Saturday, December 6, 2008

KENDURI QURBAN

SELURUH AHLI USRAH QUBRA DAN AHLI-AHLI PAS DI JEMPUT HADIR

Sempena Hari Raya Eidul Adha, Jawatankuasa Usrah Qubra PERKASA akan mengadakan majlis kenduri korban pada hari Isnin (Hari Raya Pertama) di rumah Azizan Abd Wahab, Ketua PAS cawangan Bukit Wang.

Hj Taib Abdul Rahman, Pengerusi Usrah Qubra berkata, PAS cawangan Bukit Wang dipilih menjadi tuan rumah program ini memandangkan di situ tidak ada aktiviti peyembelihan korban yang dilakukan oleh ahli-ahlinya, berbanding dengan cawangan lain di Kubang Pasu.

Di samping kenduri korban tersebut, pihaknya akan mengadakan majlis solat Eidul Adha yang akan bermula pada jam 8.00 pagi.

Sehubungan itu Hj Taib berkata, “seluruh ahli Usrah Qubra serta ahli-ahli PAS yang berkesempatan pada hari tersebut di jemput hadir ke majlis yang diadakan, terutama untuk jamuan kenduri korban yang akan bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 3 petang. Di samping, jamuan pihaknya juga akan mengagih-agihkan daging korban tersebut kepada ahli-ahli PAS dalam cawangan tersebut.

No comments: