Thursday, January 8, 2009

HIMPUNAN MEMBANTAH PENCEROBOHAN ISRAEL

SELURUH RAKYAT DI JEMPUT HADIR

Petang ini(Jumaat-9 Jan), jam 5.00 petang, Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Jerlun kerjasama badan bukan kerajaan seperti ABIM, JIM, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEBELA) dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis akan mengadakan himpunan aman membantah tindakan zalim zionis – Yahudi laknatullah di Pekan Jitra 2, Kubang Pasu

Basir Ismail, Setiausaha Jawatankuasa Himpunan Membantah Pencerobohan Isreal di bumi Palestin berkata, “ seluruh umat Islam dan bukan Islam yang cintakan keamanan, keadilan dan kesejahteraan hidup di jemput hadir ke program yang diadakan pada petang ini. Kehadiran mereka bukan sekadar untuk meningkatkan moral pihak penganjur, sebaliknya ia merupakan peluang kepada rakyat di Kubang Pasu untuk turut sama menyatakan bantahan dan mengutuk kekejaman dan kezalimana yang dilakukan oleh regim Israel terhadap rakyat dan bumi Palestin.

“Mungkin sukar bagi kita untuk turut serta rakyat Palestin dari segi tenaga dan jiwa berjuang menentang Israel, namun kita ada cara lain yang juga dianjurkan oleh Islam. Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud bermaksud, “Kamu berjuangkanlan menentang golongan musyrikin (kafir) dengan harta, jiwa dan lisan”, ujarnya.

Basir menambah, “Keprihatinan Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Jerlun menganjurkan program himpunan ini amat baik dan kena pada masanya kerana ia membuktikan bahawa pemuda-pemuda PAS masih memiliki roh jihad serta perasaan kasih sayang sesama Muslim di mana jua berada”.

Adalah dijangkakan beberapa tokoh pemuda PAS Negeri dan kawasan akan hadir memberi ucapan dan diakhiri dengan pembakaran bendera Israel.

Oleh itu, seluruh saf kepimpinan PAS semua peringkat dalam Kubang Pasu dan Jerlun di di minta hadir sebagai membuktikan bahawa mereka tidak pernah jemu untuk bersama-sama membela dan menyokong umat Islam Palestin. Kehadiran mereka akan menjadi kayu ukor kepada tahap dan kesedaran jihad yang menjadi sebahagian sifat PAS itu sendiri.

No comments: