Tuesday, October 7, 2008

MENGAPA SAMBUTAN CERAMAH DI AT-THOIYYIBAH MENGHAMPAKAN ?

CHANGLON - Suatu perkara yang memalukan, apabila program ceramah anjuran Lajnah Penerangan PAS Kubang Pasu di Sekolah Menengah AT-Thoiyyibah, Changlon tidak mendapat sambutan.
Pemantauan yang dilakukan bahawa program ceramah pada malam ini (7 Okt) yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kubang Pasu tidak mendapat sambutan dan di luar dugaan sama sekali.
Mengikut pandangan beberapa orang yang hadir, jumlah kehadiran di program tersebut tidak sampai 300 orang, sedangkan tokoh penceramah yang di jemput adalah sangat baik iaitu YB. Dr. Mujahid Yusof Ar-Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ustaz Hj. Hasan Abdul Razak, Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah.
Difahamkan juga, tujuan ceramah tersebut adalah untuk mengumpul dana kepada Sekolah Menengah Agama At-Tahoiyyibah yang diuruskan oleh mantan Yang DiPertua PAS Kubang Pasu iaitu Ustaz Hj. Yusof Ahmad.
Lebih mendukacitakan ialah ramai dikalangan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan Lajnah Penerangan PAS Kubang Pasu juga tidak hadir.
Jumlah kekurangan para hadirin di program ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kubang Pasu menimbulkan persoalan dan merupakan isu kritikal yang perlu di ambil tindakan segera oleh PAS Kubang Pasu supaya dapat memperbaiki kelemahan ataupun kesilapan dalam penganjuran ceramah di masa-masa akan datang.
Tokoh yang datang telah bersusah payah memenuhi jemputan oleh pihak penganjur mestilah dihargai serta di ambil kira kerana ia bukan merupakan perkara yang mudah jika bukan kerana kesediaan mereka melakukan pengorbanan demi memastikan segala informasi berkaitan isu setempat dan isu semasa disampaikan kepada rakyat dalam perspektif PAS itu sendiri.
Apatah lagi YB Dr. Mujahid Yusof Ar-Rawa datang mengejar waktu dari Parit Buntar semata-mata untuk memenuhi undangan penganjur. Kehadirannya seperti tidak dihargai dan memberi manfaat yang lebih luas dalam konteks PAS sebagai sebuah parti politik yang memerintah kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya di negeri Kedah Darul Aman.
Menurut, Haron Yahya dari Kg. Bukit Tinggi yang hadir di program Ceramah yang dijalankan melahirkan rasa kesalnya kerana program ceramah tersebut tidak mendapat sambutan. Sedangkan tokoh yang datang adalah sangat baik dan hebat.
Tambahnya lagi, "PAS Kubang Pasu, Khususnya Penerangan Kawasan mesti mengambil iktibar dari kejadian ini kerana ia mencerminkan ada sesuatu yang tidak kena dalam gerak kerja yang dijalankan".
Idris Hj Hassan, Kg Lubuk Kawah yang hadir pula menyatakan bahawa, "hebahan tentang program ini tidak merata, hanya beberapa keping poster dan kain bidang di tempat tertentu sahaja seperti di Bandar Darulaman. Dulu..setiap kali program ceramah poster di tampal merata-rata sampai ke luar kawasan Kubang Pasu".
"Lajnah Penerangan mesti mengubah cara dan kaedah berkerja supaya setiap program yang akan dianjurkan mendapat sambutan khususnya dari ahli-ahli PAS. Jangan hanya guna sms saja nak bagi tahu orang", ujarnya.
Sarip Omar, Kg Pelubang pula berkata, "Macam mana orang nak mai, poster pun tak ada. Saya datangpun kerana dapat tahu melalui sms, bila kawan ajak dengar ceramag MB Kedah malam ni. Lain kali nak buat ceramah, tempeklah poster banyak sikit macam dulu-dulu' ujarnya.
Bagi Rosli Omar, AJK Lajnah Penerangan pula, "bukannya sebab poster orang tak mai, tetapi kerana hujan turun".
"Lajnah Penerangan dah buat kerja ikut kemampuannya, tetapi ahli-ahli harus faham bahawa kita semua bertanggungjawab untuk menjayakan sesuatu majlis. Kalau nak harap poster di pasang merata-rata baru nak mai, itu tak betul kerana ahli-ahli mestilah memahami tanggungjawab masing-masing untuk menghebahkan program ceramah ini kepada orang lain" tegasnya.

No comments: