
Sekurang-kurang terdapat 7 faktor yang mempengaruhi kehancuran Harakah Islamiyah apabila mereka berada di paksi Mihwar Siayasi tersebut. Antaranya berlaku bertembungan pelbagai aliran pemikiran dalam kelompok jamaah itu sendiri lantaran hilangnya 'Wahdatul Fikr dan Wahdatul Amal". Ustaz Fathi Yakan menambah, kesan dari perbedaan aliran pemikiran ini berlakunya permasalahan seperti ta'addudul wala' justeru akan timbuk pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadai atau kelompok masing-masing.
Bagi Ustaz Fathi Yakan bahawa masalah yang mendasar kepada Harakah Islamiyah sekarang pasca moden ini ialah "Politik Mendominasi Tarbiyyah" . Suasana ini menyebabkan Harakah Islamiyah dipengaruhi oleh politik semata-mata atau menjadi keutamaan, sekalgus mempengaruhi pendirian dan sikap para Qiadah dan Jundiyah (Pemimpin dan Pengikut).
Sehubungan itu, penyakit AIDS yang melanda Harakah Islamiyah ini hanya boleh di kawal jika semua anggota dalam jamaah dapat memelihara KEASLIAN DAKWAH yang diwarisi dari Baginda Rasulullah SAW. Akhirnya, As-Sheikh Dr. Mustafa Mahsyur Rahimahullah dalam sebuah tulisannya menyebut dengan tegas, betapa pentingnya memelihara keaslian dakwah (Muhafazah 'Ala Al-Sholah) , agar Harakah Islamiyah terjamin berada di jalan yang benar dan menuju sasaran yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment