Tuesday, October 7, 2008

KERAJAAN PERPADUAN GANTIKAN UMNO/BN ATAUPUN PAKATAN RAKYAT

Memetik laporan Harakahdaily (hari ini) tentang cadangan Tengku Rezaleigh Hamzah (Ku Li) berhubung pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian serius, khususnya oleh seluruh para pemimpin parti politik samada dari UMNO/BN ataupun Pakatan Rakyat.
Hasrat untuk membentuk Kerajaan Perpaduan atau 'Unity Government' tersebut ialah untuk menyelamatkan negara dalam ketidaktentuan politik dan ekonomi yang sedang dihadapi ketika ini.
Cadangan ini dilontarkan oleh Ku Li ketika mengada pertemuan dengan para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu YB. Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP DAP Lim Kit Siang.
Difahamkan juga, Tengku Razaleigh dan Anwar telah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini.
Berhubung cadangan tersebut, Mohd Jamal Nasir, Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu memberi komennya, “pada prinsipnya cadangan pembentuk Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Ku Li adalah baik dan nampak ikhlas setelah negara menghadapi dua krisis besar iaitu ekonomi dan politik”.
Namun katanya, “Ku LI mestilah terlebih dahulu memastikan para pemimpin UMNO/BN yang menjadi kerajaan pusat pada hari ini menerima pakai ideanya dengan meletakkan kepentingan negara lebih utama dari kepentingan peribadi mereka yang sedang berkuasa” .
“Ini kerana, pemimpin UMNO/BN, sejak dulu lagi tidak menunjukkan kesungguhan mereka menjaga kepentingan negara, apatah lagi rakyat di negara ini, walaupun rakyat telah memberi mesej yang jelas bahawa UMNO/BN yang dibenarkan berkuasa lebih setengah abad telah mengkhianati rakyat dengan melakukan pelbagai penyelewengan seperti timbulnya isu kronisme, nepotisme dan korupsi beberapa tahun lalu” ujarnya.
Mohd Jamal menambah, Kerajaan Perpaduan merupakan konsep yang baik dan sememangya dihasratkan oleh rakyat tidak kira dari apjua bangsa, pegangan agama dan budaya di negara ini. Persoalannya ialah bagaimana Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hasil dari perkongsian kuasa (campuran) tersebut boleh meletakkan kepentingan rakyat di negara ini khususnya kaum Melayu – Bumiputera dan Islam yang diketahui umum telah ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan akibat dari sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin UMNO/BN pada masa lepas”.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa, “Jika ada kesungguhan oleh para pemimpin parti-parti politik UMNO/BN dan Pakatan Rakyat untuk merealisasikan hasrat ini, maka perkara utama yang mesti di ambil perhatian ialah jangan korbankan kepentingan agama Islam, di samping memastikan teras kepada kepimpinan negara ialah berada di tangan orang Melayu yang taat dan patuh kepada ajaran Islam.
Malaysia hanya akan maju dan berjaya jika ia di pimpin oleh seorang yang bukan sahaja hebat dalam pengurusan negara tetapi bertakwa kepada Allah SWT. Ini kerana, kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara adalah anugerah dari PenciptaNya seperti mana yang berlaku di zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz masa lalu” katanya lagi.
Oleh itu, sudah sampai masa bagi seluruh para pemimpin parti-parti politik samada dari UMNO/BN dan Pakatan Rakyat duduk semeja sebagai seorang berperwatakan negawaran membuka ruang perbincangan dengan dada terbuka tentang masa depan negara dan rakyat di Malaysia.

No comments: