Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak perlu jujur dan ikhlas bersatu bagi membawa negara keluar dari kemelut politik dan ekonomi yang sedang sama-sama kita hadapi dan tanggung sekarang. Ia bukannya sesuatu yang dibuat-buat, tetapi ia suatu realiti dan rakyat mengharapkan suatu jalan penyelesaian yang baik buat mereka dan negara.
Mengambil contoh kerajaan perpaduan pimpinan BJ Habibie di Indonesia pasca rejim Suharto, Tuan Guru Hj Abdul Hadi berkata, “Walaupun kerajaan (tanpa Pembangkang) itu tidak kekal lama, namun impaknya telah membawa suatu perubahan besar yang telah melonjak Indonesia kehadapan sehingga kini dalam sektor politik dan ekonomi serta perpaduan nasional, di samping mencetuskan pendemokrasian baru, kebebasan rakyat dan ketelusan yang terus dikecapi warga Indonesia sehingga kini.
Tahalluf Politik | PR dan BN
Hj Abdul Hadi menegas lagi, sudah tiba masanya untuk semua pihak di
Gagasan Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan tersebut telah dapat respon awal Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang BN antara yang pertama memberikan keterbukaannya terhadap idea ini dan diikuti oleh Naib Presiden Umno Muhyuddin Yassin serta Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhd Taib Muhammad yang menuntut agar perincian dari PAS dalam hal ini. Kecuali Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz menganggap idea ini sebagai suatu helah politik PAS semata-mata.
Konsep Kerajaan Perpaduan : Merentas Kepentingan Politik Kepartian
Perumpamaan orang-orang yang menjaga batas-batas agama Allah SWT dengan mereka yang melanggarnya, bagaikan satu kaum yang menaiki sebuah bahtera. Sebahagian mendapat tempat di atas dan sebahagian lagi di bawah . Mereka yang berada di bawah , jika ingin mendapatkan air (terpaksa) melewati orang-orang yang berada di atas, akhirnya mereka berkata, "Seandainya kita menebuk lubang di bahagian bawah bahtera ini untuk mendapatkan air, tentu kita tidak lagi mengganggu orang-orang yang berada di atas." Jika orang yang berada diatas membiarkan tindakan mereka yang berada di bawah bagi mendapatkan apa yang mereka mahu , tentu semuanya akan binasa. Jika mereka menghalanginya, mereka akan selamat malah semuanya akan selamat "
Hadis Riwayat Imam Bukhari (Fathul Baari : Kitab Asy Syarikah . Bab ke 6 . Hadis ke 2493)
Negara bagaikan sebuah bahtera yang sedang berlayar di tengah lautan luas yang pastinya berdepan dengan badai yang ganas dan gelombang yang besar serta gelora yang buas . Demi keselamatan bahtera dan seluruh penumpangnya , bukan sahaja kemahiran dan kepakaran laksamana atau nakhodanya diperlukan tetapi juga sikap dan rasa tanggungjawab semua penumpang bahtera sangat besar malah penting peranannya .
Situasi dan ekspresi yang sama mestilah dimuat turun ke pentas politik tanahair kita dewasa kini yang juga saya lihat bagai sebuah bahtera yang sedang dilanda badai dan dihentam gelombang . Badai ekonomi yang parah , gelora politik yang getir dan gelombang sosial yang berisiko bagi mewujudkan sebuah negara aman , makmur , adil dan stabil hari ini memerlukan pemimpin dan rakyat yang berjiwa besar , sanggup berkorban dan melupakan perseteruan politik dengan pihak yang berbeda saingan dan fahaman politiknya .
Bertolak ansur , meminimakan jurang pertelingkahan dan saling menumbuhkan nilai persefahaman antara parti - parti politik dan juga ngo - ngo dalam negara adalah elemen positif ke arah mewujudkan sebuah kerajaan solidariti dan sekaligus memberikan ruang serta peluang kepada semua pihak memainkan peranan dengan penuh amanah dan tanggungjawab bagi masa depan rakyat dan negara .
Kerajaan Perpaduan : Kerajaan Tanpa Pembangkang
Kerajaan Perpaduan bukan bermakna membawa masuk PAS ke dalam UMNO atau BN ataupun sebaliknya tetapi mewujudkan sebuah kerajaan yang melibatkan semua parti politik iaitu PR dan BN untuk berperanan memimpin , mentadbir dan mengurus negara demi kepentingan agama , rakyat dan negara itu sendiri . Di mana, Kerajaan Perpaduan tersebut lebih mirip kepada sistem satu parti dan tiada pembangkang. Di mana wujud dua kumpulan parti politik yang jelas terpisah dengan dijurangkan antara golongan yang berkuasa dan tidak berkuasa.
Tiada lagi masa yang dibazirkan untuk bertelagah dan bertembung antara satu sama lain semata - mata didorong perbedaan ideologi politik . Sebaliknya masa itu dimanafaatkan sepenuhnya untuk duduk bersama , berbincang , mencari titik persamaan , bertolak ansur dalam perbedaan , menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh rakyat , cari strategi berkesan membina negara agar mampu menyaingi kuasa luar yang sering mengeksploitasi kelemahan kita .
Oleh itu, lontaran idea dan gagasan Kerajaan Perpaduan ini perlu diwacanakan oleh semua ahli politik, ahli akademik, pengaat politik, ahli perniagaan, badan bukan kerajaan serta rakyat seluruhnya supaya ia dapat menghasilkan natijah yang baik. Kejayaan oleh kerajaan kepimpinan Habibie membentuk Kerajaan Perpaduan di sebuah Negara yang mempunyai penduduk muslim terbesar di dunia serta kesediaan antara Hamas dan Fatah yang bertelagah dan berperang begitu lama seharusnya di lihat sebagai suatu pencapaian ataupun pilihan terbaik kepada Malaysia.
Kerajaan Perpaduan | Kepentingan Rakyat Dan Negara Diutamakan
Optimistik merealisasikan gagasan Kerajaan Perpaduan yang disuarakan oleh Presiden PAS akan tercapai sekiranya semua pihak mengenepikan antara satu sama lain keegoan, kepentingan peribadi, dendam kesumat boleh ditundukkan dan meletakkan kepentingan rakyat serta negara sebagai keutamaan. Biarpun agak sukar mendapat laluan , idea Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan oleh PAS ini, namun persekitaran dan latar belakang politik serta ekonomi hari ini membuatkan idea Tuan Guru Presiden dilihat tepat pada masanya.
Persoalannya bagaimana semua pihak yang terlibat boleh menanggapi idea ini dengan rasional tanpa sangsi.
Perlu difahami bahawa Kerajaan Perpaduan memberi hak dan tanggungjawab yang sama kepada semua pihak untuk berperanan memimpin , mengurus dan mentadbir negara . Andai ia menjadi kenyataan , ia akan membentuk satu fenomena yang positif di mana negara akan pesat membangun pula secara seimbang spiritual , material dan fizikalnya apabila ia didokong bersama oleh semua pihak . Tentu sahaja kepentingan agama, rakyat dan negara dapat difikirkan bersama dengan semangat perpaduan yang akan terjalin.
Oleh itu bersedialah kita untuk mencipta perubahan. Ianya tampak revolusioner tetapi ia tidak mustahil kalau semua pihak berfikir sebagai negarawan dan pemimpin rakyat yang mengimpikan perpaduan demi Negara yang tercinta.
No comments:
Post a Comment