Tuesday, October 7, 2008

SHARIF ISHAK AKTIVIS PAS CHANGLON YANG DIHORMATI OLEH KAUM INDIA

Pada kali ini program Tautan Kasih, Eratkan Perpaduan menjelajah di zon Changlon menemui seorang aktivis PAS yang dikenali sebagai Tok Janggut dikalangan kaum India.
Tok Janggut, nama sebenar Sharif Ishak, 43, merupakan seorang aktivis PAS sejak dari bangku sekolah lagi. Bergiat cergas dalam PAS Kawasan Kubang Pasu sejak era 80an lagi.
Banyak perkara yang boleh kita kongsi bersama dengannya apabila bercerita tentang PAS Kubang Pasu, khususnya PAS di zon Changlon.
Shariff merupakan anak yang dibesarkan dalam keluarga aktivis PAS di Changlon dan bapanya semasa hidup merupakan seorang tokoh perniagaan Melayu yang amat dihormati oleh kawan dan lawan.
Kini, Sharif lebih dikenali sebagai Tok Janggut merupakan aktivis PAS telah berjaya menarik seramai 152 kaum India menyertai Kelab Penyokong PAS di sana. Penyertaan kaum India sebagai ahli Kelab Penyokong PAS telah berjaya diadakan pada bulan Ramadhan lalu, di mana YB. Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Kedah dan YB. Mohd Nasir Mustaffa, Adun KUbang Rotan telah di jemput hadir menerima borang kemasukan mereka serta memberikan ucapan.
Menurut Sharif bahawa, "Kaum India di Changlon menyertai Kelab Penyokong PAS adalah kerana mereka yakin dengan perjuangan Islam yang di bawa PAS. Di samping, nereka yakin bahawa PAS boleh menjadi pemimpin yang baik serta memberi keadilan dan bertanggungjawab".
Pelbagai program telah dan akan di atur untuk mereka (Kaum India) supaya segala maklumat dan perkembangan yang berlaku dalam negeri Kedah dapat disampaikan, ujarnya.
Bercakap tentang PAS Kubang Pasu pula, Sharif mengakui bahawa keprihatinan kepimpinan terhadap ahli-ahli bawahan adalah amat penting sekali. Ini kerana, ahli-ahli sering menunggu kedatangan pemimpin berjumpa dengan mereka untuk mengetahui segala maklumat dan perkembangan semasa".
"Pemimpin jangan malas untuk turun berjumpa ahli. Pemimpin harus sedar bahawa kedudukan mereka adalah kerana dipilih oleh orang bawahan" katanya lagi.
Sharif menambah, 'Di era 80an, para pemimpin PAS ketika itu sering turun ke cawangan-cawangan menemui ahli-ahli PAS dalam pelbagai bentuk program yang diatur. Antaranya ialah program usrah, perjumpaan dalaman, kuliah dan ceramah kelompok".
Almarhum Ustaz Fadzil Noor selaku Presiden PAS sendiri bila di jemput ia akan datang, walaupun kami hanya buat kenduri arwah. Tetapi sekarang agak berlainan" ujarnya lagi.
"Kini, ukhwah Islamiyyah dalam PAS semakin goyah kerana hubungan antara pemimpin dan ahli agak renggang dan juga pemimpin hanya memilih orang-orang tertentu sahaja untuk berkawan. Kadangkala nak anjur sesuatu program pun, ahli-ahli tak di ajak berbincang" katanya.
Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa jika kita mahu PAS menjadi kuat antara faktornya ialah para pemimpin mesti rajin turun ke cawangan dan memenuhi jemputan ahli. Alasan sibuk dan sebagainya hendaklah diketepikan. Jika pemimpin tak sunggup melakukannya, maka jangan harap PAS akan menjadi kuat, tegasnya lagi.

No comments: