Program i-Dance Anjuran Kerajaan Negeri Di Bantah
Harakahdaily dan beberapa lagi media online melaporkan bahawa, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang melancarkan piket secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus selepas solat Jumaat (12 Dis) lepas bagi mendesak Exco Belia dan Sukan Negeri, Lydia Ong agar membatalkan cadangan memperkenalkan i-Dance kepada golongan remaja.
Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah bahawa program tersebut dilihat tidak relevan kerana ia memperkenalkan budaya yang nyata boleh merosakkan akhlak remaja masa kini.
Yusni berkata, "kami meminta ia dibatalkan segera. Jika tidak kami akan mengadakan bantahan dengan sejumlah orang yang lebih besar datang," tegasnya.
I-Dance adalah sejenis tarian jalanan atau ‘Shuffle’ yang menjadi pilihan remaja di Negara uncle sam (USA) sekarang ini.
Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang hari ini membantah penganjuran pertandingan tarian jalanan "IDance" di Pulau Pinang kerana mendakwa ia tidak membawa manfaat kepada masyarakat. Di mana penganjuran kempen "IDance" yang disokong oleh Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri di New World Park di Pulau Mutiara tersebut.
Bantahan tersebut di buat adalah berdasarkan kepada slogan pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng iaitu "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar".
Sokongan penganjuran I-Dance tersebut oleh Exco berkenaan adalah jelas bertentangan dengan slogan pentadbiran Ketua Menteri yang mahu mencegah kemungkaran seperti yang dilakukan Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.
I-Dance Jitra Mall Jitra
Sehubungan itu, penulis juga telah dimaklumkan bahawa di sekitar Jitra Mall, sebuah kompleks membeli belah di Pekan Jitra 3, aktiviti I-Dance dikalangan remaja Melayu semakin menjadi-jadi terutama pada hari Sabtu ataupun cuti umum.
Walaupun (I-Dance) kegiatan remaja ini bukan dianjurkan oleh mana-mana pihak di daerah ini, namun budaya ini dibimbangi boleh menambahkan masalah sosial di kalangan generasi muda. Apatah lagi, para remaja terlibat adalah terdiri dari golongan lelaki dan perempuan yang rata-rata berumur antara 15 hingga 22 tahun.
Lebih membimbangkan lagi, mereka yang terlibat mengenakan pakaian yang tidak sopan, sekaligus memperlihatkan sikap tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam yang melihatnya. Ada dikalangan remaja perempuan tersebut yang menghisap rokok tanpa rasa segan dan malu kepada orang-ramai selaku pengunjung Jitra Mall.
Tinjauan yang dijalankan mendapati sekurang-kurangnya terdapat tiga kumpulan I-Dance yang aktif di sekitar Jitar Mall yang dianggotai seramai antara 4-5 orang setiap kumpulan.
Budaya I-Dance yang mula merebak di sekitar Jitra Mall tersebut perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berotoriti dengan secepat mungkin, supaya budaya ini tidak menjadi satu ‘trend’ dan ikutan remaja di daerah ini. Akhirnya kesan negatif budaya tarian jalanan ini tidak akan merosakkan remaja-remaja kita di daerah ini.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Ahli Majlis PBT Kubang Pasu disarankan lebih peka serta di minta mengambil perhatian di atas perkara ini supaya masyarakat rasa lebih yakin dan percaya di atas kesungguhan kerajaan Pakatan rakyat yang diketuai oleh PAS di negeri Kedah ini untuk mengwujudkan kehidupan ‘Kedah Seajahtera, Nikmat Untuk Semua’.
Kini, rakyat mula memperkatakan tentang kegagalan pihak pemerintah (PBT) mengawal budaya ataupun aktiviti-aktiviti berunsur hiburan dan kerosakan akhlak dikalangan remaja dalam daerah ini, apabila premis karoake, cyber cafe, judi kuda dan pelbagai lagi yang tidak di kawal. Lebih menyedihkan aktiviti lumba haram oleh mat rempit semakin menjadi-jadi di kawasan Bandar Darulaman hampir setiap malam yang merungsingkan pengguna jalanraya serta penduduk sekitar.
Adalah diharapankan, Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Ahli Majlis PBT Kubang Pasu dapat memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi supaya pada PRU 13 akan datang pengundi akan mengekalkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment