Monday, October 6, 2008

HJ.MAIDIN SHAFIE, VETERAN PAS YANG ISTIQAMAH

Program Tautan Kasih, Eratkan Perpaduan oleh Sukarelawan PAS Kubang Pasu pada hari ini turun menemui seorang veteran PAS Kubang Pasu yang telah banyak menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit di erah 90an.
Veteran PAS yang dimaksudkan ialah Tuan Hj. Maidin Shafie, 66 tahun yang kini tinggal di rumah kedai Taman Tabung Haji, Kepala Batas.
Di era 90an, beliau telah memegang banyak jawatan dalam parti samada di peringkat cawangan. maupun kawasan.
Rombongan Sukarelawan PAS yang menziarahi beliau pada kali ini ialah saudara Mohd Dzohir Hamid, Idris Hj. Hassan, Muslim Daud, Basir Hj. Ismail, Khairul Hadee Ismail dan Aziz Abd Rahman.
Pertemuan dengan Tuan Hj. Maidin di rumahnya pada hari ini telah memberi banyak pengalaman dan kesan yang mendalam kepada kami semua. Ini kerana banyak nasihat dan teguran iklhlas yang diperkatakan kepada kami selaku generasi baru dalam Jamaah PAS.
Hj. Maidin berkata, "Dalam PAS kita mesti saanggup berkorban samada masa, tenaga, wang ringgit maupun nyawa. Paling baik jika kita tidak memilih-milih jenis pengorbanan yang diberikan kepada perjuangan ini".
Beliau menambah, " PAS akan menjadi kuat dan ditakuti oleh UMNO/BN, jika ahli-ahli semua sanggup melakukan pengorbanan bila diperlukan oleh Jamaah. Namun, pengorbanan tersebut biarlah ikhlas dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dari Allah SWT semata-mata, bukan kerana sesuatu kepentingan keduniaan".
"Dulu para pemimpin PAS dan ahli-ahli kuat membuat pengorbanan sehingga UMNO/BN menjadi gerun setiap kali kita menghadapi Pilihanraya Umum. Walaupun kita tak menang, tapi kepuasan melakukan kerja-kerja untuk PAS tetap tinggi dan tidak rasa ia menjadi sia-sia", ujanrnya lagi.
Hj. Maidin turut mengingatkan kepada rombongan kami supaya terus bersama PAS dalam apajua keadaan sekalipun kerana ia merupakan Jamaah Islam. Soal kita berjaya atau tidak menjadi kerajaan yang memerintah, bukan perkara utama kerana Allah SWT hanya akan menyoal kita di akhirat kelak tentang kerja buat yang telah kita sumbangkan kepada perjuangan Islam.
Sehubungan itu, "ahli-ahli PAS sekarang kena rasa bersyukur bahawa kemenangan yang PAS capai hingga jadi kerajaan Kedah adalah hasil usaha dan pengorbanan ahli-ahli PAS dulu-dulu", ujarnya dengan bersemangat.
Di akhir peretemuan tersebut, beliau juga menasihatkan kepada kami serta ahli-ahli PAS supaya istiqamah dan siqah dengan perjuanagan PAS, jika mahu menjadi hamba Allah SWT yang berada di landasan kehidupan yang diberkati dan diredhai oleh Yang Maha Berkuasa", katanya.

No comments: