Wednesday, February 4, 2009

JAMUAN AMAL ADIK NUR ATIRAH NAJIHA, PENGIDAP LEUKEMIA

Aktivis PAS Kubang Pasu kerjasama Pembela dan Sinar Harian akan menganjur program Jamuan Amal Adik Nur Atirah Najiha untuk mengumpul dana bagi tujuan membiayai kos perubatan yang dihidapi olehnya. Program ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi meringgan beban yang ditanggung ibu-bapa adik Nur Atirah Najiha yang kini menghidap leukemia.


Menurut Mokhtar Hamid, aktivis PAS Kubang Pasu, juga sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pembela, pihaknya akan menganjurkan program Jamuan Amal Adik Nur Atirah Najiha dengan kerjasama Pembela dan Sinar Harian bagi tujuan mengutip dana bagi membiayai kos rawatan adik tersebut.


Sehubungan itu, pihaknya telah menubuhkan sebuah Urusetia Program Jamuan Amal yang dinaungi oleh YB Dato, Hj Mahfuz Omar selaku Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah.


Mokhtar menambah, “Jamuan Amal merupakan suatu program amal untuk mengajak masyarakat yang berkemampuan memberi sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan menderita sakit, lebih-lebih lagi seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan ini”.


Adik Nur Atira Najiha (5 tahun) ketika itu, telah disahkan menghidap leukemia oleh doktor pakar setelah membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Mei tahun lalu.


Menurut bapa kepada adik Nur Atirah bahawa, sebelum dikesan mengidap leukemia, ia sering demam sebelah malam. Setelah menjalani pemeriksaan mendapati ia menghidap leukemia. sehingga kini, sudah enam kali cecair sum-sum tulang anaknya di ambil menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan.


Sejak mendapat tahu adik ini menghidap leukemia ia terpaksan menjalani rawatan intensif dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan kini ia telah dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur untuk membuat rawatan susulan sehingga ke hari ini.


Hasmaliwati Hamdan, 30 tahun, ibu kepada adik Nur Atirah Najiha berkata, “bagi memastikan anaknya mendapat rawatan yang terbaik dan kembali sihat, kami sekeluarga menurut arahan pihak HSB untuk membawanya menerima rawatan di PPUM. Setiap kali pergi dan balik untuk tujuan tersebut kami terpaksa menyediakan kewangan sekurang-kurang RM 500. untuk kos perjalanan, makan dan minum dan membayar caj-caj perkhidmatan”.


Sehubungan itu, aktivis PAS Kubang Pasu yang berkunjung ke rumah adik Nur Atirah Najiha kelmarin telah mendapat persetujuan dari ibu-bapa adik Nur Atirah Najiha, menganjurkan program Jamuan Amal bagi tujuan membantu membuat kutipan dana untuk membiayai kos rawatan penyakit leukemia yang dihidapi olehnya.


“Kami (aktivis PAS) rasa terpanggil untuk menganjurkan program ini kerana rasa terharu dengan masalah kesihatan yang ditanggung oleh adik ini. Di dalam perbualan kami dengan adik Nur Atirah Najiha, dia mahukan sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajarannya di rumah. Ini kerana telah dihentikan oleh ibu-bapanya untuk meneruskan pelajaran di sebuah tadika berhampiran rumahnya kerana sering letih dan tidak bermaya”, katanya.


Di mana dalam perbualan tersentuh ibu, wartawan Sinar dan Mokhtar telah menitiskan air mata kerana tersentuh perasaan melihat keadaan adik Nur Atirah Najiha yang kelihtan letih dan banyak mendiamkan diri serta tidak berambut kerana menjalani proses kemoterapi di PPUM.


Program Jamuan Amal dirancang akan diadakan pada 28 Feb depan yang akan dihadiri oleh YB Hj. Mahfuz Omar, adik Nur Atirah Najiha dan kedua ibu-bapanya. Ia merupakan jamuan terbuka yang akan diadakan di dataran Darulaman, Jitra pada jam 5.30 petang.


“Urusetia mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM 10 ribu dalam program Jamuan Amal yang akan diadakan,” kata Mokhtar.


Oleh itu, orang-ramai yang ingin menyumbang bolehlah datang ke program Jamuan Amal yang akan diadakan tersebut dan boleh dapatkan kupon jamuan yang bernilai RM 5 / RM 10 / RM 50 dan RM 100 setiap satu pada hari berkenaan ataupun melalui pihak Urusetia yang dilantik. Sumbangan yang dikumpulkan akan diserah kepada keluarga adik Nur Atirah Najiha bagi tujuan membiayai perubatannya. Sumbangan boleh dilakukan secara tunai atau menggunakan cek yang di tulis atas nama HASMILAWATI HAMDAN, ibu kepada adik Nur Atirah Najiha.


No comments: