ISU PASAR MALAM BATU 13, Jitra yang mencetuskan kontroversi antara para peniaga dan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) nampaknya belum selesai. Jawapan oleh Abdul Halim Hassan, Setiausaha MDKP dalam Sinar Harian (Jumaat) yang disiarkan jelas membawa maksud bahawa penguatkuasa pemindahan para peniaga pasar malam Batu 13 akan dilaksanakan.
Sehubungan itu, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) membidas sikap Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Abdul Halim Hassan yang tidak menghormati kehendak peniaga pasar malam Batu 13, Jitra yang enggan berpindah ke tempat lain. Di samping, mengatakan bahawa PEMBELA bertindak menjadi jurucakap kepada pihak Ahli Majlis MDKP dalam isu pasar malam tersebut.
Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Hj Ismail berkata kenyataannya dalam akhbar Sinar sama sekali tidak mewakili Ahli Majlis Daerah Kubang, sebaliknya ia memainkan peranannya untuk membela kepentingan mereka (peniaga) yang terinayai, di samping mengemukakan pandangan supaya pihak MDKP mengkaji semula keputusan yang di buat berkaitan isu pasar malam tersebut”.
Jawapan oleh Setiausaha MDKP, Abdul Halim Hassan yang mengatakan keputusan mesyuarat adalah sah dan berkuatkuasa dan meminta PEMBELA mengemukan bukti kajiselidik yang mengatakan 92 peratus para peniaga enggan berpindah amat mengecewakan. Beliau seolah-olah ingin mempertikai dan meragukan orang ramai tentang kredebiliti PEMBELA yang melakukan kajiselidik terhadap peniaga.
Kata Basir, PEMBELA ada menyimpan borang kaji selidik yang dilakukan dan sedia menyerahkan kepada Ahli Majlis untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis pada masa akan datang. PEMBELA tidak berhasrat untuk bersengketa atau menyelewengakan fakta dalam isu ini, sebaliknya akan bertegas membela kepentingan peniaga yang terlibat sehinggalah mereka (peniaga) boleh berniaga dengan aman dan selesa”.
Sehubungan itu, Abdul Halim tidak perlu berdolak-dalik dalam isu ini lagi. Beliau perlu menghormati kehendak Ahli Majlis yang telah mengemukakan memorandum bantahan memindahkan peniaga pasar malam tersebut yang diserahkan kepada Yang DiPertua MDKP pada 3 Jan lalu.
Bagi PEMBELA, setiap keputusan yang di ambil boleh dikaji semula, apatah lagi jika jika ia mendapat bantahan dari pihak yang terlibat apabila mahu dilaksanakan”, ujarnya lagi.
“Sebelum ini para peniaga dimaklumkan tujuan pemindahan tapak pasar malam ke tempat lain adalah kerana tiga faktor iaitu pertama, berkaitan kebersihan, kedua, kesesakan lalulintas dan ketiga, keselamatan. Tidak timbulpun soal ada bantahan oleh penduduk dan para peniaga di gerai-gerai yang berhampiran dengan tapak pasar malam tersebut”, ujarnya.
Basir menambah, “Jika benar MDKP mendakwa mengambil kira pandangan orang ramai dan para peniaga di kawasan berkenaan, maka hampir seluruh tapak pasar malam di daerah Kubang Pasu, bahkan seluruh negeri Kedah tidak dapat diadakan kerana ia turut pendapat bantahan penduduk setempat serta memang wujud ketiga-tiga masalah yang disebutkan. Ketiga-tiga perkara tersebut sebenarnya berpunca dari kelemahan dan ketidakcekapan pihak MDKP menjalankan tugas mereka, bukan masalah para peniaga”.
MDKP jangan cuba alih dari perkara pokok berhubung isu pasar malam Batu 13 iaitu dengan mengambil tindakan penguatkuasaan memindahkan para peniaga kerana ia menjejaskan sumber rezeki mereka yang terdiri lebih 95 peratus adalah golongan bumiputera dan mencetuskan rasa marah dan kurang senang mereka terhadap Ahli Majlis Pakatan Rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Hj. Abdul Razak”.
Katanya lagi, “jangan kerana nak jaga hati peniaga di gerai-gerai MDKP yang terdiri dari orang-orang luar (Thailand) di kawasan tersebut para peniaga tempatan yang menjadi mangsa.
Bagi PEMBELA ialah MDKP perlu berlapang dada menerima pakai pandangan majoriti Ahli Majlis yang telah menyerahkan memorandum bantahan memindah para peniaga pasar malam berkenaan ke tempat lain, di samping pada mesa depan lebih berhemah dan berhati-hati dalam tindakan yang melibatkan kepentingan rakyat. Di Era pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat slogan ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’ wajar dihayati oleh MDKP dalam semua tindakan supaya ia tidak mendatangkan kesan dan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah.
Abdul Halim dan YDP MDKP harus sedar bahawa mereka adalah penjawat awam dan kena akur dengan kehendak pihak yang memerintah bukannya berlebih-lebih dalam tindakan serta membelakangkan dasar-dasar kerajaan negeri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment