerlukan respon dari wakil-wakil PAS kawasan. Inilah masa terbaik kepada saf kepimpinan PAS Kubang Pasu untuk menjawab dan melayan perkara yang mungkin dibangkitkan, sekalgus ia dapat menghilangkan keresahan ahli-ahli tentang beberapa perkara yang sedang diperkatakan.

Semoga perjalanan Mesyuarat Agong Tahunan samada di peringkat cawangan, dewan-dewan dan kawasan akan berjalan dengan lancar mengikut prosedur dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan PAS. Kita sama-sama berdoa kehadrat Allah SWT, PAS Kubang Pasu dapat menunaikan tanggungjawabnya dalam ruang lingkup yang menepati adap dan akhlak sebuah Jamaah Islam.

Selamat BerMesyuarat Agong Tahunan kepada seluruh ahli-ahli dan aktivis PAS Kubang Pasu.

SIAPAKAH MD ZUKI NAK HALANG WARTAWAN BUAT BERITA

WARTAWAN SINAR DIMARAHI OLEH ORANG BERNAMA MD ZUKI

Wartawan Sinar Harian @ Kubang Pasu, Cik Nor Azlinda Abdul Hamid telah memainkan peranannya sebagai seorang wartawan yang profesional apabila telah liputan isu-isu yang berlaku di Kubang Pasu dengan telus dan menepati etika kewartawanan. Ia wajar diberi penghargaan dan pujian. Setiap laporan yang diterbitkan adalah hasil dari sumber yang diperolehi dengan tepat serta memberi faedah secara langsung ataupun tidak langsung kepada pihak yang terlibat.

Sebagai contohnya, liputan meluasnya terhadap isu pasar malam Batu 13 yang mencetuskan kontroversi antara para peniaga dan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) ternyata memberi kesan positif. Difahamkan ekoran dari laporan wartwan tersebut, isu ini telah mendapat campurtangan ‘orang atas’ dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Kesan campurtangan tersebut, para peniaga pasar malam telah dibenarkan berniaga semula di tempat asal tanpa sebarang halangan dan gangguan oleh pihak MDKP.

Namun, rasa sedikit terkejut apabila blogger Harapan Baru Kubang Pasu dihubungi oleh wartawan (Linda) tengah hari tadi bahawa beliau menerima satu panggilan oleh seorang yang mengaku bernama Md Zuki (tidak dikenali), memarahinya kerana menyiarkan berita bertajuk ‘Pasar Malam Cetus Kontroversi”, Isnin, 19 Januari 2009. Jika benar dakwaan yang mengatakan bahawa orang yang berkenaan memarahinya kerana menyiar berita tersebut maka ia adalah tindakan yang kurang bijak dan dangkal serta tidak menghormati dunia kewartawan untuk mereka menyiarkan sebarang berita untuk tatapan pembaca.

Lebih mengelirukan apabila Md Zuki cuba memberi gambaran kepada wartawan berkenaan bahawa PEMBELA tidak berhak bercakap tentang isu-isu berkaitan Majlis Daerah Kubang Pasu.

Siapakah Md Zuki nak menghalang wartawan dari menyiarkan berita berkaitan PEMBELA. Ataupun atas dasar apakah Md Zuki boleh mengarahkan wartawan jangan atau boleh menyiarkan sesuatu berita. Md Zuki tidak sedarkah bahawa PEMBELA bercakap atas kapasitinya sebagai badan bukan kerajaan apabila ia ditemuramah oleh wartawan dalam sesuatu isu yang berbangkit.

Hak bercakap atau memberi kenyataan menjadi hak kepada rakyat di Malaysia dan ia dipelihara dalam Perlembagaan Malaysia.

Adalah lebih baik Md Zuki turut berperanan memberi kenyataan ataupun meminta mana-mana media termasuk media online menyiarkan berita-berita tentang kegiatan, pandangan ataupun sesuatu isu yang melibatkan dirinya dari cuba menghalang media memainkan peranan mereka.

Sunday, January 18, 2009

AKTIVIS PAS KERJASAMA PEMBELA BERI SUMBANGAN TAHUN BARU CINA

Sempena Tahun Baru Cina 2009, aktivis PAS Kubang Pasu kerjasama PEMBELA akan menghulurkan sumbangan kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan dari kalangan masyarakat Cina dalam daerah Kubang Pasu.

Setiausaha Agong PEMBELA, Basir Hj Ismail berkata aktivis PAS Kubang Pasu telah mengumpulkan dana dengan kerjasama PEMBELA sebanyak RM 13,000.00 untuk menyediakan sumbangan berbentuk hamper kepada masyarakat Cina dalam daerah ini yang akan menyambut Tahun Baru Cina minggu depan. Dana ini disumbangkan oleh saudara Mohd Jamal Nasir (RM5000), Zabedi Usop (RM 500), Ooi Jin Taik (RM1000), Basir Ismail (RM1000), Muslim Daud (RM200), Md Saad Kasim (RM 200), Mokhtar Hamid (RM150), Zulaimi Khazin (RM1500), Zailani Lehem (RM2500) dan sumbangan oleh Tabung Kebajikan PEMBELA sebanyak RM950.

Sumbangan tersebut akan disampaikan oleh aktivis PAS dan PEMBELA terus kepada golongan sasaran yang telah dikenalpasti oleh pihak PEMBELA, melibatkan DUN Jitra dan Bukit Kayu Hitam.

Basir berkata, aktiviti sumbangan Tahun Baru Cina ini dijalankan bertujuan untuk mendekatkan golongan tersebut dengan PAS dan PEMBELA, di samping meraikan mereka yang akan menyambut perayaan tersebut setahun sekali.

“Walaupun aktivis PAS dan PEMBELA tidak mewakili PAS Kubang Pasu secara langsung, namun kegiatan ini akan dapat memberi gambaran yang positif golongan berkenaan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Hj Abdul Razak’ ujar Basir.

Mengulas tentang golongan miskin dari kalangan orang-orang Melayu dalam daerah Kubang Pasu, Basir berkata aktivis PAS dan PEMBELA telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Membantu Rakyat Miskin yang di Pengerusikan oleh Hj. Hashim Abu dan Zabedi Usop sebagai Timbalan Pengerusi serta 12 Ahli Jawatankuasa. Mereka akan memberi fokus dalam kerja-kerja membaiki rumah-rumah golongan miskin ataupun ketinggalan berdasarkan kepada penilaian yang di buat oleh Jawatankuasa.

“Insya allah.. bagi menjayakan gerak kerja kebajikan ini kami terus mengumpul dana dari rakan-rakan ahli perniagaan yang berada di dalam dan luar Negara yang rapat dengan kami. Mereka (ahli pernigaan) yang sentiasa memberi sumbangan dan menyokong usaha murni yang kami lakukan demi memastikan PAS sentiasa dekat di hati mereka,” Basir menambah.

PAS : SEJARAH DAN POLITIK DI MALAYSIA

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 (2008) telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti politik bernuansakan perjuangan Islam memiliki masa depan yang cerah, berdaya maju dan menjadi pengganti kepada pemerintahan UMNO/BN. Pencapaian PAS dalam politik cukup terselah apabila pengundi dalam PRU 12 lalu telah memilih PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (DAP dan PKR). Kemenangan calon PAS YB abdul Wahid Endut dalam PRK Kuala Trengganu (17 Jan) telah membawa mesej jelas bahawa perlaksanaan hukum hudud di antara agenda perjuangan PAS telah di terima oleh rakyat yang majmuk di Negara ini.

PAS : KING MAKER POLITIK MALAYSIA

PAS telah diiktirafkan sebagai ‘king maker’ dalam politik di Malaysia, sekaligus di lihat oleh rakyat dari pelbagai latarbelakang agama, bangsa dan budaya mampu menjadi tunggak dalam pemerintahan Negara dalam masa akan datang.

Kejayaan saf kepimpinan PAS menggarap imej semenjak 1990, apabila menampilkan corak pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan, kemudian diikuti Terengganu pada 1999 hingga 2004 telah mengikis tanggapan khurafat sebahagian rakyat yang mengatakan bahawa UMNO sahaja yang mampu memerintah atau menjadi kerajaan. Rakyat kini mula menyedari bahawa PAS bukan lagi sebagai parti pembangkang yang ekstrem dan ortodoks, di samping terus istiqomanah dalam memperjuangkan dasar-dasar, matlamat dan cita-cita Islam seperti mana yang terkandung di dalam Perlembagaannya.

Kedudukan PAS dalam Parlimen Malaysia yang menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang amat membanggakan. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengamat politik, para pengkaji dan juga penyelidik serta ahli akademik.

PAS BERMULA

Perlu disedari bahawa kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulama yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Kini PAS melangkah dengan penuh yakin dan bertenaga dalam arus perdana menjadi sebuah parti politik dan badan dakwah yang penting di negara ini.

Penglibatan dan sumbangan PAS dalam perkembangan politik negara tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Ia bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955. Kemunculan PAS adalah dari silang pengaruh yang berlaku di antara perkembangan gerakan Islam luar Negara iaitu Ikhwanul Muslimun (Mesir), Partai Masyumi (Indonesia) dan Jamaat Islami (Pakistan).

Pengaruh Gerakan Islam di luar Negara telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Di mana berlakunya kesedaran awal dikalangan para ulamak atau umat Islam yang memerlukan sebuah pertubuhan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu.

Cetusan kesedaran inilah yang telah melahirkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 dan diikuti penubuhan Hizbul Muslimin pada 1948. Usaha gigih Al-Marhum Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang berpengkalan di Gunung Semanggol telah melahirkan Hizbul Muslimin. Namun penjajah yang menyedari kebangkitan perjuangan Islam melalui Hizbul Muslimin ini telah mengambil tindakan menguburkannya melalui penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan.

Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkan persatuan.
Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kelab malam dan kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik yang pelbagai dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS.

Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak secara tegas menolak sebarang bentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953.

Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977.

Dalam konteks ini, PAS adalah satu-satunya parti pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963.

PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

KERJASAMA PAS DAN UMNO

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, sikap lunak dan keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, kerajaan PAS telah dikenakan Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

KEPIMPINAN ULAMAK

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982.
Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut.

Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989. PAS juga dihadapkan dengan isu debat ‘kafir-mengkafir’ antara PAS dan UMNO tahun 1984. Dalam kemelut politik yang serba mencabar ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan.

Kebijaksanaan Yang Dipertua Agung PAS (di baca : Presiden PAS) Al-Marhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan UMNO iaitu Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah telah membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS ketika itu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan oleh parti PAS untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’.

PAS DI ERA 90’AN

Sejak memerintah Kelantan (1990), PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasanya. Banyak pembaharuan dalam bidang pentadbiran, ekonomi, sosiol, budaya, sukan dan sebagainya selari dengan ajaran Islam berjaya diaplikasikan.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun (1999) kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999.

Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu dan terus mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Namun kebangkitan PAS terbantut pada tahun 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, di samping pemergian Al-Marhum Dato Hj Fadzil Mohd Noor, arkitek politik pembangkang yang telah membukti bahawa kepimpinannya mampun meruntuhkan kekuatan UMNO/BN ketika itu.

PAS PRU 12

Kekuasaan Allah SWT yang Maha Hebat dan Perkasa telah mengembalikan semula kegemilangan PAS, apabila PRU 12 (8 Mac), PAS telah dipilih oleh rakyat untuk menerajui tiga buah negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2009 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden, iaitu :-

Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953)
Dr Haji Abbas Alias (1953-1956)
Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969)
Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982)
Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988)
Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002)
Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang).

Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang).

Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang). Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).

Saturday, January 17, 2009

MENGAPA PERLU MEMUSUHI PEMBELA

Tersebar luas cerita bahawa PAS Kawasan Kubang Pasu akan mengeluarkan surat pekeliling kepada PAS cawangan seluruh Kubang Pasu tentang status hubungannya dengan PEMBELA ataupun Perikatan Belia Bersatu Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Maklumat ini diperolehi dari beberapa orang Ahli Jawantankuasa PAS kawasan serta ahli-ahli PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak pentadbiran PAS Kubang Pasu.

Surat pekeliling akan dikeluarkan kepada PAS cawangan seluruh Kubang Pasu untuk menjelaskan hubungan PAS Kubang Pasu dengan PEMBELA. Alasannya kerana PEMBELA adalah sebuah badan bukan kerajaan (Ngo) yang tidak berdaftar. Mungkin bermaksud PEMBELA seperti subversif. Di tambah lagi dikalangan beberapa AJK PAS Kubang Pasu menwar-warkan bahawa PEMBELA bukan dianggotai bukan dari kalangan ahli-ahli PAS dan juga alat UMNO/BN untuk merosakkan perpaduan dalam PAS. Dan macam-macam lagi gambaran negatif yang telah dilmeparkan ke atas PEMBELA

Di sini, saya cuba memberi sedikit penjelasan kepada pembaca blog Harapan Baru Kubang Pasu tentang PEMBELA supaya kekeliruan dan tangapan negatif ini dapat dihapuskan, sekaligus supaya melihat kewujudan PEMBELA adalah sesuatu yang strategik samada dari segi politik, sosio-ekonomi dan juga signifikannya terhadap suasana semasa. Juga melenyapkan niat buruk orang-orang tertentu supaya PEMBELA dikuburkan akan memakan dirinya kelak.

PEMBELA ataupun Perikatan Belia Bersatu Malaysia adalah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 9 Mac 2008 lalu iaitu sehari selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Kedah Darul Aman.

Ia diasaskan oleh aktivis PAS termasuk AJK PAS kawasan Kubang Pasu, mantan pemimpin PAS peringkat negeri dan kawasan dan ahli serta penyokong PAS.
Berikut adalah latarbelakang ringkas Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA

NAMA JAWATAN PEMBELA JAWATAN PAS

Ir. Mohd Jamal Nasir Presiden, AJK PAS Kubang Pasu
Mohd Dzohir Hamid Tim. Presiden,Mantan Ketua DPPKP
Che Halim Ismail Naib Presiden 1, Ketua Penerangan Kubag Pasu
Zabedi Usop Naib Presiden 2,AJK PAS Kubang Pasu
Ooi Jin Taik Naib Presiden 3,AJK Kelab Penyokong PAS
Basir Hj Ismail Setiausaha Agung, Mantan Bendahari DPP Kedah
Idris Hassan Pen. Setiusaha Agung, Mantan AJK PAS Kubang Pasu
Zailani Lehem Bendahari, Mantan AJK PAS Kubang Pasu
Asri Baharom Ketua Penerangan, Mantan Naib Ketua DPPKP
Kaman Jaapar` AME,Mantan SU DPPKP
Rosli Omar AME,Mantan AJK PAS Kubang Pasu
Muslim Daud AME, Aktivis PAS
Mokhtar Hamid AME, Aktivis PAS
Md Saad Kasim AME, Aktivis PAS
Abd Ghani Shafie AME, Mantan AJK DPPKP
Mohd A’zam Hj Hassan AME, Aktivis PAS`
Saadon Hashim AME, Penolong SU PAS Kubang Pasu
25 orang Sukarelawan, Aktivis PAS

Jika alasan PAS Kawasan tidak restu kepada PEMBELA kerana isu ‘tidak didaftarkan’, ia dalah persoalan teknikal semata-mata. Perlu diketahui bahawa ia tidak didaftarkan di atas sebab-sebab tertentu dan tidak semestinya Ngo perlu mendaftar baru ia boleh menggerakkan aktivitinya.

PAS Kubang Pasu perlu membuka mata seluas-luas tentang Ngo-Ngo yang wujud di Malaysia dan seluruh dunia. Lihat tentang kewujudan GERAK yang dipimpin oleh Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS ketika itu yang akhirnya membentuk pakatan politik atas nama Barisan Alternatif (BA) dalam PRU 10 (1999). Bermula dari situlah, lanskap politik Malaysia berubah sehingga berbondong-bondong ahli-ahli UMNO dan golongan profesional termasuk Ngo-Ngo seperti JIM, ABIM menerima perjuangan PAS. Ramai dari tokoh-tokoh UMNO, Ngo dan profesional menyertai PAS.

BERSIH menggerakkan rakyat menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil juga tidak didaftrakan. Walaupun perarakan 100 ribu rakyat telah dilaksanakan tapi BERSIH tetap hidup memainkan peranannya yang khusus dalam hal berkaitan Piliahnraya dan SPR.

Begitu juga, IMPAK yang diasaskan oleh YB Mahfuz Hj Omar bersama saudara Sanusi (Setiausaha Politik MB Kedah Pakatan Rakyat), KIJANG MAS dipelopori oleh YB Husam Musa, Niab Presiden PAS dan banyak lagi.

PEMBELA diwujudkan mengambil contoh daripada yang dilakukan oleh pemimpin PAS masa lampau dan sekarang. Tujuan penubuhannya ialah menjadi organ luar PAS dalam menanggani isu-isu berkaitan rakyat setempat serta gerak kerja yang lebih terbuka melibat semua kaum, agama dan budaya. Di samping menyusun pendekatan membina hubungan dengan rakyat yang tidak mahu bersama PAS.

Tindakan PAS Kubang Pasu mengisyitiharkan tiada hubungan dengan PEMBELA, ibarat “habis madu, sepah di buang’ dan ia adalah tindakan yang terlambat. Apatah cuba menyekat PEBELA merancakkan aktiviti-aktiviti melibatkan aktivis dan ahli-ali PAS di Kubang Pasu. Sesungguhnya tindakan PAS Kubang Pasu adalah lebih bersifat politicking untuk mengaburi kelemahan dalam organisasi terhadap pandangan ahli-ahli PAS.

Apakah PAS Kubang Pasu lupa dengan sokongan padu PEMBELA menjayakan program Eskpo Rakyat yang dianjurkan pada tahun lalu. Sokongan dan kerjasama PEMBELA yang terdiri dari seratus peratus aktivis PAS patut dihargai bukannya dianggap sebagai musuh. Jangan kerana ada satu atau dua orang yang tidak disenangi memegang jawatan dalam PEMBELA, maka PAS Kubang Pasu sanggup bermusuh dengan PEMBELA.

PEMBELA akan terus diperkasakan dan memainkan peranan mengikut kemampuan yang dimiliki samada dari segi tenaga, kewangan, buah fikiran, masa serta kebendaan. Pastinya PEMBELA akan menjadi salah satu Ngo yang terus istiqomah mendukong fikrah dan perjuangan PAS, seterusnya menjadi pesaing dengan Ngo-Ngo lain di Kubang Pasu yang hanya berada di belakang tabir PAS.

Pemimpin PAS Kubang Pasu yang membenci PEMBELA memperlihat wajah mereka yang sebenar terhadap aktivis PAS. Mereka sewajarnya menoleh ke belakang ataupun melihat kehadapan tentang tanggungjawab dan peranan untuk mendekatkan PAS dengan Ngo-Ngo, jika tidak mampu untuk mewujudkan Ngo-Ngo supaya menjadi organ luar PAS untuk kepentingan PAS itu sendiri. Lebih banyak Ngo bersama PAS ia lebih baik dari hanya PAS berkawan dengan satu, dua atau tiga Ngo. Kegagalan untuk merapatkan diri dengan Ngo sebenarnya berpunca kelemahan PAS Kubang Pasu itu sendiri, di samping tidak akan membantu PAS menguasi masyarakat yang terdiri dari pelbagai latarbelakang.

Walaupun baru setahun jagung penubuhan PEMBELA ia telah banyak menjalan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta membela kepentingan rakyat. PEMBELA tidak mencari nama ataupun publisiti, sebaliknya akan turut serta mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat dan memperkasakan PAS, khususnya di Kubang Pasu.

Oleh itu, sikap prejudis PAS Kawasan terhadap PEMBELA wajar diperbetulkan. Apatah lagi beranggapan bahawa PEMBELA adalah alat UMNO/BN ia adalah pemikiran yang tersasar dan tidak waras.

KEMENANGAN PAS DI PRK KUALA TRENGGANU BUKTI HUDUD DI TERIMA RAKYAT

Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu yang diumumkan pada malam ini oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan yang dimenangi oleh PAS adalah bukti hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS semakin di terima oleh rakyat. Isu hudud yang cuba dimainkan oleh UMNO/BN telah memakan diri mereka sendiri.

Calon PAS, YB Abdul Wahid Endut telah memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi dengan mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

UMNO DAN HUKUM HUDUD

Mungkin ramai yang menyangka bahawa isu hudud yang dicanang oleh UMNO/BN akan mempengaruhi undi dikalangan pengundi Cina dalam DUN Bandar dan juga Dun-Dun lain dalam Parlimen Kuala Trengganu ternyata meleset. Sebenarnya yang ragu-ragu untuk menerima perlaksanaan hokum hudud bukannya rakyat, sebaliknya adalah UMNO itu sendiri.

Jika kita merujuk agensi berita yang melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini
Ahmad Zahid berkata, "Kalau PAS berhajat untuk melaksanakan hudud, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu,".

Perkara ini disampaikan kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.

Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jika PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.

Mereka berdua adalah pemimpin UMNO yang diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang berpendirian bahawa PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.
Jika dianalisa pandangan kedua-dua pemimpin UMNO ini secara jelas terdapat percanggahan pendapat tentang hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS oleh kedua-dua pemimpin UMNO ini. Terdapat kontradiksi kenyataan antara satu sama lain. Di mana Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan dan Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.

Sesungguhnya kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik dan menanggapi isu hudud yang diperjuangkan oleh PAS. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Inilah pegangan UMNO yang boleh berbeza sikap antara orang Islam dan orang politik yang telah mengelirukan dan menyesatkan umat Islam di Negara ini.

Mesej Kemenangan PAS Dalam PRK Kuala Trengganu

Hudud adalah perintah Allah. Setiap orang Islam wajib beriman dengan perintah Allah SWT tersebut dan mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut dalam pemerintahannya. Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja ataupun bukan sahaja menjadi bebanan kepada PAS. Sebaliknya ia wajip dilaksanakan oleh pemimpin yang beragama Islam.

UMNO mesti memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka tidak wajar ia menuduh PAS cuba memainkan isu hudud untuk kepentingan politiknya sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.
PAS sejak dulu tidak pernah memisahkan antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Ia dilakukan kerana diajarkan oleh Rasulullah SAW iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia.

Perlu ditegaskan bahawa sama ada PAS berjuang secara solo atau bergabung dalam Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat dan cita-cita perjuangannya untuk menegakkkan Islam ajaran Islam yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.

Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

Oleh itu, kemenangan PAS dalam PRK Kuala Trengganu memberi mesej yang jelas bahawa mempertahankan dasar perjuangan Islam yang menjadi teras kepada PAS termasuk melaksanakan hukum hudud jika diizinkan memerintah Malaysia bukan suatu perkara yang mustahil. Para pengundi yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa dan budaya di era sekarang sudah mula memahami apa itu hukum hudud dalam konteks undang-undang Islam yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah yang beragama Islam. Segala keraguan atau kebimbangan dalam memperkatakan tentang hudud boleh menyebabkan PAS kalah dalam pilihanraya adalah suatu illusi yang perlu dibuang jauh.

Syabas dan tahniah kepada seluruh petugas PAS yang beristiqamah dalam melaksanakan arahan pucuk pemimpin parti. Tidak dilupakan juga kepada seluruh saf kepimpinan PAS semua peringkat yang telah bertungkus lumus berjuang memenangkan calon PAS. Sesungguhnya kemenangan PAS di PRK Kuala Trengganu adalah kemenangan maruah dan roh hudud yang diperjuangkan oleh PAS dari dulu, sekarang dan masa akan datang.
Allahu Akbar !

Friday, January 16, 2009

TAHUN 2009 : TAHUN AHLI MENILAI KEPIMPINAN PAS

Tahun 2009 Masehi bersamaan 1430 Hijrah merupakan tahun sangat penting buat Parti Islam SeMalaysia (PAS). Ini kerana ia adalah tahun pemilihan kepimpinan PAS di semua peringkat iaitu cawangan, kawasan dan pusat termasuk juga dewan-dewan iaitu Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat. Proses pemilihan kepimpinan PAS samada di peringkat Pusat dan kawasan-kawasan, sudah nampak riak-riak kecil akan berlaku perubahan di peringkat kepimpinan. Sebaliknya di peringkat cawangan dijangka tidak berlaku banyak perubahan kerana faktor-faktor fundemantal yang mungkin mempengaruhi pola pemikiran, sikap dan juga tindakan ahli-ahli PAS berkenaan dalam menanggapi hal berkaitan proses pemilihan kepimpinan parti.

Sebab terjadi angin perubahan kepimpinan sukar dijelaskan. Membuat andaian kerana yang ingin menawarkan diri menjadi pemimpin ataupun menerima pencalonan dari organ-organ parti suoaya menjadi pemimpin adalah kerana berkepentingan diri ataupun kerana nafsu dendam kesumat, hasad dengki ataupun cemburu ia bukanlah telahan yang rasional dan boleh di terima oleh kita yang berfikiran waras. Ataupun berpersepsi bahawa ahli-ahli PAS yang bersedia menerima tawaran pencalonan sebagai kepimpinan adalah tidak layak ataupun menjadi alat melaksanakan agenda musuh PAS adalah sesuatu yang trajis dan perlu diinsafi.

Sesungguhnya proses pemilihan kepimpinan PAS bukanlah berita buruk kepada kepada mana-mana individu yang sedang menjawat sebagai kepimpinan sekarang. Ataupun kerana berlakunya perpecahan di peringkat organisasi parti. Sebaliknya ia mesti ditanggapi sebagai suatu proses ke arah memantapkan organisasi dan usaha melahirkan pasukan kepimpinan yang lebih releven dan berketrampilan dalam menangani cabaran semasa yang semakin rencam dan ‘complicated’ yang berlaku dalam parti, maupun luar parti.

Apatah lagi, PAS kini menjadi sebuah parti yang disebut sebagai ‘King Maker’ dalam penentuan kuasa membentuk sebuah kerajaan yang memerintah samada di peringkat kerajaan negeri maupun pusat pada masa kini ataupun masa akan datang. Di samping, memastikan diamanahkan rakyat kepada PAS menerajui pemerintah di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Kedah dan Perak, di samping Selangor yang beberapa pemimpin PAS telah diamanahkan berada dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Perlembagaan PAS

Jika kita menghayati roh dan semangat serta arahan dalam Perlembagaan PAS, secara jelas kepimpinan PAS masa lampau yang terlibat menggubal Perlembagaan PAS telah dapat melihat jauh kehadapan tentang soal kepimpinan dan hak-hak ahli.

Di mana, secara ringkasnya boleh difahami bahawa PAS setiap dua (2) tahun sekali akan menilai kepimpinan yang telah diamanahkan untuk mengurus dan memimpin PAS (perlu dibaca : organisasi, keahlian, gerak kerja kerja berkaitan tarbiyyah, dakwah dan politik) berada di tahap mana. Dalam erti kata, adakah saf kepimpinan yang telah diamanahkan telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya ataupun sebaliknya. Ahli-ahli PAS telah diberi ruang dalam Perlembagaan PAS untuk menilai kepimpinan mereka masing-masing. Itulah kehebatan PAS dalam menentukan saf kepimpinannya. Dua tahun sedah cukup bagi satu sesi kepimpinan untuk menzahirkan idelaisme kepimpinannya, walaupun kadangkala tempoh dua tahun di kira singkat berbanding tiga, empat, lima atupun sepuluh tahun.

Setiap dua (2) tahun, ahli-ahli PAS diberi peluang untuk menggunakan hak-hak mereka yang telah dipelihara dalam Perlembagaan PAS untuk menilai prestasi kepimpinan PAS di mana jua peringkat. Di samping boleh memanfaatkan hak-hak mereka dalam peruntukan perlembagaan PAS, Fasal 14 ceraian 1 (a) dan (b) secara jelas menyebut bahawa ahli berhak untuk memilih dan dipilih.

Kebiasaannya penilaian ahli-ahli PAS kepada saf kepimpinan berkisar kepada gerak kerja tarbiyyah (usrah, tamrim, mukhayyam, liqa’ fikr, qiamullail, ijtimak, kulliah, dsb) yang menjadi mekanisme terpenting dalam PAS untuk menguwujudkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal. Di samping, pemimpin juga akan dinilai dari segi hubungan antara mereka dengan ahli-ahli di peringkat cawangan (perjumpaan cawangan), peranan pemimpin dalam masyarakat khususnya meletakkan dirinya sebagai ‘orang penting’ kepada masyarakat dalam menyelesaikan sesuatu isu, aktiviti-aktiviti yang mampu merancakkan tempo perjuangan PAS samada program bersifat dalaman ataupun luaran, prestasi organisasi di peringkat kawasan, dewan-dewan dan cawangan juga akan dipertanggungjawapkan kepada kepimpinan dan pelbagai lagi penilaian yang akan diukur oleh ahli-ahli PAS.

Umumnya, ahli-ahli PAS yang menjadi lebih aktif dan bertenaga sekiranya kepimpinan yang diamanahkan memimpin lebih aktif dan bertenaga. Inilah hal fundamental yang perlu disedari oleh semua. Keaktifan ataupun kelesuan ahli dan organisasi dicorakkan oleh kepimpinan yang diamanahkan. Oleh itu, kepimpinan PAS di mana jua peringkat wajar menerima hakikat bahawa ahli-ahli PAS kebiasaannya menanti sentuhan kepimpinan untuk mereka bergerak cergas dan pro aktif. Kepimpinan yang membiarkan ahli-ahli ataupun cawangan hidup di atas kapasiti yang terhad dalam segenap segi dalam persikataran mereka akan dipersalahkan dan wajar bersedia memperbaikinya dengan segera.

Kubang Pasu : Kepimpinan Masa Depan PAS

Sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1951 sehinggalah hari ini, proses pemilihan dan pertukaran kepimpinan PAS berlaku dengan penuh bijaksana dan secara jujurnya telah membawa kebaikan kepada PAS samada dalam jangka masa pendek, maupun dalam jangka masa panjang. PAS terus hidup dan bertahan, walaupun terpaksa melalui pelbagai tekanan dan rintangan.

Dalam konteks Kubang Pasu, secara jujur kita mesti mengakui bahawa kepimpinan yang ada sekarang ataupun masa lampau telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik. Mereka membuktikan kepada kita semua bahawa mampu meredah segala rintangan dan ujian samada dari dalam maupun luar PAS dengan tabah dan sabar. Kejujuran, keikhlasan serta iltizam mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Sewajarnya sekalung penghargaan dan sanjungan kita rakamkan kepada mereka samada yang telah pergi menemui Penciptanya ataupun yang masih hidup.

Namun disebalik kebaikan dan keikhlasan yang telah mereka curahkan, ia tidak bermakna ahli-ahli PAS dalam Kubang Pasu tidak berhak untuk menilai kepimpinan mereka dalam konteks yang lebih luas dan secara objektif, demi kepentingan PAS. Sesungguhnya, perlu disedari bahawa ahli-ahli PAS masa kini bersikap lebih kritikal dalam pemikiran, sikap, pandangan dan tindakan kerana mereka terdedah dengan sumber maklumat yang terbuka dan pelbagai. Di samping, ahli-ahli PAS adalah terdiri dari pelbagai latarbelakang iktisad yang sukar untuk diseragamkan kecuali dalam hal-hal yang berkaitan dengan aqidah perjuangan, dasar-dasar perjuangan, matlamat dan cita-cita perjuangan yang berpaksikan kepada ajaran Islam. Tapi dalam perkara yang dibenarkan khilaf, ahli-ahli PAS bersifat kritikal dan perlu dihadapi dan diuruskan dengan cermat dan berhemah supaya ia tidak memberi kesan buruk dan fitnah kepada PAS dan perjuangan Islam yang didokongi ini.

Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ahli-ahli PAS Kubang Pasu sentiasa memerhati setiap gerak geri kepimpinan PAS masa kini. Mereka akan terus di nilai oleh ahli-ahli PAS samada mereka wajar dikekalkan sebagai kepimpinan pada sesi 2009/2011 ataupun mereka wayar berlapang dada menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai kepimpinan kepada ahli PAS yang lain. Hakikatnya, saf kepimpinan PAS Kubang Pasu masa kini akan dinilai dalam dua jenis tanggungjawab, iaitu, pertama, tanggungjawab terhadap PAS dan kedua, tanggungjawab sebagai pemerintah. Justeru kedua-dua ini akan menjadi topik hangat yang akan diperkata oleh ahli-ahli PAS Kubang Pasu, walaupun kadangkala ia menyentuh peribadi seseorang pemimpin. Percayalah, perbincangan, debat, dialog ataupun polimek dikalangan ahli-ahli PAS terhadap saf kepimpinan tidak akan selesai , selagi mana gaya, tindakan ataupun sikap yang diharapkan oleh ahli-ahli tidak dapat dihayati dan ikuti oleh kepimpinan. Lebih parah lagi apabila peringkat kepimpinan turut terlibat mempertahankan perkara yang dipersoalkan oleh ahli-ahli dalam bentuk mempertahankan kelemahan yang ada pada diri mereka ataupun menuding jari kepada pihak lain.

Akhirnya, perlu diakui bahawa Kubang Pasu ramai ahli-ahli PAS yang berpotensi digilap dan di beri peluang untuk memimpin samada pada sesi 2009/2011 ataupun pada masa akan datang. Itupun jika kepimpinan yang sedia ada boleh mengakui bahawa mereka tidak lagi releven serta mampu untuk mengharungi cabaran perjuangan yang semakin rencam di zaman ini. Sebaliknya jika mereka rasakan bahawa ahli-hali PAS lain tidak sehebat ataupun selayak apa yang mereka miliki maka ahli-ahli PAS berhak untuk menggunapakai peruntukkan Perlembagaan PAS dalam Fasal 14 ceraian 1(a) dan (b) iaitu ‘ahli-ahli PAS berhak untuk memilih dan dipilih’.

Thursday, January 15, 2009

SAADON BANTU KEMASKINI KEAHLIAN PAS PERINGKAT CAWANGAN

Jawatankuasa Memperkasa PAS Kubang Pasu (PERKASA) yang ditubuhkan oleh aktivis PAS sejak 24 Mac tahun lalu akan membantu mengemaskini pendaftaran keahlian PAS di peringkat cawangan seluruh Kubang Pasu.

Saadon Hashim, selaku Pengerusi Pemerkasaan Keahlian PAS yang telah ditubuhkan akan membantu PAS cawangan seluruh Kubang Pasu mengemaskini daftar ahli-ahli PAS dalam cawangan masing-masing.

Menurutnya, tanggugjawab ini telah diberikan kepadanya yang terdiri dari lapan orang Jawatankuasa iaitu Hashim Abdul Rashid, Rosli Omar, Mustaffa Taib, Mokhtar Hamid, Saad Md Kasim, Abd Ghani Shafie dan Asri Baharom.

Fokus kerja yang dijalankan ialah untuk memastikan setiap ahli PAS dalam cawangan telah didaftarkan serta mengemaskini maklumat peribadi mereka masing-masing. Ia perlu kerana kita mahu pastikan PAS cawangan memiliki data-data keahlian PAS yang ‘up to date’ serta membantu mereka mengenalpasti mana-mana individu yang sokong PAS belum mendaftar atau mengisi borang PAS. Gerak kerja ini selari dengan arahan Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang yang telah menyarankan supaya organisasi PAS semua peringkat berusaha bersungguh-sungguh menambah keahlian PAS di peringkat masing-masing.

Di Kubang Pasu, kempen mendaftar keahlian PAS nampaknya tidak diadakan lagi, maka pihaknya akan membantu PAS cawangan untuk menggerakkan kempen menambah keahlian PAS, di samping mengemaskini data-data keahlian mengiku format yang di ambil dari PAS kawasan Baling dan Pendang, ujar Saadon lagi.

Dijangkakan bahawa temph masa menyipakan gerak kerja mengemaskini keahlian PAS dalam kawasan Kubang Pasu akan selesai sepenuhnya pada akhir tahun ini. Peringkat awal, kami akan menumpukan cawangan-cawangan tertentu yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, cawangan PAS kategori A, B dan C.

Saadon berkata, mudah-mudahan gerak kerja yang kami lakukan secara sukarela ini tidak akan menimbulkan syak wasangka dari pihak PAS kawasan atau mana-mana pihak. Kami lakukan untuk kebaikan PAS, khususnya PAS cawangan yang didapati semakin lemah dan lesu ekoran ketiadaan sokongan dari PAS kawasan untuk mengaktifkan mereka. Hakikatnya ialah, kekuatan PAS di peringkat kawasan adalah bergantung kepada kekuatan PAS di peringkat cawangan-cawangan yang wujud dalam kawasan Kubang Pasu”.

USRAH QUBRA AKAN DILAKSANAKAN OLEH CAWANGAN

Usrah Qubra telah memasuki siri ke -26, sejak ia dijalankan pada bulan April tahun lalu, kini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari ahli dan aktivis PAS akan diwujudkan di peringkat cawangan-cawangan seluruh Kubang Pasu bermula Februari depan.

Hj Taib Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Usrah Qubra berkata, Usrah Qubra akan diwujudkan di cawangan –cawangan PAS Kawasan Kubang Pasu bagi menghidupkan kembali program tarbiyyah (usrah) yang semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini”.

Di peringkat permulaan sebanyak 12 cawangan di pilih melibatkan kedua – dua DUN dalam Kubang Pasu untuk mengadakan program usrah Qubra yang akan dipimpin oleh enam orang naqib. Cawangan PAS dalam DUN Jitra yang dipilih untuk mengadakan program usrah Qubra tersebuat ialah Malau, Alor Rambai, Tanjung Kapor, Bandar Darulaman, Jitra Jaya dan Teluk Malek. Bagi DUN Bukit Kayu Hitam pula ialah Pulau Pisang, Kg Raja, Padang Limau, Hosba, Lembah Palas dan Bendang Cherok, Changlon.

Katanya lagi, kesemua naqib yang terlibat telah mengikuti program usrah nuqaba yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Rejab dan Ustaz Mohd Fauzi Husin, kedua-duanya Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah.

Hj Taib menegaskan bahawa, program Usrah Qubra adalah mekanisme tarbiyyah yang perlu disokong oleh setiap ahli dan aktivis PAS kerana ia penting dalam proses membentuk kesatuan fikrah dan amal dalam PAS. Tanpa usrah, bagaimana kita dapat memastikan setiap ahli memahami perjuangan PAS untuk membawa dasar-dasar Islam dalam aspek kehidupan duniawi.

Program Usrah Qubra peringkat cawangan akan diadakan sebulan sekali mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihaknya.

Insya allah, pihak kita juga akan menjemput AJK PAS Kawasan untuk terlibat dalam program Usrah Qubra kerana ia satu-satunya program usrah yang dijalankan dalam kawasan Kubang Pasu yang melibatkan ahli-ahli dan aktivis PAS.

Sehubungan itu, satu majlis perjumpaan antara para naqib dan wakil PAS cawangan akan diadakan pada awal Februari depan.