Thursday, February 5, 2009

AHLI PAS KEDAH PERLU BERSEDIA

Kemelut politik yang melanda Pakatan Rakyat Perak sehingga mencetuskan krisis perlembangaan dan jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak di bawah kepimpinan Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada Jumaat (6 Feb), sememangnya telah dijangka sejak dari awal lagi.


Ini kerana UMNO/BN yang merupakan sebuah komponen parti politik yang rakus kuasa di Negara ini tidak mungkin membiarkan kerajaan Pakatan Rakyat terus berkuasa di negeri-negeri yang telah ditumbangkan pada PRU `12. Kejatuhan regim UMNO/BN telah dilakukan melalui undi rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.


Namun, atas sisa kuasa yang masih dimiliki oleh mereka (UMNO/BN), digunakan semaksimanya untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan cara yang pelbagai. Antaranya, ugutan, tawaran jawatan dan rasuah duit. Kaedah yang digunapakai oleh mereka bukan lagi menjadi rahsia umum, bahkan sudah keperingkat menjadi budaya mulia dikalangan mereka (UMNO/BN).


Setelah mereka berjaya melumpuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kini tidak mustahil mereka akan terus ke neger-negeri lain terutamanya Kedah. Kedah menjadi pilihan kedua kerana ia diwakili oleh 16 adun PAS, lima adun PKR dan satu adun DAP. Dengan kelebihan majoriti lapan kerusi dalam PRU 12 lalu, kerajaan Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan di Kedah dalam tempoh tidak sampai 72 jam. Dan di kira sebagai kerajaan negeri yang paling awal berjaya dibentuk dengan perkenan KDYMM Al-Sultan Kedah Darul Aman.


Kedudukan kerusi yang bercampur dari gabungan tiga parti politik yang membentuk sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, sudah pasti memudahkan UMNO/BN menggunakan segala kelebihan yang dimiliki untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pada bila-bila masa. Tidak mustahil jentera kerajaan yang masih lagi sebagahagian besar masih setia dan menyebelahi mereka akan memudahkan modus operandi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan YAB Dato Seri Ustaz Azizan Hj Abdul Razak.


Situasi yang berlaku sebenarnya terlalu banyak hikmah dan pengajaran yang boleh di ambil. Kita perlu belajar dan ambil iktibar. Namun tidak perlu kita menuding jari kepada mana-mana rakan dalam Pakatan Rakyat berhubung kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Umum tahu bahawa mereka telah berjuang dengan habis-habisan mempertahankan kuasa yang perolehi melalui mandat rakyat dalam PRU 12 lalu.


Ahli PAS dan Pakatan Rakyat jangan semata-mata melihat episode rampasan kuasa oleh UMNO/BN sebagai bahan merancakkan cerita-cerita politik di warung kopi, opis, markaz ataupun perjumpaan-perjumpaan yang diadakan, sebaliknya ia perlu disusuli dengan gerak kerja, strategi dan tindakan ke arah mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang juga sedang diintai untuk digulingkan oleh UMNO/BN.


Ini kerana, modus operandi akan berubah dalam setiap minit dan jam, bukannya mengikut hari ataupun minggu, jauh sekali secara bulanan. Perancangan yang dilakukan sudah pasti dengan rapi dalam pelbagai bentuk yang mengelirukan ahli-ahli Pakatan Rakyat itu sendiri. Sebagai contoh, pergolakan yang berlaku di Perak pada hari ini, kelmarin dan sebelumnya telah berjaya mengelirukan persepsi ahli-ahli PAS yang sentiasa bergantung kepada laporan media pro UMNO/BN seperti telivesyen, radio dan akhbar arus perdana. Antara sebabnya ialah tahap kematangan dalam berfikir hal berkaitan politik dikalangan ahli-ahli PAS masih di peringkat separuh matang. Ia berpunca dari sikap ahli-ahli PAS itu sendiri, majoritinya membiarkan sesuatu persoalan-persoalan yang berbangkit sebagai hal yang tidak kena mengena dengan peribadinya dan PAS tersebut.


Kini, ahli-ahli PAS telah difahamkan bahawa tiga Adun PKR berpotensi menjadi sasaran UMNO/BN untuk merampas kuasa di Kedah. Mereka yang dimaksudkan ialah Tan Wei Xu (Bakar Arang), Mohd Rahzi Salleh (Lunas) dan Lim See Nee (Kulim). Seorang lagi ialah Adun Sidam, Tan Chow Kang yang dikatakan "tidak goncang", walaupun selepas usaha memujuknya melompat kepada BN sedang diusahakan. Begitu juga dengan seorang lagi Exco kerajaan Kedah V Arumugam yang berasal dari calon bebas ketika PRU 12, kemudiannya menyertai PKR juga sedang dalam usaha UMNO/BN untuk menariknya dengan cara menekannnya melalui tindakan undang-undang. Kesemua jumlah yang terlibat ialah seramai lima orang, sekaligus telah mencukup kouta untuk UMNO/BN menubuhkan kerajaan di Kedah dengan kelebihan saru kerusi.


Melalui pengalaman yang berlaku di Perak, di mana kesemua adun PKR dan DAP yang mengisyitihar menjadi wakil rakyat bebas dan menyokong UMNO/BN sebagai kerajaan baru di Perak, maka boleh lah kita membuat kesimpulan bahawa sekadar pengakuan mulut ataupun bertulis dari kelima-lima wakil rakyat Kedah ini berhak diragui oleh kita semua. Di samping, mengambilkira kejadian-kejadian dan laporan yang telah didedahkan oleh rakyat tentang mereka yang berlima tersebut yang berpotensi untuk bersama UMNO/BN.


Laporan seorang aktivis PAS bahawa, pagi kelmarin (Khamis) kelihatan pemimpin UMNO Kubang Pasu dan sebelumnya beberpa kali Shahidan Kassim, bekas MB Perlis sering berjumpa atau datang menjemput YB Mohd Rahzi Salleh, adun Lunas yang tinggal di rumah isteri pertamanya di Taman Rasa Sayang Jitra mesti di ambil perhatian yang serius. Ia jangan dipandang sebagai tindakan provokasi atau perang saraf semata-mata, sebaliknya diwaspada oleh ahli-ahli PAS dan parti dengan bersungguh-sungguh. Begitu juga dengan laporan akhbar sebuah surat khabar Cina hari ini yang mengatakan bahawa V. Arumugan tidak dapat dihubungi sejak malam kelmarin mesti dilihat sebagai riak-riak yang sama berlaku ke atas dua adun PKR di Perak.


Oleh itu, menjadi tanggungjawab seluruh ahli-ahli PAS seluruh negeri Kedah memikul tanggung jawab mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dengan mengambil langkah berikut iaitu, Pertama, melaksanakan apajua arahan pucuk pimpinan PAS di peringkat negeri dan kawasan, Kedua, mengambil tindak dan inisiatif memantau pergerakan adun-adun berkenaan dengan lebih rapi, Ketiga, meggerakkan seluruh jentera parti, khususnya penerangan untuk menyalurkan segala maklumat dan perkembangan yang berlaku kepada ahli parti dan rakyat. Jangan birakan ahli PAS dan PR berpolimek dalam isu ini, sebaliknya menggarap suatu pelan tindakan dan kerja yang berkesan untuk pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Keempat, mencipta situasi dan kondisi politik di tempat masing-masing memihak kepada PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat. Kelima, ahli-ahli PAS hendaklah membina hubungan ukhwah fillah supaya musuh tidak ambil kesempatan dan Keenam, jentera Pilahanraya mesti digerakkan berada di tahap kedua ataupun sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Kedah yang berkemungkin akan berlaku pada masa terdekat.


Jadikan apa yang berlaku di Perak sebagai pengalaman yang cukup berguna untuk kita semua serta mengkoreksi rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat pada setiap masa dan ketika.


Akhirnya, wajar seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat menyampaikan sekalung tahniah dan penghargaan kepada Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin kerana telah berkhidmat dan menunaikan tanggungjawab dengan baik dan cemerlang. Sekaligus telah membuktikan bahawa PAS mampu untuk menjadi ketua dan memerintah bukan sahaja di peringkat kerajaan negeri, malah kerajaan Pusat sekiranya rakyat memberi undi kepada PAS.


Semoga, artikel menjadi pemangkin untuk kita bertindak mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan seluruh MMKnya.


Terima kasih



No comments: