Sunday, November 9, 2008

HIMPUNAN KHAS ISU AHLI MAJLIS KHIANATI PAS KUBANG PASU

HIMPUNAN KHAS SELURUH AHLI PAKATAN RAKYAT

BADAN BERTINDAK MEMBANTAH PENGUATKUASAAN BAYARAN LETAK KERETA BERKUPON KUBANG PASU (BAGUS) yang ditubuhkan untuk menanggani isu perlaksanaan bayaran kereta berkupon di Pekan Jitra akan mengadakan suatu Himpunan Khas pada 15 November, jam 9.00 Malam, bertempat di Markaz PAS Kawasan Kubang Pasu, Tok Kesop, Jitra.

Menurut Koordinator BAGUS, saudara Idris Hassan bahawa, Himpunan Khas ini diadakan bertujuan untuk meminta penjelasan dari ketiga-tiga Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu iaitu Masduki Abdullah, Abdul Aziz Jusoh dan Abdul Rahman Dai’ yang telah membelakangkan keputusan PAS Kawasan Kubang Pasu yang mahu perlaksanan bayaran letak kereta berkupon tersebut di batalkan.

Oleh kerana, kami beranggapan PAS Kawasan Kubang Pasu tidak mungkin akan mengadakan majlis ataupun program untuk ahli-ahli Pakatan Rakyat mendapatkan penjelasan secara langsung dari ketiga-tiga mereka yang berkenaan, maka BAGUS akan memainkan peranan menganjurkan program Himpunan Khas tersebut.

Idris berkata, BAGUS akan menghantar surat kepada ketiga-tiga Ahli Majlis berkenaan dalam masa terdekat ini untuk menjemput mereka hadir ke dalam program yang akan diadakan, sekaligus bersedia memberi pertanggungjawapan di atas tindakan mereka yang membelakang keputusan PAS Kawasan Kubang Pasu, sekaligus bertindakan menikam belakang rakan-rakan Ahli Majlis Pro Rakyat yang lain.

Sehubungan itu, BAGUS akan mengedarkan handbill sebanyak 5000 keping di seluruh kawasan Kubang Pasu dan Jerlun bagi memastikan ahli-ahli Pakatan Rakyat dapat hadir beramai-ramai di dalam program yang akan di adakan. Di samping, program ceramah berkelompok ke seluruh cawangan-cawangan akan diadakan bermula pada hari Jumaat ini di Kg. Perupok, Malau melibatkan 3 cawangan PAS berhampiran.

Idris menambah, tindakan ketiga-tiga Ahli Majlis yang membelakangi keputusan PAS Kawasan Kubang Pasu merupakan tindakan mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh PAS dan seluruh ahli-ahli kepada mereka. Jika mereka adalah seorang yang bertanggungjawab dan memahami akhlak berjamaah, adalah wajar mereka meletakkan jawatan dengan segera sebelum ahli-ahli mendesak mereka berbuat demikian.

No comments: