Friday, February 6, 2009

PEMASYHURAN "KERAJAAN HARAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN" OLEH AHLI USRAH KUBRA


Boleh difahami oleh kita semua bahawa pengisyitiharan UMNO/BN menguasai negeri Perak seperti yang dipaparkan melalui media cetak dan elektronik sejak kelmarin sebagai menunjukkan keangkuhan dan kebiadapan mereka menafikan hak rakyat Perak yang telah menolak UMNO/BN dalam PRU 12 lalu. Kerajaan negeri Perak yang ditubuhkan oleh UMNO/BN melalui tindakan KUDETA merupakan episode rampasan kuasa yang terancang yang membelakangkan nilai-nilai bagi sebuah ketamadunan manusia.

Oleh itu, malam kelmarin aktivis PAS Kubang Pasu yang terdiri beberapa AJK PAS Kubang Pasu, Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan beberapa Ketua PAS Cawangan yang hadir dalam program Usrah Kubra telah mengambil ketetapan membuat pemasyhuran bahawa negeri Perak di tadbir oleh sebuah kerajaan HARAM UMNO/BN dengan sebutan Kerajaan HARAM Negeri Perak Darul Ridzuan. Ketetapan ini di ambil merujuk dengan beberapa pendirian oleh PAS yang telah dipertegaskan oleh :-

Pertama,
Musrsyidul AM PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram. Dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.

Kedua, Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa PAS berpandangan bahawa Menteri Besar Perak pada masa ini (Jumaat – 6 Feb), iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang. Dan menuntut supaya pembubaran Dun Perak untuk membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Ketiga, pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada petang kelmarin (Jumaat – 6 Feb) mengambil keputusan akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Sehubungan dengan pendirian yang dinyatakan oleh pemimpin PAS dan PR seperti dinyatakan maka adalah wajar seluruh ahli PAS dan PR menetapkan pendirian bahawa kerajaan Perak UMNO/BN adalah sebuah kerajaan HARAM. Ahli-ahli PAS diseru supaya berdiri dibelakang kepimpinan parti untuk sama-sama mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipimpin oleh Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

No comments: