Thursday, December 25, 2008

PAS DISARAN WUJUDKAN JABATAN TARBIYYAH

TARBIYYAH ASAS KEKUATAN PAS

Tarbiyyah adalah asas kekuatan PAS, ia ditegaskan oleh Ustaz Idris Hj Ahmad, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Pusat ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Keperibadian ahli dan Pemimpin Di Era Kemenangan dalam program Tamrin Qubra malam tadi (khamis).

Ustaz Idris berkata, “ setiap pemimpin dan ahli bertanggungjawab secara langsung mempertahankan kemenangan PAS / Pakatan Rakyat di Kedah.Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan menjadi kewajipan seluruh pemimpin serta ahli-ahli PAS mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada”.

“Program tarbiyyah perlu diperkasakan kembali di semua peringkat organisasi supaya ia menjadi benteng menghadapi ujian di era kemenangan ini, ujarnya lagi. Mana-mana individu PAS tidak boleh lari mengikuti program tarbiyyah kerana ia asas membina kekuatan dalam Jamaah PAS, ujarnya lagi.

Dalam kertas kerja yang dibentangkan, Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Pusat telah menggariskan beberapa tindakan berkaitan tarbiyyah iaitu, pertama, PAS Kawasan perlu menubuhkan sebuah Jabatan Tarbiyyah peringkat kawasan masing-masing. Tujuannya untuk menyusun, menjalankan serta memantau aktiviti tarbiyyah dalam kawasan. Kedua, melahirkan lebih ramai tenaga tarbiyyah dari kalangan yang mimilik fikrah PAS tulen, dan ketiga, sistem pengurusan Jabatan Tarbiyyah mesti dijalankan berdasarkan konsep ‘kepejabatan’ iaitu menyedia tenaga kerja tetap.

Sementara itu, saudara Hj Taib Hj Ahmad yang membentangkan kertas kerja bertajuk “Kepimpinan Islam” pula menyebut, “gaya kepimpinan yang perlu dicontohi oleh kita (PAS) ialah gaya kepimpinan Nabi Muhammada SAW dan para sahabat baginda. Ini kerana, merekalah merupakan tauladan yang paling baik untuk diikuiti”.

Hj Taib menambah lagi, cabaran kepimpinan Islam iaitu PAS yang memiliki kuasa pada hari ini ialah bagaimana mereka mereka boleh menyesuaikan diri dalam persekitaran masyarakat yang terdiri dari pelbagai latarbelakang agama, budaya dan bangsa. Ini kerana setiap tindak tanduk, keputusan dan ucapan mereka akan dinilai oleh masyarakat. Jika mereka berjaya menampilkan gaya kepimpinan yang baik dan berkesan ia akan memberi impak yang besar kepada perjuangan PAS. Sebaliknya berlaku sudah pasti PAS akan menanggung akibatnya sepertimana yang berlaku kepada PAS Trengganu baru-baru ini”.

Seramai 86 orang peserta hadir di dalam program Tamrin Qubra yang julung kali diadakan dalam tahun ini. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Memperkasa PAS Kubang Pasu kerjasama PAS cawangan Tg. Kapor, Jitra.

TAMRIN QUBRA AKAN DITERUSKAN

Pengerusi Jawatankuasa Tamrin Qubra, Hj Taib Abdul Rahman berkata pihaknya akan menganjurkan program Tamrin Qubra lagi di mana depan. Di mana, ia akan diadakan secara berkala iaitu 3 bulan sekali.

Tamrin Qubra siri 1 yang diadakan pada malam tadi (khamis) yang diadakan di Surau Kg Tanjung Kapor, Jitra mendapat sambutan yang menggalakkan dan turut disertai oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Idris Hj Ahad, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Rejab, AJK Dewan Ulamak PAS Kedah dan Hj Taib Hj Ahmad, mantan pemimpin Pemuda PAS Pusat.

Seramai 86 orang peserta hadir di dalam program Tamrin Qubra yang julung kali diadakan dalam tahun ini.

Hj. Taib berkata, program Tamrin Qubra siri 2 akan diadakan pada bulan Mac depan.

Wednesday, December 24, 2008

AHMAD L. SUDIN | PELUANG MASUK PAS


KEMASUKAN Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim beserta 13 orang AJK bahagian dan 28 orang Ketua Umno cawangan hari ini merupakan suatu detik yang bersejarah bukan saja kepada PAS Selangor malah akan memeberi kesan positif dalam kempen PRK Kuala Trengganu 17 Januari depan.

Tindakannya menyertai PAS adalah kerana yakin dengan perjuangan yang di bawa oleh PAS untuk kepentingan agama, bangsa dan Negara.

Datuk Zahar berkata, beliau dan rakan-rakan yang menyertai PAS, hanya mahu mencari redha Allah dan berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara melalui PAS. Keputusannya menyertai PAS juga tidak didorong sesiapa. Sebaliknya beliau sudah lama memikirkannya, sejak Mac 2008 lagi.

Kemasukan Datuk Zahar adalah manifestasi daripada kelesuan dan kegagalan kepimpinan Umno dari peringkat nasional hingga ke peringkat negeri. Mereka tidak lagi yakin, Umno layak menjadi platform bagi memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa.

Sesunggunhya, kemasukan Datuk Zahar dan rakan-rakannya ke dalam PAS akan memberi impak yang besar kepada perjuangan PAS dalam jangka pendek maupun jangka panjang, khususnya di negeri Selangor. Lebih-labih lagi jika Datuk Zahar turun berkempen dalam PRK Kuala Trengganu nanti.

BAGAIMANA PULA DENGAN AHMAD L. SUDIN ?

Minggu lepas media online melaporkan bahawa Datuk Ahmad Lebai Sudin, Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena telah digantung keahliannya. Pengantungan keahliannya berkuatkuasa pada 17 Disember kerana didapati bersalah melanggar tata etika parti. Namun tidak diperincikan jenis kesalahan ataupun pelanggaran tata etika yang dimaksudkan.

Perkara itu diputuskan Lembaga Disiplin Umno (LDU) yang telah diumumkan pagi ini. Umum mungkin boleh meneka bahawa tindakan oleh LDU ada kait dengan pemilihan Agung UMNO ang sedang hangat diperkata sekarang ini.

Samada Ahmad L. Sudin melakukan atau tidak bukan lagi persoalan utama. Persoalannya ialah rakyat semua tahu bahawa UMNO adalah parti ‘cari makan’ dengan kuasa yang mereka miliki. UMNO bukan parti untuk membela kepentingan agama, bangsa dan negara seperti mana yang ditegaskan oleh Datuk Zahar.

MASA UNTUK BERUBAH

Jikapun memang Ahmad L. Sudin melakukannya, maka ia masih mempunyai sisa waktu dalam hidupnya untuk menginsafi perbuatan tersebut. Inilah masa terbaik kepadanya untuk berubah dan meninggalkan parti UMNO yang bersifat perkauman di negara ini. Beliau boleh mendapatkan pandangan dari Datuk Zahar dan rakan-rakan UMNO lain, mengapa mereka meninggalkan UMNO.

Di Kedah ramai tokoh-tokoh UMNO menyertai PAS. Antaranya Dato’ Hj Mohd Muslim (Exco Kanan Kerajaan UMNO/BN) dan Cikgu Nayan Saad (Setiausaha Politik MB). Itupun yang saya kenal dan rapat dengan mereka. Kalau rasa janggal untuk bertemu mereka, Ahmad boleh berjumpa terus dengan YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap MB Kedah. Boleh diadakan perbincangan hati ke hati serta dapatkan gambaran yang setepatnya tentang perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS.

Peluang yang ada sangat berharga di ambil oleh Ahmad L. Sudin kerana ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada PAS, sebaliknya kepada diri sendiri, kaum keluarga, rakan-rakan dan penyokongnya. Kerana PAS adalah parti yang mendasarkan kepada cita-cita, tujuan dan matlamat menegakkan hukum-hukum Allah SWT di negara ini.

Penyertaan ke dalam PAS, sekurang-kurangnya Ahmad akan dapat merasai bahawa dirinya masih berguna dan di beri tempat dalam politik di masa depan. Apa tah lagi kebolehan dan pengalaman yang ada boleh disumbangkan untuk membangunkan negeri Kedah yang kini di tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat. UMNO bukan lagi parti yang boleh diharapkan untuk membela kebajikan rakyat. Buktinya apabila ada dikalangan ahli-ahlinya menegur ataupun mendedahkan kebobrokan yang pemimpin mereka lakukan, maka tindakan menghukum ahli akan dijalankan.

TAMRIN QUBRA


Tamrin Qubra Siri 1 yang bertemakan 'Memperkasakan PAS Kubang Pasu' akan diadakan pada hari ini (Khamis - 25 Dis), bertempat di Surau Kg Tanjong Kapor bermula jam 6 petang petang hingga 7 pagi.

Menurut Hj. Taib Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Tamrin Qubra bahawa pihaknya telah mendapat pengesahan dari tetamu jemputan untuk mengisi program yang akan diadakan. Antara yang turut hadir ialah Ustaz Idris Hj Ahmad, AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Rejab, AJK Dewan Ulama PAS Negeri Kedah Darul Aman, Hj Taib Ahmad, mantan pimpinan PAS Negeri Kedah dan Hj Adnan Saad, AJK Perhubungan PAS Kedah.

Hj Taib berkata, Ustaz Idris akan membentangkan sebuah kertas kerja bertajuk 'Pembinaan Peribadi Pemimpin Dan Ahli Di Era Kemenangan' yang akan mengupas beberapa pelan tindakan yang perlu dijalankan oleh PAS bagi memastikan saf kepimpinan dan ahli dapat menyesuaikan diri masing-masing di era kemenangan pada hari ini.

Di samping, Hj Taib Ahmad akan menyampaikan tajuk, "Kepimpinan dan Organisasi Asas Kekuatan PAS'.

Sehubungan itu, ahli-ahli PAS yang ingin mengikuti program ini di minta hadir awal kerana pihaknya menyediakan makan malam sebelum bermulanya solat Maghrib.

Dijangkakan seramai 100 peserta akan menghadiri program Tamrin Qubra yang julungkali diadakan dalam tempoh era kemenangan PAS dalam PRU 12 lalu.

Monday, December 22, 2008

HUDUD | DAP WAJAR HORMATI UMAT ISLAM


Kenyataan tiga pemimpin DAP Pusat iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Loke Siew Fook membantah hasrat PAS untuk melaksnakan undang-undang hudud apabila di beri mandat oleh rakyat adalah tidak boleh di terima dan memperlihatkan sikap prejudis mereka terhadap agama Islam. Sekaligus cuba memperkecilkan dasar perjuangan PAS di Negara ini.

PEMIMPIN DAP BIADAP

Laporan media online dan akhbar arus perdana telah mendedahkan bahawa ketiga-tiga pemimpin DAP berkenaan telah mengeluar kenyataan iaitu DAP membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan seperti ditegaskan naib presidennya Datuk Husam Musa. Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

Pemuda DAP menolak cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan. Ketuanya, YB Loke Siew Fook mengingatkan pucuk pimpinan PAS supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.

DAP MENGERTAK PAS

Bantahah DAP itu juga dikaitkan dengan PRK Kuala Trengganu pada 17 Januari depan. Menurut Lim Kit Siang bahawa YB Husam Musa mesti menjelaskan pendiriannya berhubung isu hudud ini, jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia.

Inilah gertakan DAP kepada PAS. Kenyataan media oleh Lim Kit Siang semata-mata untuk memperlihatkan sikap partinya yang tidak setuju dengan PAS kerana mahu melaksanakan hukum hudud. Ia juga cuba menanamkan kebencian kepada rakyat, khususnya yang non-muslim supaya menolak PAS, kecuali PAS boleh melupa atau meninggalkan cita-cita perjuangannya melaksnakan hukum hudud.

Sesungguhnya PRK Kuala Trengganu adalah masa terbaik kepada PAS untuk membuktikan kepada DAP dan mungkin juga PKR, bahawa rakyat akan memilih atau menolak PAS bukannya kerana hudud. PAS mesti bersedia dan yakin bahawa ia boleh bersendirian menghadapi PRK Kuala Trengganu tanpa bantuan ataupun sokongan DAP di sana nanti.

Percayalah bahawa masyarakat non-muslim menolak PAS dalam sesuatu Pilihanraya bukan kerana isu hudud.PAS menang bukan kerana PAS berjanji tidak mahu melaksanakan hudud. Tidak ada maknanya perjuangan PAS tanpa kita mempertahankan dasar perjuangan, cita-cita dan matlamat yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

PAS ditubuhkan kerana cita-cita, tujuan dan matlamat yang jelas iaitu kerana mahukan Islam. Jika DAP membuat pilihan untuk meninggalkan PAS kerana PAS mahukan Islam (hudud), biarkan saja ia melakukannya. PAS sudah sampai masanya memperlihatkan ketegasan sikapnya, walaupun memberi kesan kepada ‘millage’ politiknya. Rasanya lebih baik PAS berjuang secara sendirian dengan dasarnya dari berkawan dengan parti-parti lain yang boleh menimbulkan fitnah kepada PAS dan Islam itu sendiri.

Lihatlah apa yang berlaku dalam tempoh pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang hari ini. Slogan ‘amar makruf, nahi mungkar’ oleh Ketua Menterinya umpama tin kosong semata-mata kerana masih banyak gejala-gelaja yang merosakkan muda-mudi masih dibiarkan. Bantahan Pemuda PAS Pulau Pingang berhubung penganjuran I-Dance (tarian senaman) tidak diendahkan langsung. Ini baru satu contoh….

DAP mungkin merasakan bahawa kemenangan mereka pada 8 MAC lalu adalah kerana ideologi perjuangan partinya di terima oleh rakyat. Tanpa menghormati dan menghargai sumbangan PAS. Tidak keterlaluan saya mengatakan bahawa sikap DAP yang tidak menghormati dasar perjuangan PAS akan memendekkan umor politiknya di negara ini. Pada masa akan datang, generasi baru (Melayu – Cina – India) lebih selesa dengan PKR yang dilihat tidak bersifat perkauman, extreme dan brutal seperti DAP.

DAP akan menanggung akibat dari sikap anti-hudud yang dinyatakan pada hari ini. Lihatlah pada Pilihanraya Umum 13 akan datang.

PAS TERUS PERTAHANKAN HUDUD


Jawapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu hudud yang dicetuskan dalam program debat ‘Wacana Transformasi Politik Malaysia’ amat dialu-alukan.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata dua lagi parti dalam pakatan iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memberi alasan kukuh sekiranya menolak pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan. (Jika) Tidak setuju kerana apa, itu masalahnya... penjual dadah mana setuju kena gantung, tetapi dia tetap kena gantung. Tolak tidak apa, tetapi biar ada alasan, contohnya kalau tidak mahu sembahyang, kena bagi alasan, sebab itu Islam beri ruang untuk berbincang," katanya ketika ditanya sama ada Pas akan tetap melaksanakan hudud sekiranya ditolak oleh DAP dan PKR.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, umat Islam perlu kembali kepada asal kerana ia bukan hanya setakat sembahyang dan berpuasa. Hudud bukan hukum PAS, tetapi hukum Allah, kalau sembahyang kita buat, tetapi kenapa hudud tidak boleh buat. Susah apa hudud, di Malaysia pun boleh gantung (pesalah) kenapa tidak bising, sebabnya orang Eropah yang buat, sebab dalam kepala kita, (acuan) ikut Eropah," katanya dengan tegas.

Jawapan yang dilemparkan oleh Mursyidul AM, jelas memperlihatkan komitmen PAS untuk terus menegakkan hukum Allah SWT di Malaysia ini. Dan ia merupakan kenyataan yang akan menyenangkan hati dan perasaan ahli-ahli PAS di peringkat bawahan. Sekaligus peniup semangat, membajai jiwa, menigkatkan keyakinan kepada ahli-ahli PAS kembali yang sekarang ini di lihat semacam keliru tentang dasar perjuangan PAS, khususnya bila melihat pentadbiran Kedah yang kelihatan belum melakukan apa-apa perubahan ataupun memperkenalkan dasar dalam sistem pemerintah sejak mula berkuasa.

Kebijaksaan dan ketegasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sangat dihargai oleh ahli-ahli PAS. Sesungguhnya ahli-ahli semakin merindu kepada kenyataan, ketegasan, pendirian ataupun ungkapan seperti hukum hudud dan negara Islam, berbanding dengan sebutan “Negara berkebajikan ataupun Negeri Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”.

Terima kasih Mursyidul Am kerana bingkas memberi penegasan tentang sikap PAS terhadap hudud. Lebih indah jika ia turut direspon oleh pemimpin kanan PAS yang lain supaya ahli-ahli PAS dan rakyat yang dambakan kepada keredhaan dan keberkatan Allah SWT lebih bermotivasi.

Sunday, December 21, 2008

PAS RUGI BILA LEWAT UMUMKAN CALON ?

PAS akan hanya mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu. Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata pada masa ini, parti itu telah menentukan calonnya itu, yang merupakan seorang profesional dan berjiwa rakyat.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata pihaknya akan mencadangkan kepada PAS pusat untuk mengumumkan nama calon lebih awal.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata ini bagi memudahkan jentera pilihan raya membuat perancangan serta strategi dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Dato’ Seri Hj Hadi berkata, "Kita sudah ada calon...dalam poket saya, Insya-Allah...tunggu 1 Januari depan (kita umumkan)," katanya pada hari ini (22 Dis).

Dengan penuh yakin, Presiedn PAS itu mengatakan bahawa calon yang akan diketengahkan oleh PAS itu merupakan seorang yang lebih layak daripada calon yang ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata pihaknya akan mencadangkan kepada PAS Pusat untuk mengumumkan nama calon lebih awal. Tujuannya untuk memudahkan jentera pilihan raya membuat perancangan serta strategi dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Kelewatan Umum Calon Merugikan PAS

Cukup menghairankan apabila PAS Pusat menangguhkan pengumuman nama calon yang akan bertanding pada PRK Kuala Trengganu pada Januari depan. Sedangkan UMNO/BN telahpun mengumumkan kepada pengundinya di situ, malah satu negara sudah bercakap tentang calon mereka. Pro dan kontra di atas calon yang diumumkan sudah menjadi lumrah. Tetapi dari segi persiapan dan perancangan UMNO/BN lebih telus dan terbuyka berbanding PAS yang masih menggunakan kaedah lama dalam hal mengumumkan calon untuk pengetahuan umum, khususnya untuk pengetahuan pengundi.

Mengelegak rasanya otak memikirkan, apakah sebab memilih tarikh yang dianggaap terlewat ataupun terlalu lama untuk mengumumkan calon tersebut. Pada hal, Presiden PAS secara terang telah mengatakan bahawa, , "Kita sudah ada calon...dalam poket saya, Insya-Allah...”. Maksudnya ialah parti PAS dah tahu siapakah calonnya.

Persoalannya ialah mengapa ia perlu dirahsiakan lagi kepada umum. Ada jaminankah bahawa nama calon itu tidak bocor kepada umum sebelum hari pengumuman di buat. Deruan angin Cina Selatan yang bertiup di Kuala Trengganu telahpun sampai ke Kedah dan ramai yang telahpun tahu tentang nama calon yang telah diputuskan oleh PAS. Ia bukan lagi menjadi rahsia. Sebab, sejak awal lagi setiap ahli-ahli PAS khususnya, orang politik, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, mungkin juga UMNO/BN yang mahu tahu sipakan calon yang akan dikemukan oleh PAS.

Membiarkan orang ramai ataupun pengundi tertanya-tanya siapakah calon PAS sebenarnya merugikan parti dan calon tersebut. Apakah kerana melewatkan pengumuman calon meruapakan suatu strategi Pilahanraya Kecil?, atau Kerana nak ambil berkat menjelang sambutan tahun baru 2009, ataupun kerana nak dapatkan pengesahan menggunakan Stadium Sultan Zainal Abidin terlebih dahulu dari Kerajaan UMNO/BN Kuala Trengganu sebagai tempat berlangsungnya majlis pengumuman calon tersebut, atau masih ada masalah teknikal yang berkaitan calon yang dipilih supaya ia tidak akan menimbulkan masalah di hari penamaan calon, ataupun kerana PAS terlepas pandang bahawa ‘masa’ adalah elemen paling kritikal dalam sesuatu Pilihanraya untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. ATUAPUN ia hanya diketahui oleh pimpinan PAS sahaja.

Antara Calon dan PAS

Dalam Pilihanraya, mana lebih utama antara calon dan parti PAS. Ada pendapat yang mengatakan calon lebih penting dari parti PAS untuk menjamin kemenangan dalam Pilihanraya yang disertai. Kerana itu, pemilihan calon merupakan suatu hal yang serius difikirkan oleh pemimpin. Pendapat yang mengatakan PAS lebih penting dari calon juga ada asasnya. Kerana pengundi percaya kepada parti dari calon. Umpamanya UMNO /BN rakyat tolak mereka dalam PRU 12 lalu bukan kerana faktor calonnya, sebaliknya kerana parti UMNO/BN itu yang menjulang dasar perjuangan yang tidak berlandaskan kepada kepentingan agama Islam dan rakyat yang pelbagai kaum, agama dan bangsa di Negara ini.

Apapun, kedua-dua pendapat itu ada kebenarannya.

Namun bagi PRK Kuala Trengganu kali ini, PAS nampaknya memberi perhatian yang serius kepada calon yang akan mewakilinya. Kriteria calon yang dipilih diperhalusi dan perbincangan tentangnya pastinya hangat. Kepimpinan PAS yang terlibat, masing-masing memberi hujah serta dalil untuk menyokong calon yang diketengahkan. Begitulah antara proses dan cara PAS memilih calonnya dengan harapan ia akan memberi keyakinan kepada pengundi supaya memberi undi kepada PAS.

Sewaktu membuang undi di kotak-kotak undi yang disediakan oleh SPR, pengundi akan memberi undi mereka kepada calon atau PAS ?

Ramai yang mengatakan kepada calon yang mewakili PAS tersebut. Apakah dakwaan ini benar. PAS perlu membuat kajian lebih mendalam dalam hal ini dalam segenap aspek.

Calon Baru Perlu Masa Cukup Berjumpa Pengundi

Masa itu emas. Dalam Islam, kita tidak boleh menghina masa. Masa adalah milik Allah SWT. Menghina masa sepertilah mnghina Allah SWT. Oleh itu, PAS kena akui bahawa antara kesilapannya ialah suka melewatkan masa. Atau lebih tepat tidak pandai memanfaatkan masa. Kerana itu ia selalu rugi. Baca surah Al- Asr’.

Allah berfirman:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal sholih. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan Kebenaran. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kesabaran."

Dalam firman Allah dalam surah al-'Ashr, Allah mengingatkan kita sesungguhnya kita manusia berada dalam kerugian, karena tak pandai menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Sehingga ramai manusia yang membuang masa.

Alangkah baik, sekiaranya masa yang ada PAS manfaatkan memperkenalkan calonnya kepada pengundi. Supaya pengundi boleh mengenalinya dan menilainya dengan lebih lama lagi. Tempoh masa sekitar 10 hingga 14 hari berkempen sebenarnya terlalu pendek, khususnya bagi calon baru. PAS sewajarnya tidak melakukan memendek waktu calon barunya berkempen, walaupun jentera parti mampu dkerahkan untuk berkempen.

Kerana dalam sebuah Pilihanraya Kecil dalam kawasan parlimen seperti Kuala Trengganu yang ada empat (4) buah DUN sudah pasti ianya mempunyai jumlah pengundi yang ramai. Begitu juga keluasan kawasan dalam Parlimen tersebut. Jika diberikan sama secara sama rata, calon hanya mempunyai masa (hari) sekitar 4-5 hari utuk memberi khidmat ataupun berte,u pengundi dalam setiap DUN.

Bayangkan dari tarikh calon yang telah PAS putuskan untuk bertanding iaitu pada hari ini (22 Dis) dan terpaksa menunggu pada 1 Januari 2009 baru mahu mengumumkannya, sudah tentu ia merugikan masa selama 10 hari yang sangat berharga dimanfaatkan oleh calon PAS dalam PRK Kuala Trengganu tersebut. Sepatutnya tidak timbul isu PAS terburu-buru nak umumkan nama calonnya ataupun nak ikut rentak UMNO/BN yang telah umumkan nama calonnya.

Pada pandangan umum, nampaknya UMNO/BN lebih bersedia dari PAS. Calon UMNO/BN kini sudah boleh bergerak dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang untuk berjumpa pengundi. Pengundi kebiasaannya sangat gembira dan terhutang budi kepada mana-mana calon yang sanggup menemui mereka.

Kini, bahang PRK Kuala Terengganu semakin terasa. Meski pun penamaan calon hanya akan dilakukan pada 6 Januari depan. Debaran kedua – dua parti yang bertanding semakin kuat. Apakah keputusan PRK Kuala Trengganu nanti boleh dijadikan kayu ukur lanskap politik Malaysia sehingga ke PRU 13 akan kita lihat bersama.

PAS UNTUK SEMUA !!!

Friday, December 19, 2008

DAKWAAN GABUNGAN DEKLARASI RAKYAT KEDAH TIDAK BERASAS DAN BERSIFAT POLIMEK

Gabungan Deklarasi Rakyat Kedah yang terdiri dari badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil wakil komuniti masyarakat di Kedah yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat gagal memerintah negeri kedah dengan baik di minta supaya lebih rasioanal dan melihat kepada fakta yang tepat.

Gabungan Deklarasi Rakyat Kedah di minta supaya tampil mengemuka bukti dan kajian atas dakwaan mereka yang mengatakan kerajaan Kedah gagal memerintah negeri ini dengan baik dalam hal berkaitan hak rakyat dan alam sekitar. Jika dakwaan hanya bersandarkan persepsi ataupun pengamatan secara rambang semata-mata tanpa mengetahui secara mendalam kedudukan perkara tersebut, lebih baik Gabungan Deklarasi Rakyat Kedah fokus kepada isu-isu lain.

Sebagai maklumana kepada mereka yang berkenaan bahawa isu yang berkaitan hak rakyat dan alam sekitar yang dibangkitkan tersebut, sememangnya menjadi perhatian dan keutamaan kerajaan Pakatan Rakyat. Isu yang dibangkitkan telahpun dalam pengetahuan dan tindakan oleh pihak kerajaan negeri. Perlukah kerajaan negeri melaporkan kepada mereka terlebih dahulu untuk membuat sebarang tindakan, baru mereka berpuashati.

Tanggapan yang mengatakan kerajaan negeri gagal memerintah negeri kedah dengan baik adalah tidak masuk akal, ia semata-mata mahu mempolimek isu sahaja. Di samping, membuka pekung mereka ketandusan maklumat dan fakta yang tepat.

Sayugia ditegaskan bahawa kerosakan alam sekitar yang berlaku pada hari ini adalah kesan dan akibat kebobrokan pemerintahan regim UMNO/BN selama lebih 51 tahun di Kedah. Merekalah yang telah membuat cadangan ataupun kelulusan serta mengeluarkan lesen-lesen kuari dalam daerah seluruh Kedah, begitu juga dengan isu penebangan balak dan projek Zon Indsutri Petroleum Yan (ZIPY) dan banyak lagi. Seluruh rakyat Kedah sudah maklumi tentang perkara ini.

Pihak-pihak tertentu yang cuba mempolimekkan perkara ini bertujuan memberi gambaran kepada rakyat bahawa kerajaan yang diterajui oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah adalah seorang yang lemah dan tidak berwibawa.

Tidak dinafikan dalam tempoh 9 bulan memerintah Kedah masih banyak perkara yang belum sempat di buat, sekaligus memuaskan hati semua pihak. Tetapi, harus diyakini bahawa kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Ustaz Azizan tidak boleh disamakan dengan Menteri Besar kerajaaan UMNO/BN yang telah berkuasa sebelumnya yang telah menggunakan kedudukan untuk meratah khazanah negeri melalui pelbagai salah laku seperti rasuah, penyelewengan dan pembaziran.

Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksankan janji-janji melalui konsep pemerintahan berdasarkan kepada ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’.

Berhubung dengan Kad Laporan Prestasi Kerajaan Negeri untuk menilai prestasi kerajaan negeri berhubung ‘Hak Rakyat dan Alam Sekitar’serta memenuhi janji Pakatan Rakyat ketika pilihan raya sebenarnya tidak berbangkit sama sekali dan boleh diperakui oleh rakyat. Dalam tempah singkat iaitu baru 9 bulan untuk memberi ‘markah’ ataupun megukur prestasi kerajaan negeri adalah tidak munasabah. Logiknya, kerajaan Pakatan Rakyat yang baru pertama kali mengambil-alih kuasa pemerintahan dari UMNO/BN, sudah pasti yang hal dalaman jentera kerajaan yang perlu diteliti dan di ambil perhatian. Keutamaan sudah pasti memperkasakan jentera kerajaan semua peringkat di Kedah supaya segala dasar dan polisi yang diperkenalkan akan dilaksanakan dengan jaya.

Menghukum kerajaan Pakatan Rakyat dalam tempoh waktu yang singkat, adalah tindakan tidak adil dan bijaksana.

Perlu waras dan realistik untuk menilai prestasi kerajaan ini. Melaksanakan semua perkara yang terdapat dalam manifesto bukan boleh di buat dalam tempoh masa 100 hari, 6 bulan dan 12 bulan, bahkan kadang-kadang terpaksa mengambil masa bertahun-tahun. Ini kerana ia melibatkan banyak prosedur dan pelbagai aspek yang perlu dikaji sebelum sesuatu perkara dilaksanakan.

Jangan kerana kesilapan kerajaan UMNO/Bn masa lampau yang mendatangkan kesan mudharat pada rakyat masa kini, mahu diletakkan dipundak kerajaan Pakatan Rakyat.
Nak laksanakan sesuatu program terutama melibatkan undang-undang memerlukan suatu kajian terlebuh dahulu. Bukan boleh main ‘redah’ saja. Ini bukan negeri yang diperintah ‘ala cowboy’. Kerajaan yang memerintah terikat kepada terma-terma yang terkandung dalam perlembanggaan, undang-undang, enakmen, akta, garis panduan, prosedur dan bermacam-macam lagi.

Kalau nak buat kuih tepung talam mudah lah. Sediakan bahan, proses, kukus dan tunggu 1-2 jam dah siap dan boleh dijamah oleh kita. Tapi nak menguatkuasa ataupun mengubal sesuatu undang-undang, enekman, akta maupun polisi ia memerlukan suatu proses yang mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan supaya ia tidak mendatangkan masalah di masa depan.

Namun, usaha dan kepekaan Gabungan Deklarasi Rakyat Kedah dalam hal berkaitan hak rakyat dan alam sekitar tetap dihargai dan dipuji. Lebih-lebih lagi, jika ia berniat baik untuk melihat kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS di Kedah ini menjadi sebuah kerajaan yang efisen, progresif dan dinamik, sekaligus membawa kebaikan kepada seluruh rakyat. Ia merupakan tindakan yang amat dialu-alukan dan perlu diteruskan. Memang menjadi amalan bagi kerajaan Pakatan Rakyat bersedia menerima teguran, cadangan maupun kritikan dari semua pihak kerana Pakatan Rakyat mendokong prinsip-prinsip demokrasi.

Sebagai penyelesaian kepada tuntutan oleh Gabungan Deklarasi Rakyat Kedah untuk berjumpa ataupun mendapat jawapan dari kerajaan Kedah, saya mencadangkan supaya suatu majlis penerangan berhubung Dasar dan Polisi kerajaan Pakatan Rakyat diadakan . Pihak yang sesuai mereka jumpa ataupun menganjurkan program ini ialah Kelab Penyokong Kerajaan Kedah yang dipengerusikan oleh YB. Ustaz Yaakob Husin. Meluahkan perasaan atauoun membuat kenyataan melalui media hanyalah untuk mendapatkan popularity, sebaliknya tidak membantu untuk mendapatkan hasil yang diperjuangkan.

ISU IJN | PENANGGUHAN PENSWASTAAN UNTUK HADAPI PRK KUALA TRENGGANU


Laporan yang di terima petang ini (19 Dis) bahawa kerajaan Malaysia (Kabinet) telah memutuskan untuk menangguhkan membuat sebarang keputusan berhubung cadangan penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby sehingga perbincangan lanjut diadakan berhubung perkara itu.

Penangguhan cadangan pengswastaan IJN ini kerana pihak kerajaan telah menerima banyak bantahan termasuk dari pemimpin parti-parti politik Pakatan Rakyat dan BN sendiri.

Adalah diharapkan penangguhan ini bukan seperti nak bermain ‘silap mata’ dengan rakyat. Tetapi sebaliknya membolehkan pihak kerajaan mengkaji dengan lebih mendalam tentang kepentingan IJN kepada rakyat di negara ini.

PENDIRIAN PAS

Merujuk teguran YB Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat bahawa, "Kita mempersoalkan apa keperluan terdesak kerajaan mahu menjual IJN ini kepada Sime Darby sedangkan IJN tidak menghadapi masalah kewangan sebaliknya kerajaan yang menghadapi masalah kewangan. Kalau Kementerian Kewangan sudah tidak mampu menguruskan IJN serahkan saja kepada Kementerian Kesihatan."

Mahfuz menambah, banyak projek yang diswastakan di negara ini mengakibatkan bayaran yang meningkat dan beliau tidak melihat mana-mana projek yang diswastakan bayarannya menurun. Sudah tentu apabila bayaran meningkat ia akan membebankan golongan berpendapatan rendah,".

MENGAPA TANGGUH, KENAPA TAK BATAL TERUS..

Dari pengamatan di sudut politik bahawa penangguhan ini terpaksa dilakukan kerana UMNO/BN akan menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu pada Januari depan. Mereka bimbang isu IJN akan menikamnya nanti. Isu yang sedia adapun tak larat nak tangkis, mengapa pulak nak beri bola tanggung kepada Pakatan Rakyat pula.

Dakwaan ini ada rasionalnya kerana, jika penangguhan itu kerana adanya bantahan oleh ramai pihak, sepatutnya kerajaan boleh ambil keputusan membatalkan saja. Apa guna nak tangguh-tangguh.

Bila tangguh…mesti ada tempoh masa penangguhan tersebut.

Sepatutnya kerajaan tidak perlu fikir tentang tawaran pengambil alihan IJN oleh Sime Darby. IJN sewajarnya diurus tadbir oleh kerajaan untuk selama-lamanya sebagai bukti kerajaan Malaysia prihatin kepada pesakit jantung yang terdiri dari rakyatnya. Jaminan oleh kerajaan bahawa IJN akan mengekalkan modus operandinya jika diswastakan tidak boleh dipercayai langsung.

Sejarah pengswastaan yang ditaja oleh UMNO/BN di Negara ini telah terbukti membeban rakyat. Kerajaan tidak pernah dapat mempertahankan tuntutan syarikat-syarikat yang telah disawsatkan bila menuntut kenaikan kos, caj ataupun harga. Lihatlah kos tol lebuh raya, TNB, Telekom dan banyak lagi.

Rakyat tidak lupa dengan isu kenaikan harga minyak yang melampau selepas PRU 12 lalu. Waktu PRU 12, pemimpin UMNO/BN bukan main mempertahankan harga minyak petrol dan diesel. Tetapi setelah berjaya mendapat kuasa sebagai kerajaan pusat, pada bulan Jun harga minyak terus dinaikkan. Kesannya, rakyat juga yang menanggung sengsara.

ISU IJN RELEVEN DI PRK KUALA TRENGGANU

Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat tentang isu IJN di Kuala Trengaganu kelak. Ia merupakan isu yang releven. Orang Trengganu juga berpotensi menjadi pesakit jantung dan memerlukan rawatan yang baik. Setakat ini, hanya IJN merupakan pusat perubatan jantung yang terbaik di negara dan rantau ini, walaupun Hospital Pulau Pinang dan Hospital UKM ada menyediakan perkhidmatan rawatan jantung.

Biar rakyat tahu bahawa kerja dan cara memerintah pemimpin UMNO/BN adalah hanya untuk mengswastakan saja mana-mana agensi ataupun perkhidmatan yang melibatkan rakyat. Jika dibiarkan, tidak mustahil suatu hari nanti, polis trafik juga mereka boleh swastakan kerana ia membawa banyak keuntungan kepada syarikat yang menguruskannya.

Thursday, December 18, 2008

ISU RASUAH | SYABAS MB KEDAH….


Dalam program Himpunan Pelajar Dan Mahasiswa Kedah di Dewan Seri Mentaloon kelmarin YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Mentari Besar Kedah ada menyentuh tentang hal rasuah. Ia ditujukan kepada dirinya dan rakan-rakan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.

KENYATAAN MB KEDAH

Kira-kira katanya begini,

"Banyak usaha-usaha nak rasuah saya dan rakan-rakan saya. Tapi saya tak
makan rasuah, takat la ni la. Takat RM10,000, RM100,000 tak makan lagi la.
Tak taula kot RM1 juta mana nak tentu. Nak masuk neraka biar berbaloi, betul
tak? Ni masuk neraka kadang RM50 apa cerita?" ujarnya sinis menyebabkan
dewan gamat dengan gelak ketawa.

Katanya lagi, banyak 'komisyen' disyaratkan kepada pihak-pihak
tertentu berurusan untuk di Kedah sebelum (merujuk zaman UMNO/BN) ini berbeza dengan kerajaan (Pakatan Rakyat) kini yang tidak mengamalkan 'urusan di bawah meja'.

Syabas ! MB Kedah. Semoga usaha memerangi rasuah ataupun mengamalkan budaya ‘rasuah sifar’ di bawah pentadbiran keraajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah akan menjadi kenyataan.

TENTANG RASUAH

Mungkin dalam tempoh 9 bulan ini, ujian rasuah telah berjaya diatasi. Rakyat dan ahli-ahli PAS saya kira begitu yakin bahawa MB Kedah tak akan melakukan rasuah berdasarkan latarbelakang dirinya yang memahami ajaran Islam serta menjadi pemimpin sebuah Jamaah Islam (PAS) di kedah dan juga Malaysia. Namun jangan dilupakan bahawa, budaya rasuah bukan sahaja difokuskan kepada pemimpin utama atau kanan kerajaan semata-mata, sebaliknya kepada seluruh jentera kerajaan yang berada di bawahnya termasuk kakitangan yang berkhidmat di peringkat kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, Ahli Majlis Daerah, Ahli Lembaga Pengarah GLC, Pnghulu dan Ketua Kampungs serta ‘driver’ kepada MB, Speaker dan Exco kerajaan negeri. Dan juga jangan dilupakan para pemimpin kanan PAS yang menjadi tulang belakang kepada kewujudan keraaan Pakatan Rakyat ini.

Seluruh manusia atas muka bumi tahu dan faham tentang makna rasuah. Manusia yang berakal juga tahu tentang hukum (bagi beragama Islam) dan undang-undang (rakyat awam) tentang rasuah. Bagi yang beragama Islam mereka tahu bahawa rasuah adalah berdosa. Bagi yang bukan bergama Islam juga tahu bahawa rasuah salah di sisi undang-undang. Maksudnya rasuah ini semua orang bahawa ia suatu amalan ataupun budaya buruk menjijikan, membusukkan serta merosakkan semua sistem dalam masyarakat.

BILA NAK ISYITIHAR HARTA WAKIL RAKYAT PAS + PKR

Persoalannya ialah sejauh manakah komiten kerajaan pimpinan YAB Ustaz Azizan Abdul Razak berusaha untuk memastikan seluruh jentera kerajaan Pakatan Rakyat dan Parti PAS dan PKR yang menjadi parti yang memerintah hari ini tidak melakukan rasuah. Rasuah bukan sahaja berlaku transaksi wang antara pemberi dan penerima, bahkan dalam soal pemberian hadiah, saguhati, janji-janji yang bertujuan kepentingan diri sendiri serta memberi jawatan kepada orang menyokongnya, memberi projek tidak mengikut peraturan, tidak telus sekaligus mengenepikan orang lain yang lebih layak, pergi melancong dan banyak lagi perbuatan lain yang boleh disabitkan sengan rasuah.

Rakyat umum melihat rasuah ini dalam beberapa konteks. Pertama tentang perlakuan ataupun perbuatan yang menyebabkan berlakunya rasuah. Kedua, tindakan, hukuman ataupun pembalasan kepada orang yang melakukan rasuah. Ketiga, kaedah pencegahan dan kawalan rasuah. Keempat, siapa pelaku rasuah tersebut. Dan kelima bentuk dan jenis perbuatan rasuah tersebut.

Dalam konteks ini, Pakatan Rakyat kena lebih telus, bertanggunjawab, terbuka dan berani untuk melakukan tindakan ‘Mengisyitiharkan Harta’ seluruh pemimpin kerajaan yang sekarang ini, di samping individu-indivdu yang terlibat dengan GLC kerajaan Kedah. Tindakan mengisyitiharkan harta milik pemimpin kerajaan adalah langkah yang baik dan disukai oleh rakyat. Di mana nanti rakyat boleh mengetahui, harta dan kekayaan dimiliki oleh pemimpin kerajaan diperolehi dari sumber mana. Sekaligus boleh mengatasi fitnah besar yang akan dimainkan oleh musuh politik Pakatan Rakyat.

Jikapun, ada yang berpendapat bahawa pengisyitiharan harta kepada umum boleh membahaya orang yang terlibat, ia merupakan alasan yang dangkal dan tidak masuk akal. Bukan soal angka ataupun pengisyitiharan harta secara spesefik yang perlu diketahui oleh masayarkat umum, tetapi adanya pengakuana secara jujur oleh pihak kerajan kepada rakyat bahawa pentadbiran kerajaan negeri telah menyimpan data-data ataupun rekod tentang harta kepunyaan mereka. Lebih elok jika pihak parti yang menyimpan data-data tersebut.

RASUAH BANYAK BERLAKU DI PERINGKAT PBT

Maaf…. jika artikel ini menyebutkan bahawa gejala rasuah oleh jentera kerajaan banyak berlaku di peringkat PBT. Orang yang paling berkuasa di PBT ialah Pegawai Daerah (DO) merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah serta Setiusaha Majlis serta Ahli-Ahli Majlis yang mewakili Pakatan Rakyat. Banyak kes, samada disedari ataupun tidak sememangnya rasuah yang sudah menjadi darah daging mereka yang pernah berkerja di bawah regim UMNO/BN sejak dulu lagi tetap berlaku di peringkat PBT.

Rasuah boleh berlaku dalam banyak hal dan urusan. Samada berkaitan perlaksanaan projek, pemberian dan kelulusan lessen serta di peringkat penguatkuasaan. Baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang jurujual kereta mewah yang berpengakalan di Sungai Petani bahawa ada seorang Pegawai Kanan dari Sik, Kedah telah menempah sebiah kereta Mercedez Benz C200 baru yang berharga melebihi RM 200 ribu. Dan kereta itu didaftarkan di atas nama orang lain (proksinya). Hahahahahah…cuba lihat.

Satu lagi kes, seorang Setiausaha Majlis di sebuah daerah (rahsia) secara terang-terangan telah meminta komisen dari kontraktor yang telah mendapat projek dalam daerah tersebut.

Ironinya, kedua-dua kes tersebut telah memberi persepsi negatif kepada kerajaan Pakatan Rakyat, lebih malang kepada PAS yang mereka mempercayai sebuah Jemaah Islam yang akan menguatkuasa, melaksanakan dan mengamalkan sistem pentadbiran Islam. Itulah rasuah yang sememangnya telah membarah dalam masyarakat kita.

1HB JANUARI PALING SESUAI

Oleh itu, selari dengan iltizam MB Kedah untuk tegas di atas rasuah di Kedah adalah wajar sama sekali, pada 1 Januari 2009 akan datang seluruh pemimpin kerajaan Kedah mengisyitiharkan harta mereka kepada rakyat. Pengisyitaharan tersebut dimulakan oleh MB, dikuti oleh Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kanan Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah dan Setiausaha Majlis Daerah.

Jika perkara ini dapat dilakukan, sekurang-kurang kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka bukan dikalangan pemimpin yang akan menerima rasuah, kalaupun bukan pada hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan sampai hari kiamat.

ISU IJN | SIME DARBY NAK AMBIL ALIH IJN


MP PAKATAN RAKYAT DI MINTA BANTAHAN PENJUALAN INSTITUT JANTUNG NEGARA …

Hasrat syarikat korporat Sime Darby memiliki IJN nampaknya hamper menjadi kenyataan. Harin ini media arus perdana melaporkan, Sime Darby Berhad telah mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri untuk memulakan rundingan bagi mengambilalih 51 peratus kepentingan dalam IJN Sdn. Bhd.

Berita ini amat mengejutkan dan menimbulkan banyak persoalan tentang nasib pesakit jantung di masa depan.

Jaminan Menteri Kesihatan Meragukan

Walaupun Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi bantuan kepada 80 peratus pesakit kerajaan yang dirawat di IJN jika organisasi lain mengambilalih IJN. Di samping akan memastikan modus operandi dan objektif Institut Jantung Negara (IJN) akan kekal sebagai pusat jantung yang berkhidmat untuk rakyat, namun ia merupakan kenyataan yang amat meragukan.

Menurut laporan, Sime Darby telah mengemukakan cadangan mereka kepada kerajaan untuk memperoleh pegangan dalam syarikat itu yang menjadi pusat perubatan jantung utama di rantau ini. Sekarang ini saham terbesar IJN iaitu 99.99 peratus milik Kementerian Kewangan.

MP Pakatan Rakyat Wajar Bantah Pengambilalihan IJN Oleh Sime Darby

MP Pakatan Rakyat di minta supaya menyuarakan bantahan berhubung isu penjualan IJN kepada Sime Darby. Ia sangat mustahak kerana ia melibatkan kepentingan rakyat, khusus yang terdiri dari golongan sederhana dan rendah. Dalam kedaaan IJN diurus tadbir oleh kerajaanpun, masih ramai rakyat (pesakit jantung) yang belum berkesempatan ataupun mampu mendapatkan rawatan jantung kerana ia terpaksa menanggung kos besar dan sememangnya sukar bagi rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk menanggung kos rawatan tersebut.

Perlu difahami, adalah lumrah bagi sesuatu perniagaan apabila menjalankan operasinya akan mengambil kira keuntungan. Walaupun pihak pengguna yang akan menanggung kos tersebut. Inilah yang akan berlaku kepada modus operandi IJN nanti, sekiranya ia di ambil alih oleh Sime Darby. Jika difikirkan secara rasional tujuan pengambil alihan IJN oleh Sime Darby sudah pasti telah mengambil kira kajian kajian pasaran dalam dunia perubatan yang berprofil tinggi ini. Ia semakin jelas apabila pihak pengurusam Sime Darby berhasrat menjadikan IJN sebagai pusat perubatan jantung utama di rantau ini dan menerima pesaikt dari luar.

IJN Wajar Diuruskan Oleh Kerajaan

Soal kesihatan sewajarnya menjadi tanggunjawab kerajaan kerana rakyat telah membayar cukai kepada kerajaan. Tidak sepatutnya masalah kesihatan diperdagangkan oleh kerajaan, apa lagi yang melibatkan jenis penyakit berprofil tinggi ini. Hak mendapat rawatan kesihatan secara percuma ataupun subsidi sepatutnya boleh dilakukan oleh kerajaan kepad rakyat di Negara ini. Jangan fikir rakyat yang menimpa penyakit jantung ini mereka suka-suka untuk ke IJN mendapatkan rawatan. Mereka ke IJN adalah kerana mahu dapatkan rawatan. Sekiranya IJN di ambil alih oleh Sime Darby adakah rakyat dari golongan sederhana dan bawahan akan terjamin mendapat apa yang akan diperolehi oleh rakyat Malaysia yang sekarang dan sebelum ini.

Komen pemimpin BN berhubung isu pengambil alihan IJN oleh Sime Darby

Sesungghnya kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri bahawa, pengambilalihan itu jika berlaku bukan bermakna kerajaan tidak mampu menanggung kos operasi Institut Jantung Negara (IJN), tetapi mahu melihat hospital yang khusus dalam rawatan jantung itu dapat diperbesarkan dan dipertingkatkan lagi kecemerlangannya adalah amat mengelirukan dan seperti ada sesuatu kelemahan dalam bidang pengurusan pusat tersebut.

Walaupun Pak Lah juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan rakyat yang berpendapatan rendah akan terus menikmati rawatan di IJN dengan caj yang berpatutan adalah suatu illusi semata-mata. Lihat pula komen pemimpin lain dalam BN berhubung isu ini.

Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan.
Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri

Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat
Datuk Dr. Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA (Bekas Menteri Kesihatan)

Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan
Khairy Jamaludin, Naib Ketua Pemuda UMNO

Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus
Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime

Bantahan Mesti Dimulakan

Memandangkan isu pengambil alihan IJN oleh Sime Darby ini melibatkan kepentingan rakyat (pesakit jantung) yang terdiri pelbagai kaum, agama dan bangsa di Malaysia, maka kita mengharapkan supaya MP Pakatan Rakyat serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat menubuhkan sebuah Jawatankuasa ataupun Badan Bertindak Pertahankan IJN dengan segera. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi suatu mekanisme untuk menyalurkan segala bantahan, pendapat umum maupun tindakan yang bersesuaian kepada pihak kerajaan.
Pakatan Rakyat wajar melihat perkara ini sebagai isu penting kerana janji-janji kita di dalam manifesto Pilihanraya PRU 12 dalam hal berkaitan kesihatan amat jelas sekali iaitu untuk menjaga dan menaikkan tarafkan kesihatan rakyat. Taraf kesihatan rakyat seudah semestinya meliputi kos rawatan, prasarana kesihatan dan sebagainya. Tetapi dalam soal berkaitan IJN yang akan di ambilalih oleh Sime Darby sudah semestinya akan memberi kesan kepada pengguna secara langsung dalam kos pembiayaan rawatan di masa depan.

Sungguh tidak wajar sama sekali perkara ini dibiarkan, walupun secara objektif bagi sesetengah pihak melihat ianya baik serta bersesuaian dengan perkembangan dunia perubatan dalam dunia hari ini.

Akhirnya, jika IJN berjaya dimilki oleh Sime Darby, ia petanda kepada ada sesuatu yang tidak kena di dalam pengurusan IJN selama ini. Umat Islam dan rakyat di Negara ini tidak sepatutnya menjadi manja ular yang mematuknya dua kali dalam satu lubang.

Wednesday, December 17, 2008

TARBIYYAH MEKANISME MANTAPKAN KEFAHAMAN AHLI

TARBIYYAH : PEMIMPIN PAS DI PERINGKAT PARTI MAUPUN KERAJAAN BERSAMA TURUN PADANG

PAS adalah satu-satunya Jemaah Islam yang paling utama dan lengkap dalam negara ini. PAS adalah wadah perjuangan Islam. PAS mengariskan cita-cita perjuangannya untuk memerintah negara dengan sistem Islam. PAS akan memastikan hukum-hukum Allah SWT akan ditegakkan dalam sistem pemerintahan, jika ia diberi kuasa oleh rakyat mentadbir dan mengurus kerajaan. .

Itulah keunikan dan perbezaan PAS dengan Jemaah Islam lain ataupun parti-parti politik lain yang wujud di negara ini.

Sebagai sebuah Jemaah Islam yang sempurna, PAS bergerak dalam tiga medan utamanya iaitu pertama, Tarbiyyah dan Pengkaderan (pembinaan dan pembentukan), kedua Dakwah (penerangan) dan ketiga, Siasah (politik).

Kini PAS telah diberi mandat oleh rakyat memerintah di tiga buah negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak selepas PRU 12 lalu. Sebagai kerajaan dan parti yang memerintah, PAS akan diperhatikan oleh semua pihak samada dari dalam ataupun luar. Apa yang berlaku ataupun dilakukan oleh PAS akan memberi kesan baik ataupun buruk kepada Jemaah Islam. Yang mencorak dan mewarnai PAS adalah saf kepimpinan dan ahli-ahli PAS itu sendiri. Lebih penting lagi PAS mesti membuktikan serta tampil menjadi role model bukan sahaja sebagai pemerintah yang baik (Islamik, progresif, adil dan bijaksana), bahkan mampu menjadi penyelesaian kepada permasalahan masyarakat yang dipimpinnya.

Oleh itu, PAS mesti menggerakkan seluruh saf kepimpinannya samada yang memegang jawatan kerajaan maupun parti di mana jua peringkat untuk memperkasakan kembali program dan sistem tarbiyyah dalam parti. Ini penting kerana tarbiyyahlah yang telah memainkan peranan besar dalam memastikan umor PAS bertahan ke hari ini.

Kerancakan program taribyyah di era 80an perlu dikembalikan supaya ia dapat melahirkan ahli-ahli PAS yang berkualiti dalam semua aspek penglibatan mereka dalam jemaah Islam ini. Kemanisan tarbiyyah zaman awal 80an hingga kehujung 80an dirasakan sudah sangat pudar. Ungkapan Usrah, Tamrin, Mukhayyam tarbawi, ijtima dan Qiamullail jamaei sudah jarang kedengaran. Lebih memilukan ada dikalangan ahli-ahli PAS yang tidak tahu apa itu usrah, tamrin, mukhayyam tarbawi yang berkaitan dengan sistem tarbiyyah PAS.

Ketiadaan tarbiyyah oleh PAS menyebabkan ahli-ahli akan mengambil atau mencari ilmu Islam dari sumber lain (bukan acuan PAS). Kesan yang dirasai apabila acuan tarbiyyah bukan datangnya dari PAS, maka usaha untuk memupuk kesatuan fikrah dan kesatuan amal di antara ahli-ahli PAS akan menemui jalan kegagalan.

Perlu diakui bahawa hikmah di sebalik tarbiyyah PAS terlalu banyak dan baik sekali. Antaranya ialah membuahkan ikatan ukhwah Islamiyyah yang tulen, melahirkan petugas dan pengikut yang berdisplin, meningkatkan kefahaman tentang tasawwur Islam dan perjuangan Islam itu sendiri, mengukuh pegangan akidah Islamiyyah, melahirkan ketaatan (wala) dan keyakinan (siqah) ahli kepada pemimpin dan banyak lagi.

Alasan untuk meringgankan program tarbiyyah kerana PAS sudah menjadi kerajaan ataupun sibuk dengan urusan sebagai pemerintah mesti dikikis dan dibuang jauh dari dalam hati mereka yang berkenaan. Kesibukan menguruskan kerajaan bukan alasan dan tidak sepatutnya diungkapkan oleh mereka yang berada dalam perjuangan Islam.
Oleh itu, para pemimpin PAS, khususnya yang telah diamanahkan menerajui kerajaan di mana jua peringkat organiasasi ataupun jabatan mesti tampil ke hadapan menjadi contoh kepada ahli-ahli PAS dalam usaha memperkasakan program tarbiyyah sekarang ini.

Bayangkan…., Jika Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ustaz Azizan Hj Abdul Razak menjadi antara pemimpin PAS yang turun padang memimpin tarbiyyah kepada ahli-ahli PAS. Begitu juga para Exco PAS turut sama memimpin program tarbiyyah bersama-sama ulama PAS di Kedah. Sudah pasti mereka akan lebih rapat dengan ahli-ahli PAS, sekaligus akan dapat membenihkan ikatan kasih sayang antara pemimpin dan ahli serta rakyat. Inilah rahsia serta faktor kejayaan dan umor panjang kerajaan Kelantan yang di pimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Segala kelemahan dan kekurangan dalam menguruskan kerajaan akan mudah di terima oleh rakyat kerana mereka tahu hati budi dan sikap pemimpin mereka secara dekat. Maksudnya ahli dan rakyat sentiasa mendapat maklumat lebih cepat dan langsung dari pemimpin, sekaligus segala maklumat yang tidak benar tersebut dapat diperbetulkan dengan segera.

Hakikatnya, tarbiyyahlah yang akan mendedahkan ahli PAS kepada Taswwur Islam yang syumul, memberikan mereka kekuatan hujjah sehingga mereka iltizam dengan jamaah, mendidik rohani mereka agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, sumber kemenangan perjuangan. Tarbiyyahlah yang akan melonjak mereka untuk berani kehadapan dan berjihad mempertahankan Islam.

Sungguh indahnya…. Setelah PAS menjadi peneraju kerajaan Kedah, tarbiyyah menjadi agenda yang disegerakan untuk dinikmati oleh ahli-ahli PAS dan rakyat. Saya kira, melaksanakan program tarbiyyah lebih mudah dari menguatkuasa jualan arak dan judi kerana ia tidak memerlukan kepada pengkajian dari aspek undang-undang dan sebagainya. Cukup sekadar pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan ataupun parti mahu komited menjalankannya.

Semoga kita sama-sama memperkasakan program tarbiyyah dalam PAS, khususnya di negeri Kedah ini.

PAS SEDIA PERTIMBANGKAN CALON PILIHAN BLOGGER


Sejak berita kekosongan kerusi Parlimen Kuala Trengganu tersebar dalam media online dan media arus perdana, jari jemari saya sudah rasa gatal nak menulis tentang PRK Kuala Trengganu dan calon PAS. Tujuannya bukan apa, sekadar nak memberi pandangan dari luar kepada pemimpin dan PAS itu sendiri.

Keterbukaan PAS

Antara pemimpin PAS paling awal mengemukan calon sesuai untuk bertanding ialah Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau mencadangkan nama Hj. Mohammad Sabu, Naib Presiden PAS sebagai calon paling sesuai bertanding. Candangan Mursyidul Am disokong oleh Dewan Muslimat PAS Pusat dengan hujah yang bernas dan boleh dipertimbangkan oleh semua pihak.

Namun, bila Tranugkite pagi ini saya merasa terharu apabila membaca sebuah artikel yang menyiarkan kenyataan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul hadi Awang tentang cadangan menamakan calon PAS yang akan bertanding.

Menurut Hj Hadi, pemilihan calon yang benar-benar sesuai, adalah faktor yang paling penting dalam usaha mereka merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN). Kita akan lihat semua termasuk pandangan daripada penulis blog, malah surat layang juga kita akan lihat sebelum menentukan calon," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Keterbukaan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam menerima pandangan pemilihan calon PAS bagi PRK Kuala Trengganu pada Januari depan amat dihargai. Keterbukaan Presiden PAS tersebut, merupakan langkah baik dan bijaksana, sekaligus memperlihatkan sifat PAS yang sentiasa menghormati dan terbuka dalam menerima apa jua pandangan, walaupun dari pihak yang tidak rapat dengannya.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian Datuk Razali Ismail, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, 28 Nov lepas.

Utamakan Calon Pilihan Pemimpin dan Organ PAS

Sejak isu PRK Kuala Trengganu bermula pelbagai nama calon telkah dikemukan samada oleh tokoh-tokoh penting dalam parti ataupun organ parti. Umpamnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS membuat cadangan supaya PAS meletakkan Hj. Mohammad Sabu, Naib Presiden PAS juga calon PAS yang bertanding di Parlimen Kuala Trengganu pada PRU 12 lalu sebgai calon. Begitu pula Dewan Pemuada PAS Trengganu mencadangkan supaya parti mempertimbangkan muka baru dari kelompok pemuda iaitu seorang usahawan dan prof madya sebuah universiti tempatan. PAS Kawasan Kuala Trangganu pula mahukan Syed Azam Syed Nawawi sebagai calon kerana telah menjadi Ahli Parlimen Kuala Trengganu pada tahun 1999 lalu. Ada juga yang mencadangkan pemimpin senior PAS Trengganu iaitu Hj Wan Mutalib Embong dan Dato Mustaffa Ali sebagai calon Parlimen.

Jika kita di tanya dan diberi peluang lagi, siapa yang sesuai menjadi calon sehingga hari penamaan calon sudah pasti lebih ramai lagi nama-nama yang akan dikemukan, masing-masing akan membawa hujah untuk menyokong cadangan tersebut.

Inilah kelebihan PAS iaitu sebuah Jemaah Islam yang tulen di Malaysia. Ramai calon yang boleh dikemukakan apabila berlaku suatu Pilahanraya Kecil. Semua nama-nama calon yang dikemukan memiliki keisitimewaan masing-masing. Prinsip asanya ialah semua mereka iatu adalah ahli PAS yang terbukti istiqamah dengan perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS. Pelbagai halangan, ujian, tekanan dan cabaran dalam kehidupan duniawi ini telah mereka tempuhi dengan sabar.

Contohnya Hj Mohammad Sabu telah melalui ujian perjuangan dengan merengkok 2 kali ke dalam Tahanan ISA. Syed Azman pula sanggup melepaskan jawatan dalam kerajaan semata-mata kerana menerima arahan dan keputusan jemaah supaya bertanding dalam PRU 10 (1999) lalu. Nasib baik menang. Kalau tak menang, jawabnya Syed Azman susah juga untuk melayari kehidupan duniawi ini. Apatah lagi tokoh lama PAS seperi Dato Mustaffa Ali dan Dato Wan Mutalib, mereka adalah antara tulang belakang PAS Terengganu sejak tahun 80an yang banyak telah menyumbangkan khidmat dari segi masa, kewangan, tenaga dan buah fikiran kepada PAS.

Calon Bukan Kemenangan Mutlak Kepada PAS

Perlu diakui bahawa calon bukanlah faktor mutlak menjamin kemenangan PAS dalam PRK Kuala Trengganu. Fakta dan postmorterm yang di buat oleh PAS setiap kali menyertai Pilihanraya jelas menunjukkan bahawa factor-faktor yang menjadi penyebab tewasnya calon PAS adalah disebabkan oleh perjalanan sistem Pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR itu sendiri. Di samping peranan media pro UMNO/BN yang berat sebelah, penggunaan jentera kerajaan, ugutan kepada penggundi dan banyak lagi yang tidak perlu diulas lagi di sini.

Namun, dalamPKR Kuala Trengganu kali ini peluang cerah untuk PAS menang kerana masalah dalaman yang berlaku dalam UMNO dan rakan-rakan dalam BN yang menjadi jentera mereka setiap Pilahanraya. Umum ketahui bahawa, UMNO Trengganu yang di pimpin oleh Ahmad Said menghadapi masalah dalaman ekoran perlantikannya sebgai Menteri Besar dan juga campurtangannnya dalam proses pemilihan AJK UMNO peringkat bahagian yang baru berlalu. Persaingan menonjolkan calon UMNO tajaan dari kumpulan masing-masing yang melibatkan dari peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat UMNO Malaysia sudah pasti menjadi halangan sukar kepada UMNO mendapat sokongan bulat dari seluruh ahli-ahlinya.

Oleh itu, PAS mesti mengambil kesempatan dari kekalutan dalaman UMNO ini secara maksima, jika mahu pengundi UMNO dan pro UMNO mengundi calon yang akan diletakkan di situ nanti. Kebijaksanaan dan strategi tepat mendekati ahli-ahli UMNO mesti diutamakan. Sejarah Pilihanraya sejak tahun 1990 telah membuktikan bahawa jika ada perpecahan dalaman UMNO ia memberi kelebihan kepada PAS. Jentera PAS mesti melihat perkembangan dalaman UMNO sebagai senjata ampuh paling utama untuk mereka melemah dan mengalahkan calon UMNO.

Namun tidak dapat dinafikan peranan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat juga perlu diberi perhatian. DAP dan PKR harus mturunkan semua kepimpinan parti mereka terutama yang sudah memegang jawatan dalam kerajaan. Kehadiran mereka bukan sekadar menaikan semangat dan motivasi pada jentera parti, malah akan membuka minda pengundi di sana yang mungkin pernah mendekati dan mengenali kepimpinan PR dari dekat.

Pandangan MB Kedah yang mengatakan bahawa PRK Kuala Trengganu sebagai ukuran PAS dan PR menelurkan anak sulongnya selepas PRU 12 lalu amat menarik jika ia dapat dijayakan. Keputusan PRK Kuala Trengganu akan merubah bentuk pemikiran dan lanskap politik dalam negara pada masa-masa mendatang.

BLOGGER : Calon PAS Pilihan Blogger Ialah …..

Mengambil kesempatan di atas keterbukaan Presiden PAS kepada mana-mana pihak untuk menamakan calon PAS yang akan bertanding, maka saya menggariskan criteria calon yang wajar dipertimbangkan, iaitu :-

Calon PAS tersebut mestilah seorang ahli PAS tulen yang telah terbukti istoqamah kepada perjuangan Islam.

Calon PAS yang memiliki tassawur Islam dan perjuangan Islam yang jelas.

Calon PAS yang diyakini mampu mempertahankan matlamat, cita-cita dan tujuan perjuangan PAS.

Calon PAS yang tidak akan menimbulkan masalah apabila menang nanti kerana kelemahan dirinya, sekaligus membawa fitnah kepada PAS dan Islam pada masa akan datang.


Oleh itu, biarlah siapapun calon yang akan diputuskan oleh Majlis Syura PAS, asalka ia seorang calon PAS tulen yang memiliki kriteria di atas. Ahli PAS harus berlapang dada menerimanya. Ingatlah….. bukan calon yang ingin kita menangkan, sebaliknya adalah PAS kerana ia sebuah Jemaah Islam yang bercita-cita melaksanakan hukum-hukum Allah SWT di dalam pemerintahan negara ini.

PRK Kuala Trengganu akan mengukur sejauh mana tema Muktamar PAS Pusat iaitu PAS UNTUK SEMUA boleh di terima ataupun sebaliknya.

Tuesday, December 16, 2008

BERSANGKA BAIK KEPADA PEMIMPIN


AHLI PAS KEDAH WAJAR BERSABAR

Tahun 2008 akan menutup tirai tidak beberapa hari lagi. Ertinya umur kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulalu Pinang, Perak dan Selangor sudah mencecah 9 bulan. Kalau wanita yang mengandung, sudah hampir melahirkan anak. Nikmat berumahtangga sudah dirasai oleh pasangan tersebut. Kemuncak perkongsian kehidupan itu akan bermula apabila menunggu kelahiran anak yang pertama. Di saat penantian tersebut, mengundang pelbagai perasaan. Gembira ada, takutpun ada. Apupun yang dipohon kepada Yang Maha Esa ialah supaya ia berjalan dengan sempurna dan melahirkan zuriat yang sempurna.

Berbalik kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat mengundi parti-parti yang terlibat (PAS + PKR + DAP), dalam tempoh yang dilalui pelbagai peristiwa pahit - manis, suka – duka dan pro – kontra telah mewarnai sistem pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dari pengamatan secara rambang, Kedah menjadi negeri Pakatan Rakyat yang banyak diberi tumpuan dan perhatian oleh ahli-ahli PAS. Kerana apa ?

Jawapannya ialah Kedah diterajui oleh seorang Menteri Besar yang berkedudukan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah. Lebih mudah difahami bahawa Kedah diterajui oleh PAS dengan kerjasama PKR. Segala bentuk, corak dan warna dalam sistem pentadbiran, pengurusan ataupun pemerintahan negeri Kedah ia akan mencerminkan PAS.

Apa sangat yang menarik memperkatakan tentang pemerintahan oleh PAS ini. Jawapannya juga mudah… Iaitu PAS adalah sebuah Jemaah Islam yang mendasarkan cita-cita menegakkan sebuah pemerintahan Islam yang didalamnya berjalan hukum-hukum Islam. Kerana cita-cita Islam inilah, ahli-ahli PAS sentiasa melihat, memantau dan juga ikhlas menegur, mencadang ataupun mengkritik kerajaan Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak.

Di antara kelompok ataupun golongan yang sering menegur, mengkritik ataupun vokal terhadap kepimpinan Ustaz Azizan ialah Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat, PAS Kawasan, ahli-ahli dan aktivis PAS, tidak keterlaluan jika dikatakan dari seluruh negara.

Mengapa mereka begitu….itupun mudah dijawab.

Pertama, kerana mereka mahu Kedah menjalankan pemerintahan yang mengamalkan prinsip-prinsip yang bukan sekadar memiliki roh Islam tetapi lebih objektif terhadap perkara berkaitan hukum Islam yang melibatkan kehidupan rakyat dan masyarakat yang pelbagai kaum, ugama dan budaya di negeri ini. Kerana itulah isu judi, arak, karaoke, kelab malam, cyber café, pesta dan hiburan menjadi topik hangat diperkatakan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika menyampaikan ucapan di Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di Ipoh beberapa bulan lalu telah memberi suatu keyakinan kepada ahli-ahli PAS bahawa misi membanteras penjualan arak secara terbuka dan judi menjadi teras utama Dewan Ulama PAS Pusat dalam usaha membendung gejala tidak sihat itu di seluruh negara terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan “Kita perlu kawal penjualan arak dengan menghadkan permit-permit penjualan hanya kepada orang bukan Islam sahaja. Garis panduan khusus harus dikeluarkan terutamanya yang berkaitan dengan pembukaan premis-premis penjualan arak di kawasan penduduknya yang terdiri daripada masyarakat bukan Islam,”

Memahami kenyataan Ketua Dewan Ulamak, antara penyebab yang mendorong ahli-ahli PAS di mana jua peringkat mahu kerajaan Kedah menyegerakan penguatkuasa dan kawalan jualan arak (alkohol), maupun judi di negeri ini. Apatah lagi, gejala ketagihan arak dan budaya judi (judisme) yang semakin menjadi-jadi seperti tiadanya sebarang usaha ataupun iltizam pihak kerajaan negeri untuk mengatasi gejala buruk yang haram di sisi Islam ini. Sehingga berlaku penjualan arak di kedai 24 jam (7-Eleven) yang begitu mudah didapati pada bila-bila masa oleh pelajar-pelajar sekolah berketurunan Melayu/Islam dalam negeri ini.

Isu arak menjadi polimek politik dan mainan oleh UMNO/BN, sehingga ahli-ahli PAS rasa terpukul dek kerana sikap kerajaan negeri berhubung perkara ini. Hakikatnya, ahli-ahli PAS yang lebih rapat berdamping dengan rakyat menjadi mangsa mainan politik, sekaligus boleh mengoyahkan tahap sokongan mereka kepada kepimpinan dan kerajaan Pakatan Rakyat. Soal kefahaman tentang hukum arak seperti mana ajaran Islam dikalangan ahli-ahli PAS tidak perlu dipertikaikan lagi.

Oleh itu, persoalan arak, judi, hiburan yang merosakkan akhlak umat Islam di negeri Kedah akan terus diperkatakan oleh ahli-ahli PAS, selagi mana tiada penguatkusaan, kawalan ataupun garispanduan yang boleh menyenangkan hati mereka.

Kedua, Kelantan telah membuktikan bahawa kerajaan PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar telah berjaya menjalankan ‘reformasi dalam pentadbiran Kelantan’ yang selaras dengan kehendak ajaran Islam. Berikut disenaraikan sehagian dari pencapaian kerajaan PAS Kelantan mempertingkat syariat Islam di negeri tersebut.

Pengharaman judi dikuatkuasa pada 1hb. Januari 1992,
Menutup kelab-kelab malam,
Menghapus kegiatan pelacuran,
Menggalakkan dan menguatkuasa etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan,
Pengawalan kedai gunting - elak wanita bergunting lelaki,
Menyusun penjualan arak mulai 1hb. Julai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel-hotel, restoran-restoran ataupun kedai-kedai makan. Orang bukan Islam boleh minum di rumah-rumah kediaman mereka ataupun tempat-tempat yang bukan tempat awam,
Pengasingan Kaunter bayaran untuk lelaki dan wanita di semua pusat membeli belah, Menutup pusat hiburan, permainan snooker dan billiard,
Membanyakkan papan tanda berunsur dakwah, berpandukan ayat al-Quran dan doa, Melarang papan tanda (iklan) yang memperagakan wanita dan yang bercanggah dengan Islam,
Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993),
Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri berteraskan prinsip Islam 1998,
Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri.1998 yang mengutamakan nilai-nilai keIslaman
Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri 1998 yang berprinsipkan Islam.


Oleh kerana, kerajaan Kelantan dipimpin oleh PAS, maka ahli-ahli PAS Kedah beranggapan bahawa sewajarnya kerajaan Kedah mencontohi apa yang telah dilaksanakan di sana. Bagi ahli-ahli PAS ialah mengambil contoh, metod dan garispanduan yang di buat di Kelantan sudah memadai.

Pandangan itu ada asasnya. Ini kerana, kerajaan Kelantan adalah kerajaan PAS tulen. Dulu pencermah PAS menwar-warkan tentang program-program Islam yang telah berjaya diterapkan di negeri tersebut supaya pengundi ataupun rakyat dapat melihat kesungguhan PAS melaksanakan cita-cita Islam dalam pemerintahan.

Meniru apa yang dilaksanakan oleh Kelantan adalah jalan pintas untuk memudahkan perlaksanaan, kawalan maupun penguatkusaan perkara yang dibangkit. Namun tidak dinafikan sedikit sebanyak ada perbezaan rakyat, masyarakat, pengundi antara Kedah dan Kelantan yang mungkin terpaksa dipertimbangkan dalam perlaksanaan tersebut. Tetapi langkah kea rah tersebut mesti dimulakan dan ketahui oleh ahli-ahli PAS.

Hanya memberi jawapan atau meminta ahli-ahli PAS harus bersabar dan memberi perbandingan tempoh masa pemerintahan antara Kedah dan Kelantan serta canangkan tempoh umur kerajaan Kedah yang baru 100 hari, 6 bulan, 9 bulan, 2 tahun atau sepenggal tidak boleh di terima bulat-bulat. Sebab dalam perkara lain, umpamanya cadangan untuk membeli kereta baru bagi kegunaan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri boleh di buat, walaupun akan dilakukan apabila kedudukan kewangan ataupun ekonomi kerajaan negeri baik.

Jadi, tidak salah jika kerajaan negeri Kedah boleh mengumumkan langkah-langkah berkaitan isu arak, judi, hiburan dan lain-oain yang berkaitan hukum Islam supaya ahli-ahli PAS dapat merasakan ia sedang diusahakan, walaupun terpaksa menunggu 6 bulna, setahun ataupun sepenggal pemerintahannya. Mudahlah ahli-ahli PAS untuk berdepan dan menjawap kepada rakyat bawahan yang pro PAS atau yang mengundi PAS kerana yakin dengan janji-janji mahu mentadbir kerajaan secara Islam.

Ketiga, berkemungkinan juga ahli-ahli PAS tiada maklumat tepat dan terkini tentang apa yang sedang dan akan di buat oleh kerajaan. Setakah paparan melalui Warta Darulaman dan Harakah tidak memadai. Nak harapkan Metro ataupun media arus perdana banyak yang mengelirukan. Kalau adapun liputan Sinar. Itupun cerita-cerita ataupun berita bersifat social semata-mata.

Hakikat yang perlu disedari oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan negeri ialah sudah menjadi stigma yang melekat dipemikiran ahli-ahli PAS bahawa konsep pemerintahan yang ingin dijalankan ialah ‘Parti Menjaga Kerajaan’. Maksudnya, parti berperanan untuk turut terlibat dalam menentukan polisi, garis panduan ataupun dasar dalam pemeritahan kerajaan negeri. Kelantan di awal pemerintahannya diwujudkan Jawatankuasa Pemandu dan umum tahu siapa yang terlibat. Tujuannya nak memberi keyakinan bahawa perjalanan kerajaan negeri adalah dipertanggunjwabkan secara langsung oleh parti PAS.

Namun, sikap dan prasangka kepada ahli-ahli PAS yang tidak paham tentang pentadbiran dan sistem pemgurusan kerajaan menjadi punca terjadinya suk-sik-suk-sik….sana-sini.
Dalam reaksi ahli-ahli PAS berhubung penguatkuasaan, kawalan serta sistem pentadbiran Islam di negeri Kedah, Menteri Besar Kedah sewaktu berceramah di Kompleks PAS Kedah bersama Menteri Besar Perak telah menjelaskan bahawa berikan masa dan ruang kepadanya untuk merealisasikan akan permintaan ahli-ahli PAS dan beliau amat sedar apa yang hangat diperkatakan sekarang ini serta memohon supaya ahli bersabar dan bertenang.

Sambil Dato Seri Ustaz Azizan turut mengakui yang KELANTAN telah melaksanakan akan undang-undang berkaitan ini. Perbezaan Kelantan dan Kedah adalah dari segi masa, di mana beliau berkata.. Kelantan sudah 18 tahun memerintah dan Kedah hanya baru 9 bulan. Banyak perkara dan undang-undang yang perlu diteliti dan dikaji terlebih dahulu. Harus di ingat perbezaan 9 bulan dengan 18 tahun dan bandingkan pula dengan 51 tahun dibawah BN. Jika 51tahun boleh bersabar..jadi bersabarlah..

Insya'allah perkara ini akan selesai juga suatu hari nanti, ujarnya untuk meredakan keresahan ahli-ahli PAS di Kedah dan seluruh Negara.

Sebagai ahli PAS saya lebih selesa mengambil pendirian sentiasa menyokong dan bersama kepimpinan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jika saya diberi peluang untuk menentukan sikap terhadap perkara perkara yang sedang berbangkit di atas, saya akan memilih kaedah iaitu bersangka baik kepada pucuk pimpinan parti dan kerajaan Kedah. Anggaplah apa yang sedang dilakukan oleh mereka adalah di atas dasar usul – Fiquh Aulawiyyat yang mereka lebih mengetahui dan kita berada di pihak yang ketinggalan dan naif dalam ilmu ini.

Wallahu allam

Monday, December 15, 2008

PERINGATAN KEPADA ULAMA DAN WAKIL RAKYAT


ULAMA DAN WAKIL RAKYAT WAJAR MENGHAYATI AMANAT DUA PEMIMPAN UTAMA PAS

AMANAT AL-MARHUM PROF ZULKIFLI MUHAMMAD


Prof Zulkifli Muhammad adalah merupakan pimpinan PAS tulen yang telah mengorbankan seluruh kehidupannya kepada perjuangan Islam melalui wadah PAS di negara ini. Beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 6 Mei 1964 dekat Pekan Kuantan semasa perjalanan ke Kuala Kangsar iaitu selepas menyampai ucapan kepada wakil-wakil rakyat PAS Kelantan yang telah memenangi Pilihanraya tahun 1964

Ucapannya telah dijadikan sebagai ‘Amanat Zulkifli Muhammad’ oleh penulis Amaluddin Darus yang telah membukanya pada tahun 1981 iaitu 16 tahun setelah beliau menemui PenciptaNya.

Antara lain beliau menegaskan,

“Inilah saudar-saudara (wakil rakyat), kedudukan kita pada hari ini, satu kedudukan yang sungguh dan benar. Satu kedudukan yang bukan dibuat-buat. Tetapi satu kedudukan yang memang kita kehendaki keda Tuhan berikan kepada kita. Makan janglah kita lepaskan peluang ini dengan lengahan dan kelalaian, dengan kecuaian dengan lupa apa yang ada pada diri kita ini, dan menjadikan apa yang didapati sebagi satu nikmat yang hanya datang dari langit. Sebab kita saudara-saudara akan menghadapi Tuhan. Marilah kita jadikan kesungguhan sebagai motto hidup kita. Marilah kita jadikan perjuangan Islam tidak kerja main-main, tidak kerja pilihanraya bahkan tidak kerja Persatuan SeTanah Melalu tetapi kerja kita sebagai seorang Islam yang telah mendapat nikmat dari Tuhan bahawa kita dipercayai oleh rakyat untuk menjalankan tugas – tugas yang ditetapkan oleh Tuhan”.


"Kita tidak kurang tukang angguk, kita tidak kurang tukang geleng, tapi kita kurang orang yang nak membuat apa yang sudah diangguk, orang yang mencegah apa yang sudah digeleng."


"Lantikan (Exco, Wakil Rakyat dan Penjawat Kerajaan) inilah tempat-tempat ini subur dengan kuman-kuman yang membawa sengketa kepada kita apa yang akan kita buat diwaktu kita menghadapi ini semua yang akan kita buat adalah berpegang kepada keikhlasan kita, menyucikan tujuan kita kepada pelaksanaan dasar partai kita dan mengenepikan sebagang kepentingan yang lain dari itu."


Semoga boleh dijadikan panduan dalam mentadbir kerajaan negeri.

AMANAT ALMARHUM USTAZ FADZIL MOHD NOOR

Almarhum Dato’ Hj Fadzil Mohd Noor adalah Presiden PAS dan Ketua Pembangkang yang amat disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. Kebijaksanaannya menguasai pergolakan politik dalaman UMNO pada tahun 80an telah membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (PAS + S46) dan tahun 90an melahirkan Barisan Alternatif (PAS + DAP + ADIL).

Walaupun sibuk dengan kerja-kerja sebagai wakil rakyat dena Ketua Pembakang, beliau tidak pernah melupakan tanggungjwab dan peranannya untuk memajukan PAS yang menjadi wadah perjuangan Islam di Negara ini. Para ulama dan peranan mereka sentiasa diberi perhatian yang serius.

Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor telah kembali bertemu Rabb, pada 23 Jun 2002. Beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang menyerangnya, susulan daripada pembedahan koronari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10.30 pagi.

Dalam Ucapan Dasar Presiden 2002 (Terakhir) di Muktamar di PUTIK Kelantan, al marhum Ustaz Fadzil Mohd. Noor, beliau menyebut tentang peranan ulama.

Katanya,

Demi menjaga imej ulama, maka saya mengulangi seruan supaya ulama tampil dengan kehebatan menggali khazanah ilmu, menekuni dan menyelidiki perkara yang melibatkan keseluruhan masalah masyarakat, dan membuat ijtihad atas perkara-perkara yang perlukan pandangan terkini, termasuk dalam aspek politik, sosial, ekonomi dan muamalat. Ulama mesti memimpin masyarakat agar dapat keluar daripada kemelut kehidupan ini, dengan keyakinan bahawa setiap apa yang kita lakukan itu adalah benar dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.'

Catatan ucapan kedua-dua tokoh dan pemimpin PAS ini boleh menjadi pandaun kepada semua wakil rakyat dan ulama yang masih hidup pada hari ini. Ingatlah bahawa kita semua akan bertemu Allah SWT kelak.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan menempatkan kedua-dua pemimpin PAS ini dikalangan orang yang soleh. Al-Fhatihah

Sunday, December 14, 2008

PAS TEGUH ATAS ORBIT ISLAM


JAWAPAN TULISAN MAT SALLEH : "PAS MASIH TAK SEDAR RAHMAT TUHAN"

JIKA Mat Saleh secara terbuka dan ikhlas mengakui dirinya adalah seorang pendokong dan aktivis PKR, maka saya juga suka mengisyitiharkan diri sebagai ahli PAS sejak tahun 1985 iaitu di era permulaan kebangkitan kepimpinan ulama oleh PAS.

Tulisan Mat Salleh bertajuk ‘PAS Masih Tidak Sedar Rahmat Tuhan’, nampaknya membawa banyak maksud. Jika tulisannya berniat memberi pandangan ataupun nasihat kepada mana-mana pihak yang disebut olehnya, tak rugi kalau dirakamkan ucapan penghargaan. Sebaliknya jika ia berniat membuat polimek maka banyak perkara yang perlu diperjelaskan kepada Mat Salleh supaya sikap, pandangan, tindakan dan tulisannya tidak memberi kesan pemikiran serta persepsi negatif kepada pembaca lain.

Dalam artikelnya ‘PAS Masih Tidak Sedar Rahmat Tuhan’ yang disiarkan oleh Kedahlanie banyak perkara yang dibangkitkan tidak disandarkan kepada fakta yang tepat. Umpamanya isu rombakan kepimpinan kanan PAS Selangor yang dikaitkan dengan proses pembersihan pemimpin PAS pro Anwar serta tak sehaluan dengan Presiden Parti iaitu YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Mat Salleh menggambarkan PAS sebagai parti perkauman (chauvanis). Mendoktrinkan ideologi Anwarisme sebagai factor kemenangan PAS dalam pilihanraya dan menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS mengenepikan rakyat bukan Islam bagi merelevenkan tajuk artikelnya iaitu “PAS Masih Tidak Sedar Rahmat Tuhan”.

Seseungguhnya Mat Salleh tidak tahu apa yang cuba hendak disampaikan, sekaligus keliru dengan pegangan perjuangan apabila menyertai PKR. Lebih malang, ia menimbulkan polimek yang boleh mengelirukan pembaca yang tidak tahu hujung pangkal isu yang ditulis olehnya. Oleh itu, sedikit ulasan yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca berhubung tulisan Mat Salleh tersebut.

PERGOLAKAN PAS SELANGOR

Bagaimana Mat Salleh begitu yakin bahawa PAS Selangor sedang bergolak. Adakah ia mendapat sumber dari dalam parti ataupun orang yang terlibat memberitahu kepadanya ataupun ia di terima bulat-bulat dari laporan media arus perdana ?

Apakah dengan rombakan jawatan lantikan dalam parti iaitu Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Penerangan PAS Negeri dianggap berlaku pergolakan dalam parti ?

Gerangan apakah yang mendorong Mat Salleh begitu yakin bahawa rombakan kepimpinan PAS Selagor sebagai proses penghukuman kepada mereka (YB Khalid Samad dan YB Shaari Sugip) yang pro Anwar.

Soal berlakunya perubahan jawatan ataupun rombakan dalam kepimpinan PAS samada di Selangor ataupun di mana-mana parti politik bukanlah merupakan perkara ganjil ataupun disebabkan ada perpecahan dalaman semata-mata. Ia proses biasa. Perlu difahami bahwa jika rombakan tersebut boleh memberi kebaikan serta menguntungkan perjuangan maka perkara ini wajar dilakukan oleh mana-mana pemimpin termasuklah PAS, PKR, DAP maupun UMNO.

Melihatkan rombakan kepimpinan PAS Selangor sebagai berlakunya perpecahan ataupun proses pembersihan pemimpin PAS yang pro Anwar adalah tidak berbangkit dan bersifat prejudis semata-mata.

Dalam kes Pesuruhajaya PAS Negeri Selangor , Dato’ Dr. Hassan Ali melantik Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Penerangan baru bagi menggantikan YB Khalid Samad dan Shaari Sugip, perlu diiktiraf sebagai penyusunan struktur organisasi PAS mengikut keperluan dan keadaan semasa. Ia tidak dilakukan secara veto ataupun bertujuan untuk menjaga kedudukan Pesuruhjaya ataupun hasil kejayaan provokasi UMNO/BN untuk melemahkan saf kepimpinan PAS. Namun tidak dinafikan bahawa pihak musuh akan mencipta isu dari tindakan ini sehingga orang yang berfikiran seperti Mat Salleh boleh menerima tohmahan ataupun dakwaan berlakunya perpecahan dalaman parti.

Isu pokok yang cuba dibangkitkan iaitu ia adalah tindakan membersihkan pimpinan PAS yang pro Anwar dan tak sehaluan dengan Hj. Abdul Hadi Awang juga merupakan tuduhan liar dan tidak paham realiti. Oleh itu, Mat Salleh perlu menyelidiki bahawa adakah betul YB Khalid Samad adalah pemimpin PAS Yang pro Anwar seperti yang difikirkan ?

Di sini, dicatatkan kenyataan YB Khalid Samad berhubung sikapnya terhadap Anwar seperti yang disiarkan di salam blognya.

"Saya telah lama kenal Anwar dan saya tidak pernah menjadi pengikutnya. Walaupun saya hormat dia dan saya bersetuju dengan apa yang dia sedang usahakan. Saya kenal Anwar semenjak saya di UK dulu, dia memimpin ABIM dan saya salah seorang dari pemimpin Suara Al-Islam. Saya balik ke Malaysia saya tak masuk ABIM dan saya masuk PAS. Tidak pernah tinggal PAS dari tahun 1983. Saya menyertai PAS dan Anwar ada masuk BN keluar BN dan sebagainya. Saya bukan Pro Anwar, Saya Pro Pakatan Rakyat..."

Ingin ditegaskan bahawa pahaman yang mengatakan rombakan ataupun penyusunan kepimpinan yang melibatkan jawatan lantikan oleh parti sebagai berlakunya pergolakan dalaman, ia adalah bentuk pemikiran dari pengaruh gaya dan taktik politik dalam acuan UMNO/BN. Umum sememangnya mengetahui bahawa parti perkauman UMNO/BN mereka menggunakan kaedah ini untuk menyelamatkan kendudukan mereka dalam politik. Sebaliknya, PAS menjunjung konsep kepimpinan beroganisasi berasaskan kepada wala’ dan syiqah.

Lebih parah lagi rombakan kepimpinan PAS Selangor dianggap sebagai penyingkiran pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang. Sekaligusnya membuka pekung pihak yang berkenaan bahawa tidak mengenali watak, karisma dan kewibawaan Presiden PAS tersebut. Pada hal Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang merupa pemimpin Gerakan Islam yang tersohor dan dihormati di peringkat antarabangsa serta rakan-rakan dalam Gerakan Islam seluruh dunia.

KELANTAN : KEMAMPUAN PAS MEMERINTAH

Pandangan yang mengatakan bahawa PAS mungkin terpengaruh dengan taktik UMNO untuk melaga-lagakan kepimpinan PAS dan PKR yang kononnya taksub dengan ideologi mengislamkan Malaysia secara total dengan mengenepikan tanggungjawab kepada penduduk bukan Islam di negara ini adalah keliru dan kurang tepat.

Jika Mat Saleh boleh berfikir secara rasional dan membuka mata seluas-luasnya bahawa sejak Kelantan di tadbir oleh PAS sejak tahun 1990 hingga ke hari ini, tidak adapun sebarang tindakan samada dalam bentuk politik, undang-undang serta layanan oleh pemimpin PAS dan kepimpinan kerajaan negeri yang bersifat mengenepikan rakyat bukan Islam di negeri itu. Ataupun ada laporan yang mengatakan rakyat bukan Islam di negeri Kelantan membuat bantahan, demonstrasi, memorandum ataupun laporan polis yang mensabitkan tindakan mengenepikan hak-hak mereka sebagai rakyat di negeri tersebut.

Sebaliknya umum ketahui bahawa kepimpinan ulama di Kelantan yang diterajui oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar telah memberi layanan istimewa kepada rakyat bukan Islam dengan sebaik mungkin. Ramai yang ketahui bahawa mereka amat senang dan kagum dengan sikap kerajaan Kelantan yang menjaga kebajikan mereka. Sebagai contoh, di musim perayaan Hari Raya Aidil Fitripun rakyat bukan Islam, khususnya golongan warga emas telah diberikan sumbangan sama seperti warga emas beragama Islam di negeri tersebut.

ANWAR : POLITIK MASA LALU

Permulaan pemerintahan PAS di Kelantan ialah pada tahun 1990, apabila berkerjasama dengan Parti S46. Di mana, ketika itu Anwar masih berada di dalam UMNO / BN yang menjadi musuh politik tradisi kepada PAS. Anwar secara langsung ataupun tidak langsung bersama-sama ketuanya Dr Mahathir Mohamed dan rakan-rakan kabinetnya menekan dan menganak-tirikan Kelantan. Sehinggakan geran peruntukan kerajaan Persekutuan kepada Kelantan dilambat-lambat.

Kewibawaan Tuan Guru Nik Aziz, sebagai Menteri Besar Kelantan diperkecil-kecilkan, kononya hanya sesuai menjadi Kadi untuk menguruskan hal ehwal berkaitan keluarga Islam semata-mata.
Doa ahli-ahli PAS dan rakyat yang majoriti orang Melayu dan Islam kepada Allah SWT supaya tekanan, sekatan dan sikap duoble standard pemerintah UMNO/BN kepada Kelantan dapat dihadapi oleh para pemimpin PAS dengan tabah.

Sejarah telah mengukirkan bahawa sehingga kini UMNO tidak lagi berjaya mengambil alih kerajaan Kelantan, walaupun pelbagai usaha dilakukan. Termasuk menabur duit kepada rakyat dan menyekat peruntukan hingga menjejaskan usaha untuk pembangunan negeri Sri Wan Kembang tersebut.

Kehebatan Kelantan adalah kerana wujudnya sefahaman dan gandingan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar dan juga para pemimpin lainnya. Mereka menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bijaksana berlandaskan nilai-nilai Islam yang syumul sejak tahun 1990 hinggalah ke hari ini. Inilah factor utama UMNO/BN sukar untuk mendapat kembali kuasa di negeri tersebut.

PAS : NEGARA ISLAM DAN GABUNGAN PEMBANGKANG

PAS yang meletakan dasar perjuangannya untuk mendaulatkan pemerintahan dan hukum Islam di negara ini seperti yang tercatat dalam Perlembangaan PAS, tetap akan meneruskan cita-citanya. Walaupun, ramai pihak yang merasakan ia tidak akan kesampaian ataupun sia-sia sahaja. Ataupun dikelirukan dengan mengatakan PAS sudah keluar dari landasan perjuangan Islam yang dilaung-laungkan selama ini.

Soal PAS bersahabat dengan parti pembangkang (PKR dan DAP) untuk meruntuhkan legasi UMNO/BN bukan bermakna PAS telah melupakan untuk memperjuangakan Negara Islam Malaysia.

Dalam politik Islam sesuatu pendekatan, strategi dan taktik boleh berubah mengikut kesesuaian masa. Ia dikenali sebagai syiasah syariyyah dan merupakan uslub yang releven dalam kontek pilihanraya dalam sebuah Negara yang terdiri pelbagai bangsa, agama dan budaya. Kelebihan PAS ialah kerana ia tepat mengambil pentunjuk dan rujukan yang sahih dari sumber Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW serta ijtihad para ulama haraki yang muktabar. Ia berbeza dengan pendekatan politik parti-parti lain di negara ini termasuk PKR.

Label PAS sebuah parti yang chauvanis adalah tersasar jauh dan memperlihatkan kedangkalan pemahaman tentang istilah ataupun maksudnya. PAS telah memulakan usaha dan perbincangan untuk membuka ruang kepada bukan Islam sejak awal tahun 1980an dengan penubuhan CCC dan kini telah diperkasakan dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS. Retreat para pemimpin PAS di Langkawi bulan November lalu secara tegas dan serius meminta supaya disegerakan pemerkasaan Kelab Penyokong PAS supaya dirasmikan setaraf dengan dewan-dewan seperti dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat.

Inilah bukti yang paling jelas bahawa PAS telah menerapkan nilai-nilai Islam dalam kerangka politiknya, sekaligus menjawap tohmahan pihak-pihak yang jahil tentang politik Islam yang di bawa oleh PAS.

REFORMASI DAN AL-MARHUM USTAZ FADZIL MOHD NOOR

Kebangkitan rakyat di awal tahun 2000 ataupunlebih tepat pada tahun 1999 adalah di atas usaha dan kebijaksanaan kepimpinan PAS, khusus Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor yang ketika itu menjadi Presiden PAS dan arkitek menubuhkan GERAK.

GERAK menjadi titik tolak kepada kebangkitan politik baru rakyat di Malaysia. Rakyat bersatu di bawah gagasan GERAK membela dan menuntut keadilan ke atas Anwar Ibrahim yang telah dizalimi oleh Mahathir, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Kebangkitan rakyat kerana marah di atas tindakan rakus, zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh pemerintah. Seluruh parti politik pembangkang dan NGO telah duduk semeja bersama Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor menubuhkan GERAK.

PAS menjadi platform rakyat untuk menyatakan bantahan dan simpati mereka kepada Anwar. Golongan reformis bersatu dengan GERAK dalam gerak kerja memperjuangkan nasib Anwar. Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melawar menjadi saksi ratusan ribu rakyat serta para pemimpin politik dan ngo berhimpun melancarkan penubuhan GERAK yang menjadi titik tolak perubahan lanskap politik di Malaysia.

Adakah ketika itu, PAS dianggap mengambil kesempatan dari populariti orang lain. Kesungguhan seluruh kepimpinan PAS bangun menyatakan simpati dan memperjuangkan Anwar yang seolah-olah sudah tidak punya peluang hidup lagi jangan dinafikan. Jangan cuba memutarbelitkan fakta dan menafikan sumbangan PAS dalam mengubah lanskap politik arus perdana. Tanpa PAS ketika itu, sukar untuk memobilasi kebangkitan rakyat.

PAS DAN PILIHANRAYA KECIL KUALA TRENGGANU

Timbalan Presedien PAS, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa juga selalu Pengarah Jawatankuasa Induk Pilahanraya Kecil Kuala Trengganu telah berkata dalam sidang media baru-baru ini bahawa, “ pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya Pakatan Rakyat, kerjasama antara PAS, Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dan DAP.
Malah menurutnya, jentera parti kini berada dalam keadaan siap sedia dan penyertaan PAS kali ini adalah bagi memenangi kerusi parlimen tersebut. Kita masuk untuk menang. Pilihan raya kecil ini adalah pilihan raya Pakatan Rakyat dan kita (PAS) mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat”.

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa PAS tidak perlu memikirkan alternatif dalam strategi menyertai Pilahanraya Kecil Kuala Trengganu samada bertanding dengan kekuatan sendiri ataupun berkerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. PAS yakin bahawa rakyat atupun pengundi dalam Parlimen Kuala Trengganu akan memilih calon yang akan diletakkan olehnya nanti. Faktor calon ataupun Anwar bukan jawapan yang akan mendominasi sikap dan perubahan rakyat di sana nanti. Sebaliknya bagaimana perjalanan pilahanraya itu sendiri yang dikuasai oleh SPR yang menjadi jentera UMNO/BN mengikut prinsip-prinsip demokrasi. Dalam erti kata bahawa parti yang akan bertanding boleh bermain ataupun berlawan di atas padang yang sama rata.

Kegagalan jentera parti membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut, sekalgus mengesan dan mengatasi tipu helah adalah lebih utama. Sesungguhnya, kehadiran Anwar hanyalah penyeri dan sebahagian dari sumbangan ke arah kemenangan tersebut.
MENANG ATAUPUN KALAH PAS TETAP BERSYUKOR KEPADA ALLAH SWT

Tidak wajar hanya melihatkan di sudut keberkesanan dan kelemahan di peringkat perlaksanaan kerajaan PAS di Kedah, Perak maupun Kelantan ada pihak yang menuduh PAS mengenepikan kaum bukan Islam ataupun ahli-ahli PKR. Kalau kita nak buat perbandingan ataupun melihat apa yang pemimpin PAS buat di Kedah dan Perak, memang jelas dari segi pembahagian kuasa kepada wakil rakyat PKR.

Di Kedah, sampai ada wakil rakyat PKR yang tak tahu cakap Melayu pun diberi jawatan sebagai Exco kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Kena beri bukan pasal apa, kerana nak menghormati dan membuktikana bahawa PAS adalah parti yang setia kepada sahabat. Begitu juga jawatan politik lain termasuk pembagian kerusi Senator, Ahli Lembaga Pengarah GLC dan Ketua Kampung yang sememangnya sudah melebihi dari sepatutnya. Tapi ini semua dilakukan, demi menjaga hubungan serta memenuhi tuntutan oleh PKR Kedah.

Di Perak, Menteri Besar awal-awal lagi telah memberi geran hak milik tanah kepada berpuluh ribu penduduk perkambungan baru yang didiami oleh orang-orang Cina. Hak mereka telah diabaikan oleh kerajaan UMNO/BN sejak sekian lama. Tapi, Menteri Besar Perak yang dari parti PAS telah menyelesaikan tuntutan ini, walaupun dalam temph tak sampai setahun menerajui kerajaan Perak.

Penutup

Yakinlah bahawa PAS akan terus mensyukuri rahmat dan pemberian Allah SWT samada di waktu menjadi pembangkang ataupun pemerintah. Ini kerana PAS akan berdiri teguh di atas orbit Islam sehingga hari Kiamat. Insya allah.

Saturday, December 13, 2008

IDEOLOGI ANWARISME OLEH JAMALUDIN MAT ALI


Betulkah Anwar menjadi faktor kepada kemenangan PAS dalam Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu pada Januari 09 akan datang ?

PILIHAN RAYA kecil Parlimen Kuala Terengganu

PILIHAN RAYA kecil Parlimen Kuala Terengganu bakal diadakan dalam bulan Januari ekoran kematian megejut Datuk Razali Ismail yang telah menang dengan majoriti tipis sebanyak 628 undi apabila menewaskan calon PAS Mohamad Sabu dan seorang calon bebas, Maimun Yusuf pada 8 Mac lalu.

Dijangkakan PR Kecil ini akan menyaksikan pertarungan hebat antara dua musuh politik bernuansakan agama dan bangsa iaitu PAS dan UMNO. PAS adalah parti politik yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. Sebaliknya UMNO pula adalah sebuah parti politik nasiolsime berbau perkauman yang lebih dahulu ditubuhkan dari PAS iaitu pada tahun 1946. Pelbagai sejarah politik telah dicipta oleh kedua-dua parti politik ini, sekaligus mewarnai pegangan politik dikalangan orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Perubahan politik dikalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini begutu ketara pada PRU 12 lalu. Di mana, kelihatan trend politik orang-orang Melayu yang sudah mula berani menolak UMNO dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Walaupun UMNO menafikan bahawa pengundi Melayu masih setia dengan partinya, cuma bangsa-bangsa lain khususnya India dan Cina sahaja yang menolak kerana terpengaruh dengan retorik Anwar Ibrahim selaku ‘de faktor’ PKR yang membawa sloga ‘Malaysia Harapan Baru’.

Berbalik kepada PR Kecil Kuala Trengganu pula, banyak pihak mengatakan PAS akan menang jika Anwar Ibrahim akan turun padang sepenuh masa di sana nanti. Sebab dan alasannya adalah mudah kerana Anwar adalah ikon politik rakyat Malaysia masa kini, merujuk kepada kemengan PAS Trengganu pada tahun 1999 adalah kerana simpatisme rakyat ke atas perlakuan zalim Mahathir ke atas Anwar. Jadi, undi tersebut adalah undi protes, sekaligus untuk mengajar keangkuhan, kesombongan dan kerakusan Mahathir serta UMNO/BN.

Memang…. Jika tidak diselidiki ramai yang menjangkakan bahawa batang tubuh Anwar menjadi faktor kepada kemenangan tersebut. Tetapi harus juga diingatkan bahawa kebijaksaan pimpinan PAS, khususnya Al-Marhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor mempelopori penubuhan GERAK bersama-sama parti-parti politik pembangkang lain (DAP dan PRM) dan NGO-NGO sehingga terbentuknya Baraisan Alternatif adalah gerak kerja politik sehingga mencipta kejayaan yang sangat cemerlang oleh pembangkang, khususnya PAS dalam PRU 10 tersebut.

Pihak yang mendakwa Anwar adalah faktor dominan kepada kejayaan PAS dalam PR Kecil Kuala Trengganu akan datang adalah bersifat provokatif dan amat keterlaluan serta menyimpang dari fakta tentang keistimewaan PAS. Sekaligus ia jelas mendukong fahamanan Anwarisme yang sangat memberhaya serta memberi kesan politik Malaysia jangka panjang yang akan merugikan umat Islam dan Melayu di Negara ini.

Jamaludin Mat Isa Pencetus Ideologi Anwarisme dan Provokatif

Jamaludin Mat Isa yang menulis artikel dalam Kedahlanie adalah pencetus fahaman Anwarisme dan bersifat provokatif. Ia membawa bentuk pemikiran yang jelas bersifat khurafat dan boleh menjejaskan imannya.

Tulisannya yang cuba cuba menafikan kelebihan, kekuatan dan kemampuan kepimpinan dan PAS merupakan tindakan provokatif dan buta halatuju politik di Negara ini. Di mana, fahaman ini seolah-olah meletakkan keyakinan bahawa Anwar sahaja yang boleh menarik sokongan dan keyakinan pengundi supaya menyokong ataupun memberi undi kepada calon PAS. Tanpa Anwar, calon yang akan PAS letakkan akan kalah tersungkor ke tangan UMNO.

Niatnya membangkitkan isu hubungan pimpinan PAS Trengganu iaitu Dato Mustaffa Ali dengan Anawar Ibrahim amat diragukan. Sehingga secara biadap mempertikaikan kemenangan PAS Trengganu pada tahun 1999 bukan kerana pengaruh kekuatan YB. Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS dan Mustafa Ali selaku Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, sebaliknya adalah faktur Anwar waktu itu yang memberi peluang PAS perintah Terengganu.

Lebih parah apabila Jamaludin Mat Isa cuba berhujah dengan mengatakan bahawa, “pada dasarnya perubahan sikap orang Melayu meninggalkan UMNO mengundi pembangkang bukan kerana kekuatan PAS. Tetapi, pengaruh Anwar Ibrahim. Sedikit sebanyak PAS harus berterima kasih kepada Anwar . Tanpa musibah yang menimpa Anwar pada tahun 1997/1998 hingga sekarang tidak mungkin kita manpu menafikan mojoriti 2/3 yang menjadi milik dominasi UMNO selama ini.

Anwar Ibrahim merupakan ikon politik besar yang mampu mencetuskan perubahan landskap politik negara. Anwar berupaya merentasi eleman perkauman dan bangsa. Kekuatan yang dimiliki Anwar ini menjadi faktor utama hala tuju politik pembangkang di negara ini. Tanpa kekuatan sepertimana yang diperlihatkan oleh Anwar saya percayai rakyat tidak yakin untuk bangkit mencetus reformasi perubahan.

(Sila rujuk artikel Kedahlanie oleh Jamaludin Mat Isa)

Namun di hujung tulisannya Jamaludin Mat Ali cuba meneutralkan ideolagi Anwarismenya dengan menulis

“Pada saya Anwar bukannya satu jaminan bagi mempastikan PAS memang di Kuala Terengganu. Tetapi, kita percaya mutakhir ini Anwar Ibrahim merupakan sesatunya pemangkin bagi mencetuskan perubahan sekaligus pencipta kejayaan. Kuala Terengganu misti memenuhi kehadiran Anwar bagi mengolah swing vote para pengundi di sana. Anwar Ibrahim yang berjiwa besar tiada akan terikut-ikut rentak tari Mustafa Ali yang tidak turun ke Permatang Pauh se waktu pilihan raya kecil bagi membantunaya dulu. Atas dasar permaufakatan dan jangan sesekali kita memperlihatkan kelemahan di saat-saat rakyat sedang memihak kepada kita”.

Walaupun peneutralan yang cuba disampaikan oleh pencetus ideologi Anawarisme tersebut, namun ia tidak akan mengubah persepsi ahli-ahli PAS bahawa ia telah menghina dan merendah-rendahkan kemampuan dan kredebiliti kepimpinan PAS yang memakai konsep dalam berkerja dan membuat keputusan secara syura’.

Penulis cuba menasihatkan kepada Jamaludin Mat Ali supaya meneliti semula pegangan ideologi Anwarisme dalam kerangka politiknya dikaji semula berakar umbi dari sumber yang yang lebih tepat supaya ia tidak menjadi amalan khurafat yang boleh menjejaskan imannya.

Sesungguhnya, kemenangan Pilahanraya Umum ataupun Pilahanraya Kecil di Malaysia bukan kerana ketokohan ataupun kehebatan Anwar Ibrahim, sebaliknya adalah kerana kesedaran rakyat di atas kebobrokan sistem pemerintahan UMNO/BN yang semakin disedari oleh rakyat serta kecemerlangan pemerintahan PAS di Kelantan yang menjadi alternatif aatupun contoh sebuah kerajaan kepada rakyat yang dambakan keadilan, keberkatan, kesejahteraan serta tidak KKN (kronisme, Korupsi dan Nepotisme).