Friday, October 24, 2008

TAHNIAH AJK PAS KUBANG PASU

HASRAT MENERUSKAN BAYARAN LETAK KERETA BERKUPON OLEH BEBERAPA AHLI MAJLIS DAERAH KUBANG PASU MENDAPAT BANTAHAN OLEH AJK PAS KUBANG PASU..

Mesyuarat Ahli Jawatankusa Kerja PAS Kubang Pasu yang diadakan petang kelmarin (24 Oktober) telah membuat keputusan membatalkan hasrat beberapa orang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang mewakli parti PAS untuk menguatkuasakan perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon di Pekan Jitra dan beberapa kawasan lain dalam daerah Kubang Pasu.

Maklumat yang diperolehi oleh penulis bahawa, isu berhubung cadangan melaksanakan bayaran letak kereta berkupon yang dibangkitkan dalam Mesyuarat PAS Kubang Pasu telah dibincang dengan hangat serta berlaku pertikaman lidah di antara Ketua Penerangan PAS Kubang Pasu, Che Halim Ismail dengan salah seorang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu iaitu Hj. Abdul Rahman Daii’.

Isu tersebut telah dibincangkan sehingga memakan masa hampir 1 jam, menurut seorang AJK PAS kawasan yang turut hadir di dalam mesyuarat tersebut.

Isu bayaran letak kereta berkupon yang mahu dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu telah menjadi hangat diperkatakan oleh masyarakat, khususnya di sekitar Pekan Jitra sejak 2 bulan lalu. Di mana, ia telah menimbulkan reaksi kurang senang dikalangan pengguna, khususnya yang menggunakan tempat letak kereta berkenaan setiap hari kerana ia menempatkan premis perniagaan ataupun pejabat kakitangan swasta maupun kerajaan sejak zaman UMNO/BN lagi.

Perkara ini dibangkitkan semula oleh AJK PAS Kubang Pasu ekoran dari taklimat khas oleh Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu kepada YB. Dato Mohd Taulan Rasul, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman baru-bari ini yang mendakwa bahawa keputusan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu pada 24 september lalu yang membuat keputusan secara undian membatalkan penguatkuasa bayaran letak kereta berkupon oleh Majlis Daerah Kubang Pasu yang dikuatkuasa sejak 15 September 2008 adalah batal.

Oleh kerana, isu ini dianggap menjadi liability kepada PAS dan Pakatan Rakyat maka sebahagian AJK PAS Kubang Pasu yang mengadakan mesyuarat petang kelmarin telah membuat keputusan membatalkan hasrat menguatkuasa bayaran letak kereta berkupon tersebut.

Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu hendak membawa keputusan mesyuarat AJK PAS Kawasan Kubang Pasu ke dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu pada masa depan.

No comments: