Wednesday, January 7, 2009

BOIKOT PRODUK AMERIKA DAN ISRAEL

Tindakan zalim dan kebinatangan rejim Israel terhadap umat Islam Palestin amat memilukan dan telah memasuki hari ke-12. Seluruh dunia melihat kerakusan Isreal meratah dengan bongkak dan takbur bumi Palestin, di samping melakukan pembunuhan yang sangat menyayat hati. Sehingga lebih 600 orang rakyat Palestin terbunuh termasuk 100 orang kanak-kanak yang belum tahu apa itu kehidupan.

Sesungguhnya, tindakan zalim dan tidak berperi kemanusian yang dilakukan oleh Yahudi Lanaktullah, perlu dikutuk oleh seluruh manusia yang hidup di atas muka bumi pada hari ini. Umat Islam perlu bersatu untuk bangun membantah dan memberi kecaman terhadap IsraelIsrael secara besar-besaran. dengan memboikot produk Amerika dan jaringan

Antara produk jaringan Israel yang perlu di pulaukan oleh umat Islam ialah barangan keluaran Mark and Spencer, Loreal, pasar raya Tesco, restoran makanan segera McDonalds dan KFC dan Nestle.

Kita wajar menyahut seruan gerakan Islam sedunia untuk memboikot produk-produk tersebut. Setiap sen yang kita belanjakan, seolah-olah untuk membunuh saudara kita di Palestin.

Boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam.

Semoga dengan pemboikotan produk-produk keluaran Amerika dan sekutunya Isreal akan memberi tekanan, sekaligus melumpuhkan kuasa ekonomi yang menjadi alat kepada mereka untuk menganyang umat Islam dari dulu hingga ke hari ini. Sekurang-kurangnya dengan kita sama-sama memboikot produk ini ia melambangkan kecintaan dan rasa persaudaraan kita terhadap perjuangan dan umat Islam di Palestin.

No comments: