Monday, October 6, 2008

MENTERI BESAR KEDAH DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA AT-THOYYIBAH, CHANGLON

JITRA - Majlis Makan Malam Bersama Menteri Besar Kedah Darul Aman akan diadakan pada 7 Okt (Hari ini), bertempat di sekolah berkenaan pada jam 5.30 petang ini.
Menurut, Che Halim Ismail, Ketua Penerangan PAS Kubang Pasu mewakili Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah berkenaan bahawa, "pihak sekolah telah mengundang YAB Dato Seri Ustaz Hj. Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman ke majlis makan malam sempena meraikan ibadah puasa 6 pada tahun ini".
Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk membuat kutipan dana sekolah At-Thoiyyibah melalui jualan kupon makan malam. Setiap kupon bernilai RM10.00 yang akan dimasukkan ke dalam dana sekolah berkenaan.
Sebelum ini, di Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri yang dianjurkan oleh PEMBELA di Country Height baru-baru ini turut membuat jualan kupon kepada para hadirin dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Che Halim berkata, " Sempena Majlis Makan Malam tersebut, di sebelah malamnya akan diadakan Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh YB. Dr. Mujahid Yusof Ar-Rawi, AJK PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ustaz Hj. Hasan Abdul Razak, Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah Darul Aman.
Sehubungan itu, orang ramai di jemput hadir ke majlis yang akan diadakan.

No comments: