Saturday, October 25, 2008

PARTI LEBIH BERKUASA DARI KERAJAAN

PAS KUBANG PASU LEBIH BERKUASA DARI AHLI MAJLIS

Ekoran dari keputusan hampir seratus peratus menolak perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon yang ingin dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu, merupakan suatu mesej yang jelas kepada seluruh Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang telah dilantik mewakili parti samada PAS atau PKR.

Di mana, ia memperlihatkan bahawa parti lebih berkuasa dari wakil-wakil (Ahli Majlis) yang telah dilantik untuk menjalankan tugas yang merupakan amanah dari Jamaah. Walaupun ada dikalangan Ahli Majlis yang merasakan diri mereka lebih baik dari sudut pendidikan, pengalaman serta hubungan dengan pimpinan PAS di peringkat atasan lagi.

Sememangnya menjadi suatu hasrat dan keperluan bahawa apabila kita telah diberi mandat oleh rakyat menjadi pemerintah, segala dasar dan garispanduan yang ingin diperkenalkan hendaklah terlebih dahulu dibincangkan serta mendapat persetujuan oleh parti. Ini kerana, parti atau jamaah telah diwakili oleh Ahli Jawatankuasa yang dipilih secara syura pada setiap 2 tahun sekali.

Oleh itu, Ahli Jawatankuasa yang dilantik berhak diberi peluang untuk membahas serta mengemukakan pandangan mereka masing-masing, walaupun mungkin ada dikalangan mereka secara zahirnya (penilaian silap) tidak mempunyai taraf akedemik tinggi dan berpengalaman dalam bidang pekerjaaan samada di sektor kerajaan maupu swasta.

Sesungguhnya, sikap memandang remeh dan rendah kepada Ahli Jawatankuasa yang tidak mempunyai kelulusan tinggi dalam akedemik oleh kita, merupakan suatu keegoaan yang juga antara jenis penyakit rohani. Sebaliknya, jika kita tidak mempunyai tanggapan sedemikian, maka sewajarnya apajua keputusan, tindakan dan gerak kerja yang mahu dilaksanakan jangan mengeneoikan mereka.

Dalam kes parking - contoh yang jelas bahawa, Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu telah menunjukkan kematangan mereka samada dari segi politik dalaman maupun luaran, di samping mereka memahamai dan amat peka dengan kehendak rakyat. Maknanya ialah jika seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu digembelingkan tenaga, buah fikiran dan masa secara bersungguh-sungguh, hasrat untuk kita melihat PARTI menguasai KERAJAAN akan menjadi kenyataan.

Sesungguhnya, formulasi parti menjaga kerajaan ini telah diparktikkan sejak awal pemerintah PAS di negeri Kelantan lagi. PAS Pusat telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pemandu untuk membantu kerajaan PAS Kelantan memerintah mengikut dasar-dasar yang diperjuangkan oleh PAS. Apatah lagi dasar tersebut adalah menyangkut dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.

Oleh itu, penulis amat teruja dan rasa bangga kepada Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu yang telah berani membuat keputusan menolak hasrat beberapa Ahli Majlis yang tidak pro rakyat yang mahu melaksanakan bayaran ketak kereta berkupon di Pekan Jitra melalui Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu pada petang Jumaat lalu.

Semoga ia menjadi contoh serta permulaan kepada seluruh PAS Kawasan - Kawasan di negeri Kedah memainkan peranan dan tanggungjawabkan mereka iaitu Parti Menguasai Kerajaan. Natijah yang diharapkan ialah tidak individu yang lebih berkuasa, bijak dan hero dari PAS itu sendiri dalam hal-hal yang berkaitan kepentingan PAS dan Kerajaan Pakatan Rakyat.

No comments: