Sunday, November 9, 2008

MASDUKI, ABDUL AZIZ DAN ABD RAHMAN DAI' ADALAH PENGKHIANAT KEPADA PAS

PAS KAWASAN DI DESAK SINGKIRKAN 3 AHLI MAJLIS YANG KHIANAT KEPUTUSAN PAS KUBANG PASU

Malam tadi suatu perjumpaan khas di adakan bertempat di pejabat PEMBELA (Perikatan Belia Bersatu Malaysia) yang turut dihadiri oleh 8 orang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kubang Pasu, 4 orang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (PAS + PKR), Ketua-Ketua PAS Cawangan serta Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA, bagi membincangkan isu berkaitan Ahli Majlis PAS + PKR yang menyokong perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon di Pekan Jitra dan kawasan-kawasan lain.

Menurut, Basir Hj. Ismail, Setiausaha Agung PEMBELA bahawa, perjumpaan tersebut diadakan ekoran daripada tindakan tiga orang Ahli Majlis yang mewakili PAS Kubang Pasu iaitu Sdr Abdul Rahman Dai’, Marzuki Abdullah dan Abdul Aziz Jusoh yang telah menyetujui perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon di Pekan Jitra oleh Majlis Daerah Kubang Pasu. Ketiga – tiga mereka berkenaan merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu yang juga merupakan orang kuat PAS Kubang Pasu.

Sedikit latarbelakang ketiga-tiga mereka berkenaan. Marzuki Abdullah ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kubang Pasu, Abdul Aziz Jusoh, Naib Yang DiPertua, juga Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu dan Abdul Rahman Dai’ pula merupakan Pengarah Pilahanraya PAS Kubang Pasu dan ketiga-tiga mereka merupakan orang kanan kepada YB Dr. Abdul Isa Ismail, iaitu Yang DiPertua PAS Kubang Pasu merangkap Yand DiPertua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

Basir menjelaskan bahawa tujuan perjumpaan yang diadakan pada malam kelmarin ialah untuk mendapatkan maklumat lengkap dari beberapa orang Ahli Majlis yang terlibat langsung dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang diadakan pada petang kelmarin (9 Nov) berhubung dengan isu parking. Di samping, merumuskan keputusan yang wajar di ambil terhadap ketiga-tiga Ahli Majlis yang telah melanggar arahan parti PAS Kubang Pasu yang mahu supaya perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon dibatalkan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

Perjumpaan tersebut telah mengambil beberapa ketetapan, iaitu :-

Pertama : Mendesak Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu supaya menyingkirkan ketiga-tiga Ahli Majlis (Masduki, Abdul Aziz dan Abd Rahman) dari jawatan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu.

Kedua : Menggerakkan seluruh Ahli PAS dan pendukong Pakatan Rakyat hadir dalam suatu Himpunan Khas yang akan diadakan pada 15 Nov 2008, jam 9.00 Malam, bertempat di Markaz PAS Kubang Pasu, Kg Tok Kesop, Jitra bagi berjumpa dengan ketiga-tiga Ahli Majlis yang berkenaan.

Ketiga : Mengadakan Demonstrasi Bantahan Perlaksanaan Bayaran Letak Kereta Berkupn di Pekan Jitra pada 22 November akan dating.

Keempat : Menghantar memorandum kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah

Kelima : Mengadakan roadshow ke seluruh cawangan dalam kawasan Kubang Pasu melibatkan AJK PAS Kawasan Kubang Pasu, Ahli Majlis Pro Rakyat (PAS + PKR) dan aktivis PAS Kawasan Kubang Pasu untuk memberi penerangan berhubung tindakan khianat oleh tiga orang Ahli Majlis PAS Kubang Pasu yang telah mengambil pendirian menyokong perlaksanaan bayaran letak kerata berkupon oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

Basir menambah, “Keseluruhan peserta yang hadir malam tadi mengecam dan mengutuk sikap ketiga-tiga Ahli Majlis berkenaan yang dianggap sebagai pengkhianat kepada keputuasan parti serta menikam dari belakang, khususnya Ahli Majlis Pro Rakyat iaitu Ustaz Yusof Ahmad, Dr Rohani Abd Mutalib dan Tuan Hj. Ismail Ahmad.

No comments: