Tuesday, December 2, 2008

USTAZ IDRIS HADIR DI PROGRAM TAMRIN QUBRA

Jawatankuasa Memperkasa PAS Kubang Pasu (PERKASA) akan menganjurkan program Tamrin Qubra pada 25 Disember depan. Program tersebut diadakan lanjutan dari program Usrah Qubra yang telah diadakan sebanyak 20 siri.

Menurut Hj. Taib Abdul Rahman, “Mesyuarat Jawatankuasa PERKASA malam kelmarin telah memutuskan untuk mengadakan program tersebut di Surau Kg. Tanjung Kapor, Jitra yang akan bermula dari solat Maghrib berjamaah sehingga subuh”.

Bagi memantapkan pengisian program Tamrin Qubra tersebut, pihaknya telah mengundangkan Ustaz Idris Hj Ahmad, Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, di samping beberapa orang pimpinan PAS Negeri Kedah.

“Tamrin Qubra diadakan sebagai lanjutan kejayaan mengadakan program Usrah Qubra sejak pertengahan tahun ini, di samping menyahut saranan pimpinan PAS Pusat supaya menggerakkan kembali program tarbiyyah dalam semua peringkat yang melibat ahli-ahli dan aktivis PAS” ujarnya lagi.

“Kekuatan PAS adalah terletak kepada iltizam ahli-ahli dan aktivis untuk menerima tarbiyyah dalam acuan PAS. Ia penting kerana dapat membentuk kesatuan fikrah dan kesatuan amal di dalam Jemaah ini”, katanya lagi.

Baru-baru ini YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat secara terbuka mengaku hampir satu dekad PAS di semua peringkat telah mengabaikan pragram tarbiyyah, sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang melanda Jemaah”, ketika membentang kertas kerjaya di Konvensyenh Tarbiyyah Peringkat Negeri Pahang, dekat Jerantut.

Sehubungan itu, Hj. Taib menyeru kepada seluruh ahli-ahli dan aktivis PAS supaya dapat menghadirkan diri dalam program tersebut bagi meningkatkan daya juang serta memahami secara jelas tentang tassawur perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS.

Sebanyak tiga kertas kerja akan dibentangkan iaitu berkaitan iaitu, pertama, kepimpinan dan organisasi, kedua, PAS - Halatuju dan Cabaran Sebagai Kerajaan dan ketiga Penerangan serta penjelasan tentang dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

No comments: