Friday, October 3, 2008

MAJLIS RUMAH TERBUKA EIDUL FITRI PEMBELA MERIAH

JENAN- Majlis Rumah Terbuka anjuran PEMBELA kerjasama Sukarelawan PAS Kubang Pasu disambut dengan meriah dan ceria.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran dua orang bekas pimpinan PAS iaitu Ustaz Abdul Halim Arshad, Mantan Setiausaha Agung PAS Pusat, Al-Fadhil Ustaz Yusof Abdullah, mantan Yang DiPertua PAS Kubang Pasu, di samping YB Mohd Nasir Mustaffa, Adun Kubang rotan serta rakan-rakan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu.

Menurut, Saadon Hashim selaku Pengerusi Penyelaras Program Rumah Terbuka Eidul Fitri tersebut seramai 200 orang tetamu jemputan hadir termasuk Pengerusi dan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS, Pengerusi dan ahli-ahli Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis, di samping ahli-ahli PAS dari dalam dan luar Kubang Pasu.

Pelbagai hidangan disediakn termasuk satay, rendang dan ketupat dan kueh - mueh yang disediakan oleh PEMBELA dengan kerjasama Country Height Darulaman Jenan.

Di samping menjamu selera, tetamu juga dapat mendengar ucapan dari YB. Mohd Nasir Mustaffaa, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir, Ketua Penerangan PAS Kubang Pasu, Che Halim Ismail dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu, Ustaz Yusof Abdullah.

"Walaupun tetamu undangan khas, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak dapat hadir di saat-saat akhir, namun majlis tetap berjalan dalam suasana ceria dan meriah, ujar Saadon.

Presiden PEMBELA di dalam ucapannya menyebut bahawa, majlis yang diadakan pada malam ini adalah bertujuan untuk merapatkan ikatan ukhwah Islamiyyah khususnya dengan ahli-ahli dan saudara seagama, di samping menjalinkan hubungan erat dengan kaum-kaum lain termasuk India, Cina dan Siam.

"Menjadi hasrat PEMBELA bahawa boleh menjadi jambatan kepada Jamaah PAS mendekatkan hubungan dengan ahli-ahli dan kaum lain dalam Kubang Pasu, di samping bertindak sebagai badan bukan kerajaan yang pro aktif bukan sahaja kepada kerajaan Pakatan Rakyat, malah memperjuang nasib rakyat yang tidak bernasib baik" katanya lagi.

Mohd Jamal menambah, "kehadiran dua tokoh kepimpinan PAS serta tetamu yang lain amat besar ertinya kepada perjuangan badan bukan kerajaan khususnya PEMBELA, sekaligus menjadi pendorong ke arah mempertingaktkan lagi gerak kerja yang sedang dan akan dilakukan.

No comments: