Friday, October 24, 2008

RASIONAL DALAM MENERIMA TEGURAN

Penulis dilaporkan bahawa Yang DiPertua PAS Kubang Pasu, YB Dr, Hj Mohd Isa Ismail telah menyelar blog 'Harapan Baru Kubang Pasu', kerana memuatkan komentar oleh Ketua Penerangan PAS Kubang Pasu iaitu Che Halim Ismail berhubung isu parking.

Lebih mendukacitakan bahawa, Yang DiPertua PAS Kubang Pasu membuat dakwaan bahawa ia menjurus ke arah merosakkan PAS Kubang Pasu, bukan sebagai elemen untuk memperkasakan PAS.

Sesungguhnya, penulis ingin menyatakan bahawa blog adalah medium terkini untuk mana-mana pihak yang bijak memanfaatkannya untuk menyampaikan apajua pandangan, kritikan, idea maupu aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan cara paling berkesan. Di samping ia lebih praktikal, murah dan menjimatkan masa serta tenaga.

Bagi penulis, bahan yang dipaparkan dalam blog Harapan Baru Kubang Pasu adalah sesuatu yang perlu diketahui umum. Ia penting, supaya sesuatu perkara yang berbangkit tersebut dapat diketahui dengan lebih jelas, khususnya oleh Yang DiPertua PAS Kubang Pasu ataupu mana-mana pihak yang terlibat supaya boleh mengambil tindakan dengan segera.

Bagaimanapun, penulis ingin menegaskan bahawa PAS Kubang Pasu perlu berani menghadapi kritikan serta bersikap lebih terbuka menghadapi kritikan dan pandangan rakyat serta ahli-ahli PAS yang mahu memastikan PAS itu menjadi lebih kuat dan releven kepada masyarakat Kubang Pasu. Tugas seluruh ahli-ahli dan saf kepimpinan PAS ialah mempertahankan kemenangan kerajaan Pkatan Rakyat yang telah diberikan mandat oleh rakyat,bukan menyembunyikan perkara yang sememangnya diketahui umum. Di samping bersedia membuat penambahbaikan dalam gerak kerja, strategi serta organisasi yang di lihat lemah dan tidak bermaya.

Semoga dengan penampilan blog Harapan Baru Kubang Pasu menjadi suatu keperluan dan pendesak yang boleh memberi kebaikan dan keuntungan kepada PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Apapun ialah elakkan tindakan sehingga boleh menjadi isu yang mungkin sedia dimanipulasikan oleh musuh politi PAS itu sendiri.

No comments: