Wednesday, December 3, 2008

MOHD NOOR SEDIA BANTU KUATKAN PAS KUBANG PASU

UTAMAKAN TARBIYYAH HARAKI KEPADA AHLI

Kesudian Mohd Noor balik menjadi ahli PAS di Kubang Pasu seperti yang dilaporkan semalam amat dialu-alukan oleh para aktivis PAS di sini.

Menurut Ustaz Yusof Hj. Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu, dulu Mohd Noor pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu, tetapi telah berpindah ke Pokok Sena kerana berlaku masalah dalaman yang tidak membolehkannya untuk menyumbang tenaga membantu PAS Kubang Pasu.

“Pengalaman, iltizam dan hubungan baiknya dengan saf kepimpinan PAS di peringkat , negeri dan pusat akan memberi banyak manfaat kepada PAS Kubang Pasu, sekiranya beliau di manfaatkan secara bersungguh-sungguh. DPP Kubang Pasu menyambut baik kesudian cikgu Mohd Noor berpindah balik ke Kubang Pasu” kata Ustaz Yusof.

Baru-baru ini, Mohd Noor telah mengumumkan kesudiannya berpindah balik keahlian ke Kubang Pasu ketika menjadi memimpin Usrah Qubra yang diadakan di rumah Ketua Cawangan Bukit Wang, Kg. Gajah Duduk, Mukim Malau.

Mengulas tentang tujuan perpindahannya, Mohd Noor berkata, atas nasihat dan dorongan teman-taman aktivis PAS telah membuatnya bersetuju untuk berpindah ke Kubang Pasu. Di samping beliau juga sedar bahawa Kubang Pasu perlukan lebih banyak lagi tenaga untuk turut sama memperkasakan PAS di sini. Hasratnya ini telahpun dimaklumkan kepada YB Hj. Mahfuz Omar, YDP Pokok Sena.

Beliau berkata, “PAS Kubang Pasu berpotensi untuk menjadi pilihan kepada rakyat pada PRU 13 akan datang. Namun ia perlukan perubahan terlebih dahulu terutama dalam strategi politik serta penyusunan organisasi yang mantap”.

“PAS Kubang Pasu perlu membawa ahli-ahlinya di semua peringkat memperjuangkan ajaran Islam, di samping mendepani pelbagai cabaran semasa yang semakin kompleks dan kritikal”, ujarnya lagi.

Beliau yang juga Naqib Usrah Qubra aktivis PAS Kubang Pasu serta Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Negeri Kedah juga menegaskan, antara punca kelemahan dalam PAS Kubang Pasu ialah berkurangnya aktiviti tarbiyyah, khususnya yang melibatkan saf kepimpinan serta ahli-ahli di peringkat cawangan. Isu ini perlu diberi perhatian yang serius, jika kita mahu melihat PAS berada di landasan Islam yang hakiki”.

“Tanpa tarbiyyah, bagaimana kita nak melahirkan para amillin yang serius dan ikhlas berjuang untuk menegakkan Islam. Tarbiyyah berbentuk haraki perlu dihidupkan semula supaya ia dapat membentuk saksiyyah para pendokong PAS” katanya lagi.

Dalam kontek PAS yang telah diamanahkan menerajui kepimpinan kerajaan Negeri Kedah, PAS Kubang Pasu perlu tampil kehadapan dengan lebih aktif dan progresif terutamanya menyelesaikan isu-su yang berkaitan rakyat semua kaum dalam daerah ini. Kita tidak boleh biarkan hanya media cetak ataupun UMNO/BN sahaja tampil, sekaligus memanipulasi isu-isu yang boleh menjatuhkan kredebiliti kerajaan yang ada sekarang, tegasnya lagi

Mohd Noor menambah lagi, persoalan utama sekarang bukan soal jawatan ataupun siapa yang patut menjadi pemimpin, sebaliknya ialah seluruh ahli-ahli PAS harus tahu tanggungjawab dan peranan mereka memperkasakan PAS sehingga ia menjadi sebuah Jemaah adan parti politik yang releven kepada rankyat.

"Saya terima siapa sahaja yang akan memimpin PAS Kubang Pasu. Yang penting sekali, tumpuannya gerak kerja mestilah menjurus kepada membawa pembaharuan yang boleh di terima oleh ahli-ahli PAS dan juga rakyat dalam daerah ini,” " katanya.

No comments: