Saturday, February 28, 2009

ISU SALAWAT FATIH | TYP KUBANG PASU TERLIBAT SEBAGAI PENTERJEMAH

Memetik laporan Harian Sinar berhubung satu ajaran Salawat Fatih yang diperkenalkan oleh seorang mubaligh yang berasal dari Maghribi, Sheikh Ahmad Al-Hadi Al-Hussaini Al-Maghribi yang mendakwa dirinya berasal dari keturunan Rasullulah S.A.W dari generasi ke-32 telah menjadi perbualan penduduk di sekitar Hosba sejak minggu lalu. Ini ekoran edaran salinan Salawat Fatih kepada para hadirin yang tertulis ayat pentauliahan ke atas salah seorang seorang Ketua Kampung dari Pakatan Rakyat iaitu saudara Abdullah Hashim seperti yang tertulis dalam salinan Salawat fatih tersebut.


Pendedahan Harian Sinar (1 Mac) berhubung isu ini menyebabkan pelbagi pihak telah tampil memberi maklumat berhubung ceramah yang disampaikan oleh mubaligh berkenaan serta penjelasan tentang Salawat Fatih yang merupakan sebahagian dari amalan dalam Tarikat Al Tijani.


Sumber dari siasatan yang dijalankan bahawa program ceramah oleh mubaligh tersebut turut disertai oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Pasu, Masduki Lebai Abdullah yang menjadi penterjemah kepada ceramah yang disampaikan dalam bahasa Arab.


Dari rujukan mendapati bahawa Salawat Fatih adalah sebahagian dari amalan dalam Tarikat Al-Tijani yang mengandungi unsur bidaah kerana mendakwa Salawat Fatih adalah kalamullah (dari Allah S.W.T) dan dikatakan mengamalkannya adalah lebih baik dari membaca 6 kali Al-Quran. Difahamkan juga bahawa mengamalkan Salawat Fatih adalah lebih baik dari membaza tasbih dan zikir, mengikut satu risalah yang ditulis oleh seorang untuk bagi membuat penjelasan tentang kekeliruan yang timbul berhubung perkara tersebut.


Memetik Ketua Kampung Hosba, Omar Ali Zainal, 57, berkata tokoh tersebut telah dijemput memberi ceramah dan isi ceramah yang disampaikan dalam bahasa Arab itu telah diterjemahkan oleh salah seorang penduduk di situ yang juga tokoh dalam masyarakat, di sini. Penduduk meminta supaya perkara ini disiasat oleh pihak berwajib terutamanya Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) kerana dakwaan yang mengatakan Salawat Fatih ini lebih baik dari membaca Al-Quran sebanyak 6 kali”.


“Kebaikan lain, selawat ini lebih baik dari zikir dan tasbih dan hal ini adalah amat mengelirukan kami,” katanya.

Dari rujukan mendapati bahawa Salawat Fatih adalah sebahagian dari amalan dalam Tarikat Al-Tijani yang mengandungi unsur bidaah kerana mendakwa Salawat Fatih adalah kalamullah (dari Allah S.W.T) dan dikatakan mengamalkannya banyak kelebihan.


Bagi Mejar (B) Mustaffa Musa, Pengerusi Penduduk Taman Sri Hosba juga turut hadir dalam ceramah tersebut berkata, beliau amat bimbang jika umat Islam hanya berpegang kepada amalan seperti wirid tersebut yang dianggap masih kabur tentang kesahihannya kerana ia boleh menyebabkan umat Islam meninggalkan amalan ibadat yang fardhu.


“Pengisian ceramah dalam bahasa Arab menyebabkan hadirin yang hadir tidak memahami isi kandungan ucapannya walaupun telah diterjemahkan oleh wakilnya. Dalam masa yang sama juga, terdapat kalangan mereka itu memahami isi ceramah berkenaan dan merasakan apa yang disampaikannya itu adalah sesuatu yang menyimpang,” katanya pada Sinar Harian.


Mohd Jamal Nasir, Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu berkata, pihaknya telah merujuk berhubung isu Salawat Fatih tersebut kepada Tuan Guru Hj Abdul Rahim Abd Rahman, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah (28 Feb) untuk mendapatkan pandangan beliau. Dari maklumbalas yang di terima ialah “jika benar seperti apa yang didakwakan bahawa mengamalkan Salawat Fatih lebih baik dari membaca 6 kali Al-Quran maka ia adalah salah dan perlu dihentikan segera”.


Tuan Guru Abdul Rahim menambah, beliau telah menghubungi temannya di Mesir bertanyakan tentang hal Tarikat Al-Tijani dan mendapat penjelasan bahawa ia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu satu yang mengamalkan ajaran Islam yang benar dan satu lagi membawa ajaran Islam songsang. Oleh itu, lebih baik umat Islam berhati-hati dengan amalan yang di bawa oleh mereka yang tidak dikenali”.


Sehubungan itu, Mohd Jamal Nasir minta supaya Yang DiPertua PAS Kubang Pasu, Masduki Lebai Abdullah tampil memberi penjelasan berhubung penglibatannya dengan mubaligh berkenaan serta pada masa depan merujuk terlebih dahulu dari kepimpinan dan Dewn Ulama PAS sebelum melibatkan diri dalam kegiatan seperti yang berlaku di Masjid Hosba minggu lalu”.


“Ini kerana, sebagai kepimpinan PAS Kawasan Kubang Pasu sudah pasti penglibatannya dalam isu Salawat Fatih ini akan memberi kesan kepada ahli-ahli PAS dan masyarakat bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada PAS”, tambahnya lagi.

No comments: