Friday, October 24, 2008

MENGAPA BALING BATU, SEMBUNYI TANGAN

JANGAN KAMBING HITAMKAN DATO MOHD TAULAN RASUL

Berhubung isu parking (bayaran letak kereta berkupon) yang ingin dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu sejak 15 September lalu telah mencetuskan kontraversi, khususnya dikalangan AJK PAS Kubang Pasu dan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (dibaca : dilantik oleh parti PAS Kubang Pasu).

Sebelum ini, rakyat telah dimaklumkan bahawa penguatkusaan bayaran letak kereta berkupon telah DIBATALKAN melalui undian dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang diadakan pada 24 September lalu. Keputusan ini amat melegakan rakyat, khususnya para pengguna yang sering atau terpaksa menggunakan ruang letak kereta di Pekan Jitra kerana meenggunakan kereta ke tempat kerja masing-masing.

Tinjauan yang dibuat bahawa Pekan Jitra Lama dan Pekan Jitra 2, bukan sahaja menjadi pusat atau premis perniagaan, malah ia juga menempatkan bangunan untuk agensi-agensi kerajaan samada di peringkat kerajaan Persekutuan, malah pejabat agensi kerajaan Negeri Kedah sendiri. Jika perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon ini dikuatkusakan maka mereka yang terpaksa menggunakan ruang letak kereta tersebut terpaksa menampung kos tambahan yang dikenakan melalui penguatkuasaan bayaran ketak kereta berkupon oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

Namun, hasrat membatalkan perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon tersebut dianggap tidak sah dalam suatu Majlis Taklimat Khas yang dihadiri oleh YB Dato Mohd Taulan Rasul, Exco Kerajaan Negeri Kedah baru-baru ini.

Sekonyong-konyong beberapa Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang mahu penguatkusaan bayaran letak kereta berkupon ini dilaksanakan telah menhebohkan kepada orang ramai bahawa ‘parking’ akan diteruskan juga. Tambahnya lagi bahawa, ia amat penting demi untung mengisi ‘kantung’ Majlis Daerah Kubang Pasu yang semakin berkurang ataupun hamper defisit.

Ironinya ialah beberapa Ahli Majlis yang terlibat mendakwa bahawa keputusan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (24 September) tidak sah telah mendapat sokongan oleh YB Dato Mohd Taulan Rasul sendiri. Di samping memberi gambaran bahawa Exco berkenaan juga tirut bersetuju penguatkusaan bayaran letak kereta berkupon di Pekan Jitra dan kawasan-kawasan yang tertentu wajar dilaksankan, demi kebaikan Majlis Daerah Kubang Pasu.

Jika dikaji serta diperhatikan bahawa semacam ada tindakan membaling batu, sembunyi tangan serta mahu kambing hitamkan Exco Kerajaan Kedah Darul Aman oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melaksanakan bayaran letak kereta berkupon tersebut.
Nantinya yang salah atau dikritik serta dimarahi oleh rakyat bukan dikalangan Ahli Majlis Daerah yang berkenaan, sebaliknya kepada YB Dato Mohd Taulan Rasul.

Oleh itu, penulis ingin memberi sedikit teguran kepada Ahl-Ahli Majlis yang mahu pengutakusaan bayaran letak kereta berkupon dilaksanakan bahawa mereka adalah dikalangan para pemimpin yang TIDAK PRO RAKYAT. Lebih mendukacitakan lagi ialah mereka adalah individu yang buta mata, pekak telinga dan hilang keupayaan panca indera memahami hasrat dan aspriasi parti, khususnya PAS serta kerajaan Pakatan Rakyat.

Lebih mendukacitakan lagi ialah mereka yang berkenaan jangan beranggapan bahawa mereka adalah dikalangan yang bijak dan lebih hebat dari AJK PAS Kawasan kerana telah dilantik menjadi Ahli Majlis. Sesungguhnya perlu diingatkan bahawa mereka dilantik sebagai Ahli Majlis adalah kerana posisi jawatan dalam parti, tetapi bukan kerana kebijaksanaan dalam berpolitik maupun memahami hasrat rakyat yang menjadi tunggak kepada pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, penulis ingin menyarankan kepada mereka yang tidak boleh membawa agenda Pakatan Rakyat dan kehendak rakyat supaya lebih bertanggubgjawab meletakkan jawatan mereka, sebelum menerima protes rakyat pada masa akan datang.

No comments: