Friday, October 10, 2008

BAHAYA AIDS HARAKI - DALAM HARAKAH ISLAMIYAH

Pulau Pisang - Program Usrah Qubra yang diadakan malam tadi (10 Oktober) di PAS Cawangan Pulau Pisang mendapat sambutan yang memberangsangkan dari ahl-ahli PAS cawangan tersebut. Usrah Qubra tersebut telah dipimpin oleh Al-Fadhil Cikgu Mohd Noor Hanafi, AJK Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Negeri Kedah Darul Aman jugan mantan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
Tajuk yang dipilih pada program tersebut ialah Bahaya Aids Dalam Harakah Islamiyah yang di petik dari tulisan oleh Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya Ihzaruu Al-AIDS Al-Harakiy (1989).
Dalam kupasan yang begitu baik dan mendalam tersebut, para jamaah telah diperingatkan tentang kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah seperti mana yang berlaku di Lubnan, begitu juga berlaku ke atas harakah Islamiyah di seluruh dunia.
Menurut Cikgu Mohd Nor, " Ustaz Fathi Yakan telah menegaskan kepada seluruh Jamaah Islam atau Harakah Islamiyah seluruh dunia kira-kira 19 tahun dulu bahawa kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman Jamaah itu sendiri, sering terjadi apabila di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi yakni Orbit Politik.
Sekurang-kurang terdapat 7 faktor yang mempengaruhi kehancuran Harakah Islamiyah apabila mereka berada di paksi Mihwar Siayasi tersebut. Antaranya berlaku bertembungan pelbagai aliran pemikiran dalam kelompok jamaah itu sendiri lantaran hilangnya 'Wahdatul Fikr dan Wahdatul Amal".
Ustaz Fathi Yakan menambah, kesan dari perbedaan aliran pemikiran ini berlakunya permasalahan seperti ta'addudul wala' justeru akan timbuk pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadai atau kelompok masing-masing.
Bagi Ustaz Fathi Yakan bahawa masalah yang mendasar kepada Harakah Islamiyah sekarang pasca moden ini ialah "Politik Mendominasi Tarbiyyah" .
Suasana ini menyebabkan Harakah Islamiyah dipengaruhi oleh politik semata-mata atau menjadi keutamaan, sekalgus mempengaruhi pendirian dan sikap para Qiadah dan Jundiyah (Pemimpin dan Pengikut).
Sehubungan itu, penyakit AIDS yang melanda Harakah Islamiyah ini hanya boleh di kawal jika semua anggota dalam jamaah dapat memelihara KEASLIAN DAKWAH yang diwarisi dari Baginda Rasulullah SAW.
Akhirnya, As-Sheikh Dr. Mustafa Mahsyur Rahimahullah dalam sebuah tulisannya menyebut dengan tegas, betapa pentingnya memelihara keaslian dakwah (Muhafazah 'Ala Al-Sholah) , agar Harakah Islamiyah terjamin berada di jalan yang benar dan menuju sasaran yang ditetapkan.

No comments: