Wednesday, February 4, 2009

LEMPAR KASUT KEPADA PENGKHIANAT

Berhubung isu Kerajaan Pakatan Rakyat goyah angkara pengkhianatan oleh tiga orang wakil rakyat iaitu dua PKR dan satu DAP, manakala Adun Bota, Nasaruddin Hashim yang telah menyerati PKR selama 10 hari telah kembali semula ke pangkuan Umno. Tindakan mereka telah mendapat reaksi keras daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa, wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dianggap sebagai pengkhianat. Perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun adalah tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

Tok Guru Nik Aziz menambah, "Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ,". .

Sesungguhnya pandangan Tok Guru Nik Aziz ini adalah gambaran betapa salahnya ataupun buruknya, sikap mana-mana pihak yang telah berpaling tadah dari keputusan yang telah di buat oleh rakyat. Sayugia diingatkan supaya ahli-ahli PAS banyak bersabar dan disarankan bersedia melakukan apa jua tindakan yang akan diarahkan oleh kepimpinan dari masa ke semasa.

No comments: