Saturday, October 25, 2008

BERANI KERANA BENAR !!!

Sejak malam tadi penulis telah dihujani dengan sms yang meminta supaya isu parking yang di tulis di dalam blog supaya DIHAPUSKAN. Alasan yang diberikan ialah penulis cuba membuka pekung PAS serta boleh menyebabkan hubungan beberapa orang dikalangan AJK PAS Kubang Pasu serta Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menjadi tegang.

Semalaman penulis memikirkan sms yang dikirimkan oleh orang-orang tertentu yang mendesak supaya paparan dalam blog berhubung isu parking dihapuskan.

Ironinya ialah penulis juga tahu bahawa isu parking (bayaran letak kereta berkupon) yang ingin dikuatkuasakan di Pekan Jitra dan kawasan-kawasan tertentu telahpun menjadi pengetahuan umum. Isu ini telah merebak ke merata-rata temapat termasuk di kedai-kedai kopi, di majlis-majlis PAS, di tempat kenduri, hatta di tempat perkumpulan ahli-ahli PAS yang menziarahi orang meninggal dunia.

Persoalannya ialah siapakah yang membawa cerita ini ?

Dari pemantauan dan maklumat yang penulis perolehi sekurang-kurangnnya di dalam kumpulan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu dalam menanggapi isu parking inipun telah terbahagi kepada dua kumpulan, iaiatu kumpulan 1- penulis menamakan sebagai Ahli Majlis Pro Rakyat iaitu seramai 6 orang dan selebihnya ialah kumpulan 2, iaitu Ahli Majlis Tidak Pro Rakyat. Begitu juga dengan AJK PAS Kubang Pasu yang sepatutnya memainkan peranan lebih pro aktif dalam memastikan tindak - tanduk Ahli Majlis yang dilantik supaya melaksanakan peranan mereka mengikut matlamat dan dasar PAS itu sendiri.

Oleh itu, penulis kira bahawa jika ada mana-mana pihak yang tidak senang dengan paparan dalam blog Harapan Baru, Kubang Pasu supaya lebih baik jangan melakukan sesuatu yang boleh dijadikan isu serta tidak disukai oleh ahli-ahli PAS.

Ingin dipertegaskan di sini bahawa, setinggi mana kedudukan anda dalam 'rangking' kepimpinan PAS, bukan bermakna semua tindakan, keputusan dan sikap anda adalah betul, apatah lagi jika jelas ia membelakangkan kehendak kepada tujuan, matlamat dan dasar PAS itu sendiri.

Blog Harapan Baru, Kubang Pasu akan tetap meneruskan usahanya memaparakan apajua perkara yang boleh memberi kebaikan kebaikan kepada PAS dan kerajanaa Pakatan Rakyat dalam dua sisi iaitu memaparkan aktivit-aktiviti yang baik serta mendedahkan aktiviti-aktiviti yang dianggap boleh merosakkan PAS itu sendiri.

Akhirnya ialah penulis tetap mengutamakan kepentingan PAS dari kepentingan peribadi mana-mana individu yang mungkin tidak memberi keuntungan kepada PAS.

No comments: