Sunday, February 8, 2009


(Gambar... Adik Nur Atirah Najiha, 6 tahun menunjukkan wayar yang dipasang ke tubuhnya.)

Pada 28 Feb depan, aktivis PAS Kubang Pasu kerjasama Pembela dan Sinar Harian akan menganjur program Kutipan Dana Leukemia dan Kanser Rakyat Kubang Pasu. Program ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang peranan mereka membantu pesakit yang menghidap leukemia dan kanser, khususnya di daerah Kubang Pasu dan negeri Kedah Darul Aman.

Menurut Pengarah Program Kutipan Dana Leukemia dan Kanser Rakyat Kubang Pasu, Ir Mohd Jamal Nasir bahawa, ia diadakan bertujuan untuk mengajak masyarakat setempat memberi bantuan dan memupuk kasih sayang kepada golongan yang menghidap leukemia dan kanser. Ini kerana, mereka yang terlibat mengharapkan perhatian masyarakat bagi meningkat sokongan bukan sahaja dari segi moral tetapi juga bantuan kewangan.

“Program ini merupakan suatu inisiatif dari pihak aktivis PAS Kubang Pasu dengan kerjasama PEMBELA serta sokongan akhbar Sinar Harian Unit Kubang Pasu yang banyak membantu memberi sumbangan dan memaparkan kisah-kisah penderitaan masyarakat dalam daerah ini”, ujarnya lagi.

Sebelum ini Sinar Harian telah memaparkan kisah tentang adik Nur Atirah Najiha yang menghidap leukemia sejak berumur 5 tahun dan terpaksa menjalani rawatan intensif di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur setiap bulan. Di mana, kedua ibu-bapanya yang hanya memperolehi pendapatan antara RM500-RM650 sebulan dari hasil menjual kueh, tidak lagi mampu membiayai perbelanjaan untuk menguruskan rawatan anaknya telah merayu mendapatkan bantuan dari orangt-ramai.

Kini mereka hanya menerima sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 100 ( 6 Bulan) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) RM 250 (12 bulan).
Adik Nur Atira Najiha, kini telah berumur 6 tahun telah disahkan menghidap leukemia oleh doktor pakar setelah membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Mei tahun lalu.

Hasmaliwati Hamdan, 30, ibu kepada adik Nur Atirah berkata, sebelum anaknya (Nur Atirah) dikesan mengidap leukemia, ia sering demam sebelah malam. Setelah menjalani pemeriksaan mendapati ia menghidap leukemia. sehingga kini, sudah enam kali cecair sum-sum tulang anaknya di ambil menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan. Kini anaknya yang menghidap leukemia ia terpaksa menjalani rawatan intensif di Pusat Pemeriksaan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur untuk membuat rawatan susulan sehingga ke hari ini.

“Bagi memastikan anaknya mendapat rawatan yang terbaik dan kembali sihat, kami sekeluarga menurut arahan pihak HSB untuk membawanya menerima rawatan di PPUM. Setiap kali pergi dan balik untuk tujuan tersebut kami terpaksa menyediakan kewangan sekurang-kurang RM 500. untuk kos perjalanan, makan dan minum dan membayar caj-caj perkhidmatan”, ujarnya lagi.

Mohd Jamal menambah, sebuah Urusetia untuk menganjurkan program kutipan dana ini telah ditubuhkan baru-bari ini dan YB Dato’ Hj Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena telah bersetuju menjadi penaung kepada program ini. Dijangka selewat-lewatnya hujung minggu depan, pihaknya akan mengedarkan kupon kutipan dana leukemia dan kanser kepada orang-ramai.

No comments: