Monday, March 2, 2009

ZIARAH KEDUA AKTIVIS PAS DAN PEMBELA KE RUMAH HALIM DESA YANG TERLANTAR SAKIT AKIBAT JATUH RUMAH

"Terima kasih kepada aktivis PAS dan Pembela yang mengambil berat tentang suami dan saya sekeluarga".

SIDANG DUN PERAK CIPTA SEJARAH DUNIA

Kerajaan PR Perak telah mencipta sejarah dalam politik dan sistem pemerintahan sebuah kerajaan negeri apabila mengadakan Sidang Dun Khas dalam tempoh masa 12 minit dengan meluluskan 2 usul. Walaupun sidang tersebut tidak dapat diadakan dalam bangunan, namun ia tetap dijalankan oleh Speaker di bawah pokok tempat letak kereta sekitar bangunan tersebut yang turut diperhatikan oleh 200 orang penyokong Pakatan Rakyat.

Berikut aadalah sejarah yang telah dicipta oleh Kerajaan PR Perak :-

Sejarah 1 : Adakan Sidang DUN di tempat letak kereta dan di bawah pokok tanpa kerusi untuk semua ahli mesyuarat.

Sejarah 2 : Sidang Dun perak berjalan dalam tempoh masa 12 minit aitu bermula pada jam 10.18am hingga 10.30am

Sejarah 3 :Meluluskan tiga usul iaituUsul pertama yang dibentangkan sebentar tadi menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara.

Usul kedua untuk membubarkan DUN dan ketiga, menyokong keputusan Speaker menggantung Dato' Zambry Kadir dan enam Exco kerana menghina Dewan telah diterima sebulat suara juga oleh ahli Dewan.

KRONOLOGI PERISTIWA SIDANG DUN PERAK (3 MAC)

Perak menjadi tumpuan sekali lagi ekoran keputusan Speaker, V Sivakumar untuk meneruskan juga sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

10.30am: Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am: Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.

10.23am: Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

10.18am: Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.

10.15am: Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup. Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.

10.01am: Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas. Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan. Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

9.45am: Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut. Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.

9.35am: Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama. Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.

9.30am: Menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

9.21am: Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut.

9.20am: Orang ramai pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.

9.15am: Wakil-wakil rakyat Pakatan yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.

9.10am: Peguam kedua belah pihak berada di bangunan mahkamah.

9.00am: Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.

8.50pm: Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. "Tiada sebarang tanda akan berlaku apa-apa," kata wartawan Malaysiakini, Andrew Ong.

8.30am: Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya. Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.

8.15am: Pintu Utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan itu. Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan. Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRUM) dan trak meriam air kelihatan di situ. Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan berhimpun di bangunan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang untuk berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri sebelum jam 10 pagi sebelum masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di dalam bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar DUN.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir memfailkan saman terhadap Speaker V Sivakumar yang dijangka didengar jam 9 pagi di Mahkama Tinggi Ipoh.

PRESIDEN PAS | KERAJAAN PERPADUAN

Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak perlu jujur dan ikhlas bersatu bagi membawa negara keluar dari kemelut politik dan ekonomi yang sedang sama-sama kita hadapi dan tanggung sekarang. Ia bukannya sesuatu yang dibuat-buat, tetapi ia suatu realiti dan rakyat mengharapkan suatu jalan penyelesaian yang baik buat mereka dan negara.

Mengambil contoh kerajaan perpaduan pimpinan BJ Habibie di Indonesia pasca rejim Suharto, Tuan Guru Hj Abdul Hadi berkata, “Walaupun kerajaan (tanpa Pembangkang) itu tidak kekal lama, namun impaknya telah membawa suatu perubahan besar yang telah melonjak Indonesia kehadapan sehingga kini dalam sektor politik dan ekonomi serta perpaduan nasional, di samping mencetuskan pendemokrasian baru, kebebasan rakyat dan ketelusan yang terus dikecapi warga Indonesia sehingga kini.


Tahalluf Politik | PR dan BN


Hj Abdul Hadi menegas lagi, sudah tiba masanya untuk semua pihak di Malaysia berani mengambil pendekatan ini. PAS melontarkan gagasan ini untuk difikir dan dipertimbangkan bersama oleh semua pihak bukan sekadar lontaran antara PAS dan Umno tetapi menyeluruh meliputi semua badan siasah khasnya antara BN dan Pakatan Rakyat”.


Gagasan Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan tersebut telah dapat respon awal Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang BN antara yang pertama memberikan keterbukaannya terhadap idea ini dan diikuti oleh Naib Presiden Umno Muhyuddin Yassin serta Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhd Taib Muhammad yang menuntut agar perincian dari PAS dalam hal ini. Kecuali Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz menganggap idea ini sebagai suatu helah politik PAS semata-mata.


Konsep Kerajaan Perpaduan : Merentas Kepentingan Politik Kepartian


Perumpamaan orang-orang yang menjaga batas-batas agama Allah SWT dengan mereka yang melanggarnya, bagaikan satu kaum yang menaiki sebuah bahtera. Sebahagian mendapat tempat di atas dan sebahagian lagi di bawah . Mereka yang berada di bawah , jika ingin mendapatkan air (terpaksa) melewati orang-orang yang berada di atas, akhirnya mereka berkata, "Seandainya kita menebuk lubang di bahagian bawah bahtera ini untuk mendapatkan air, tentu kita tidak lagi mengganggu orang-orang yang berada di atas." Jika orang yang berada diatas membiarkan tindakan mereka yang berada di bawah bagi mendapatkan apa yang mereka mahu , tentu semuanya akan binasa. Jika mereka menghalanginya, mereka akan selamat malah semuanya akan selamat "


Hadis Riwayat Imam Bukhari (Fathul Baari : Kitab Asy Syarikah . Bab ke 6 . Hadis ke 2493)

Negara bagaikan sebuah bahtera yang sedang berlayar di tengah lautan luas yang pastinya berdepan dengan badai yang ganas dan gelombang yang besar serta gelora yang buas . Demi keselamatan bahtera dan seluruh penumpangnya , bukan sahaja kemahiran dan kepakaran laksamana atau nakhodanya diperlukan tetapi juga sikap dan rasa tanggungjawab semua penumpang bahtera sangat besar malah penting peranannya .

Situasi dan ekspresi yang sama mestilah dimuat turun ke pentas politik tanahair kita dewasa kini yang juga saya lihat bagai sebuah bahtera yang sedang dilanda badai dan dihentam gelombang . Badai ekonomi yang parah , gelora politik yang getir dan gelombang sosial yang berisiko bagi mewujudkan sebuah negara aman , makmur , adil dan stabil hari ini memerlukan pemimpin dan rakyat yang berjiwa besar , sanggup berkorban dan melupakan perseteruan politik dengan pihak yang berbeda saingan dan fahaman politiknya .


Bertolak ansur , meminimakan jurang pertelingkahan dan saling menumbuhkan nilai persefahaman antara parti - parti politik dan juga ngo - ngo dalam negara adalah elemen positif ke arah mewujudkan sebuah kerajaan solidariti dan sekaligus memberikan ruang serta peluang kepada semua pihak memainkan peranan dengan penuh amanah dan tanggungjawab bagi masa depan rakyat dan negara .

Kerajaan Perpaduan : Kerajaan Tanpa Pembangkang


Kerajaan Perpaduan bukan bermakna membawa masuk PAS ke dalam UMNO atau BN ataupun sebaliknya tetapi mewujudkan sebuah kerajaan yang melibatkan semua parti politik iaitu PR dan BN untuk berperanan memimpin , mentadbir dan mengurus negara demi kepentingan agama , rakyat dan negara itu sendiri . Di mana, Kerajaan Perpaduan tersebut lebih mirip kepada sistem satu parti dan tiada pembangkang. Di mana wujud dua kumpulan parti politik yang jelas terpisah dengan dijurangkan antara golongan yang berkuasa dan tidak berkuasa.

Tiada lagi masa yang dibazirkan untuk bertelagah dan bertembung antara satu sama lain semata - mata didorong perbedaan ideologi politik . Sebaliknya masa itu dimanafaatkan sepenuhnya untuk duduk bersama , berbincang , mencari titik persamaan , bertolak ansur dalam perbedaan , menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh rakyat , cari strategi berkesan membina negara agar mampu menyaingi kuasa luar yang sering mengeksploitasi kelemahan kita .


Oleh itu, lontaran idea dan gagasan Kerajaan Perpaduan ini perlu diwacanakan oleh semua ahli politik, ahli akademik, pengaat politik, ahli perniagaan, badan bukan kerajaan serta rakyat seluruhnya supaya ia dapat menghasilkan natijah yang baik. Kejayaan oleh kerajaan kepimpinan Habibie membentuk Kerajaan Perpaduan di sebuah Negara yang mempunyai penduduk muslim terbesar di dunia serta kesediaan antara Hamas dan Fatah yang bertelagah dan berperang begitu lama seharusnya di lihat sebagai suatu pencapaian ataupun pilihan terbaik kepada Malaysia.


Kerajaan Perpaduan | Kepentingan Rakyat Dan Negara Diutamakan


Optimistik merealisasikan gagasan Kerajaan Perpaduan yang disuarakan oleh Presiden PAS akan tercapai sekiranya semua pihak mengenepikan antara satu sama lain keegoan, kepentingan peribadi, dendam kesumat boleh ditundukkan dan meletakkan kepentingan rakyat serta negara sebagai keutamaan. Biarpun agak sukar mendapat laluan , idea Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan oleh PAS ini, namun persekitaran dan latar belakang politik serta ekonomi hari ini membuatkan idea Tuan Guru Presiden dilihat tepat pada masanya.


Persoalannya bagaimana semua pihak yang terlibat boleh menanggapi idea ini dengan rasional tanpa sangsi.


Perlu difahami bahawa Kerajaan Perpaduan memberi hak dan tanggungjawab yang sama kepada semua pihak untuk berperanan memimpin , mengurus dan mentadbir negara . Andai ia menjadi kenyataan , ia akan membentuk satu fenomena yang positif di mana negara akan pesat membangun pula secara seimbang spiritual , material dan fizikalnya apabila ia didokong bersama oleh semua pihak . Tentu sahaja kepentingan agama, rakyat dan negara dapat difikirkan bersama dengan semangat perpaduan yang akan terjalin.


Oleh itu bersedialah kita untuk mencipta perubahan. Ianya tampak revolusioner tetapi ia tidak mustahil kalau semua pihak berfikir sebagai negarawan dan pemimpin rakyat yang mengimpikan perpaduan demi Negara yang tercinta.

Sunday, March 1, 2009

ISU HINA SULTAN | SOKONG CADANGAN MB KEDAH

Aktivis PAS Kubang Pasu dan Pembela meminta Pemuda Umno Kedah supaya berhenti dalam dalam tindakan politik mereka yang bersifat provokasi dan fitnah berhubung isu bahawa Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Tuanku Sultan Kedah seperti mana heboh dalam media sekarang ini. Di samping, melabelkan Pemuda Umno Kedah bermain sandiwara politik ‘kelas rendah’ serta memualkan rakyat.

Setiausaha Agong Pembela, Basir Hj Ismail ,43 berkata, “isu yang mengaitkan Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Tuanku Sultan hanya semata-mata berpandukan kepada surat layang adalah suatu tindakan yang tidak berasas serta memperlihatkan ketandusan mereka dalam mencari kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah yang semakin disenangi oleh rakyat Kedah ”.

“Bagi saya, Pemuda Umno seolah-olah sudah kehilangan modal politik untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka akibat tindakan masa lampau yang terpalit denagn pelbagi isu seperti rasuah, penyelewengan, kezaliman dan bermacam-macam lagi, di samping cuba mengalihkan perhatian umum kepada isu sebenar yang berlaku sekarang ini seperti rampasan kuasa di negeri Perak, pendedahan oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim di Parlimen baru-baru ini yang mengatakan bahawa Ketua Umno Kedah, Datuk Mahdzir Khalid terlibat dalam proses pembelian Wakil Rakyat PR Kedah, rasuah politik dalam Umno dan banyak lagi yang tidak lagi boleh dirahsiakan kepada rakyat”, katanya kepada Harian Sinar.

Katanya, tindakan Pemuda Umno membuat laporan polis serta menyerahkan memorandum bantah hina Sultan seperti yang dilaporkan oleh Harian Sinar (2 Mac) hanyalah gimik politik semata-mata, kerana sebelum ini banyak peristiwa yang melibatkan penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu dikaitkan dengan pemimpin Umno, mereka tidakpun bertindak sedemikian.Kita lihat waktu itu Pemuda Umno menjadi menjadi bisu, pekak dan buta mata”.

Basir menambah, “Pemuda Umno sepatutnya menumpukan kerja lain yang lebih penting seperti membersihkan imej mereka dari kacamata rakyat, memastikan setiap Wakil Rakyat Umno yang dipilih dalam PRU 12 lalu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat serta membuat laporan kepada pihak berwajib ke atas ketua mereka yang didedahkan terlibat dalam kes rasuah dan sogokan wang untuk pembelian Wakil Rakyat PR”.

Sehubungan itu, Pembela amat menyokong cabaran oleh Menteri Besar, YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak supaya Pemuda Umno berkenaan untuk mengemukakan bukti dan sekiranya gagal mereka akan berhadapan dengan saman yang akan dikemukakan.