Thursday, December 11, 2008
FIQUH AULAWIYYAT DALAM PEMERINTAHAN
AM AL-RAMADAH – KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB MENGUGURKAN HUKUMAN POTONG TANGAN
Di dalam kitab “Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad Ke 21” yang dikarangkan oleh Al-Ustaz Fathi Yakan seorang ulama dan pendakwah gerakan Islam tersohor masa kini telah menulis sebuah tajuk ‘Kebangkitan Islam – Fiquh Al-Aulawiyyat’ iaitu tentang kisah bagaimana perlaksanaan hukum hudud di gugurkan oleh Khalifah Umar Al-khattab ketika tahun Ramdah.
Di mana, Ustaz Fathi Yakan telah menulis bahawa, Khalifah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab telah mengugurkan hukuman memotong tangan bagi yang mencuri di tahun Ramadah tersebut. Ini kerana tahun tersebut (17H dan 18H – selama 9 bulan) rakyat yang hidup menghadapi musibah kesusahan dan kelaparan yang amat sangat, sehingga sukar untuk mendapat makanan hidup hidup. Kesusahan dan kelaparan dikalangan rakyat telah menyebabkan berlaku kecurian makanan.
Di atas kebijaksaan Amirul Mukminin Umar Al-Khattab menangani permasalah rakyat, khususnya yang telah melakukan kesalahan mencuri, maka beliau telah menggugurkan hukuman potong tangan, walaupun sabit kesalahan kerana berpegang kepada Fiquh Alauwiyyat.
Sheikh Dr. Yusoff Al-Qardhawi telah mendefinasikan Fiquh Al-Alauwiyyat itu “meletakkan sesuatu pada tempatnya, tidak mengakhirkan apa yangs sepatutnya didahulukan, tidak mengecilkan perkara yang besar dan sebaliknya, meletakkan sesuatu pada tempatnya”.
Ada juga ulama yang mentakrifkan fiquh Alauwiyyat ini “mengenal dan mengetahui apakah paling sesuai dan layak daripada yang lain pada perlaksanaan”.
Am Al-Ramadah
Am Al-Ramadah ialah tahun kesusahan dan kelaparan yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Ia dikenali dengan ‘Am al-Ramadah’ kerana bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap.
Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”.
(Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya.
Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar:“Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa”
(Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Umar bin al-Khattab adalah insan yang lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Ia memiliki kebijaksanaan dalam pemerintahan dan menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya.
Namun memiliki sikap yang amanah, jujur dan prihatin terhadap rakyat yang dipimpin olehnya. Beliau merasai penderitaan rakyat. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah. Sepatutnya Amirul Mukminin menjadi idola ataupun role model kepada kepimpinan umat Islam masa kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment