Monday, October 6, 2008

USRAH QUBRA BERMULA 10 OKT DEPAN

JITRA - Program Usrah Qubra yang dikelolakan oleh Sukarelawan PAS Kubang Pasu akan diteruskan pada 10 Oktober 2008 depan setelah berhenti selama sebulan pada Ramadhan lepas.
Menurut Hj. Taib Abdul Rahman, Penyelaras Sukarelawan PAS Kubang Pasu, juga Pengerusi Jawatankuasa Usrah Qubra bahawa Usrah Qubra yang dijalankan sejak April lalu di beberapa cawangan PAS dalam Kubang Pasu akan disambung kembali setelah berhenti pada bulan Ramadhan lepas".
Sehubungan itu, seluruh Sukarelawan PAS dalam Kubang Pasu di jemput hadir ke program Usrah Qubra yang akan diadakan pada Jumaat, 10 Oktober depan, bertempat di Markaz PAS Kg. Pulau Pisang, Tunjang. Program tersebut akan bermula dengan sembahyang Magrib berjamaah dan diteruskan dengan sesi penerangan dan kupasan tajuk-tajuk yang ditetapkan oleh Naqib iaitu cikgu Mohd Noor Hanapi (Gambar), juga merupakan AJK Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Negeri Kedah.
Hj. Taib menjelaskan bahawa, pihaknya telah menetapkan dua orang Naqib iaitu cikgu Mohd Noor Hanapi dan Ustaz Mohd Fauzi Husin, AJK Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah.
Usrah Qubra akan dijalankan pada setiap minggu iaitu hari Jumaat, di mana tempat akan ditentukan dari masa ke semasa, ujarnya lagi.
Oleh itu, para Sukarelawan dan ahli-ahli PAS yan g berminat mengikut program Usrah Qubra ini supaya datang pada waktu yang ditetapkan.

No comments: