Friday, February 6, 2009

PERAK DIPERINTAH OLEH KERAJAAN HARAM MELALUI TINDAKAN KUDETA

SEKITAR jam 4.00 petang (6 Feb) tercatat satu lagi sejarah dalam politik tanah air di mana Kerajaan Pakatan Rakyat telah digulingkan secara KUDETA (rampasan kuasa) oleh UMNO/BN yang diketuai oleh Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO. Sesungguhnya, tindakan UMNO/BN tersebut telah mendapat kutukan oleh seluruh lahli-ahli PAS dan PR bukan sahaja di Perak, malah seluruh negara termasuk juga Ngo, pengamal undang-undang serta pengamal demokrasi tulen .

Perlantikan Menteri Besar Kerajaan HARAM Perak Darul Rudzuan (Dr Zamry Abdul Kadir) dalam satu majlis ringkas di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang dihadiri oleh Al-Sultan Perak telah mendapat bantahan dikalangan penyokong Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiyyah berhampiran Istana yang akan melangsungkan majlis angkat sumpah tersebut. Di mana dalam kejadian tersebut FRU telah melepaskan tiga kali gas pemedih mata dan menangkap seramai 9 orang yang hadir.

Kesedihan dan muram seluruh ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat begitu terasa di seluruh negara terutamanya bagi rakyat Perak, apabila dipaksa akur dengan kehendak Istana menerima tuntutan UMNO/BN untuk membentuk kerajaan HARAM Perak Darul Ridzuan melalui rampasan kuasa kesan tindakan pengkhianatan wakil rakyat bebas yang meloncat dari parti PKR dan DAP.

Sesungguhnya kita yakin dan percaya di sebalik kejadian ini memiliki hikmah dan makna yang tersendiri dalam perjuangan Islam dan politik Malaysia yang dijalankan atas nama demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Walaupun, UMNO/BN boleh bergembira dengan episod rampasan kuasa, sekaligus menubuhkan kerajaan HARAMnya, percayalah bahawa di benak hati kecil mereka tahu apa yang telah pemimpin mereka dan UMNO/BN lakukan ke atas rakyat Perak. Ini kerana, rakyat Perak dan seluruh negara telah menjadi saksi tentang kerakusan UMNO/BN dalam episod rampasan kuasa untuk menubuhkan kerajaan 'HARAM' mereka di Perak, sekaligus menafikan hak rakyat yang mahukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.

"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar oleh Zambry di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar telah diadakan tanpa kehadiran Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan seluruh wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia. Di samping, mempertahankan tindakan Dato' Seri Nizar Jamaluddin memohon kepada sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi ruang rakyat menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.

"Saya menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tidak ada jalan lain lagi untuk keluar daripada kemelut tersebut melainkan diadakan pilihan raya semula.

Sementara itu, difahamkan tokoh agama ternama di Perak juga menyifatkan kerajaan baru yang diketuai Umno sebagai tidak sah dan haram.

Sehubungan itu, Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS percaya sepenuhnya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukun negara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

No comments: