Tuesday, December 2, 2008

MOHD NOOR PINDAH KE KAWASAN KUBANG PASU

PAS Kubang Pasu akan menerima tenaga baru, apabil Mohd Noor Hanapi, Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah bersetuju untuk berpindah menjadi ahli PAS di cawangan Hosba dalam kawasan Kubang Pasu.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Hosba, Rosli Omar berkata, "PAS Cawangan Hosba telah membuat keputusan mempelawa cikgu Mohd Noor Hanapi mantan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah berpindah kehalian ke cawangan Hosba, sekaligus dapat membantu memimpin PAS cawangan Hosba pada tahun depan.

Mohd Noor merupakan seorang aktivis Jemaah PAS yang istiqamah, berwawasan dan berpengalaman dalam menjalankan gerak kerja PAS sejak di pusat pengajian tinggi lagi. Sekarang ini, beliau adalah ahli PAS kawasan Pokok Sena sejak tahun 2001 lagi. Sejak itu beliau hanya memberi tumpuan membantu mengerakkan jentera PAS di kawasan Pokok Sena dan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Pokok Sena.

Pandangan rakan-rakan aktivis PAS Kubang Pasu berhubung kesudian cikgu Mohd Noor Hanapi kembali aktif sebagai ahli PAS Kubang Pasu adalah tepat dengan masa kerana beliau tinggal di Bandar Darulaman juga merupakan salah seorang naqib Usrah Qubra yang dijalankan oleh Jawatankuasa Memperkasa PAS KUbang Pasu.

Mohd Dzohir Hamid, mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu memberi reaksi kesudian Mohd Noor balik menjadi ahli di Kubang Pasu berkata, "pengalamannya cikgu Mohd Noor dalam Jemaah PAS amat luas, di samping beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan saf kepimpinan PAS di peringkat negeri dan pusat. PAS Kubang Pasu akan lebih kuat lagi jika beliau diberi ruang dan sokongan untuk memainkan peranan. khususnya dalam bidang tarbiyyah".

"Jika di teliti, masih ramai ahli-ahli PAS tinggal di Kubang Pasu ini yang sangat berwibawa, berpengalaman luas serta istiqamah dalam PAS yang kini mereka menjadi ahli di luar kawasan kerana sebab-sebab tertentu. Oleh itu, kesudian cikgu Mohd Noor balik menjadi ahli di Kubang Pasu adalah tepat pada masanya, sekaligus dapat menguatkan lagi saf kepimpinan serta jentera parti pada masa akan datang".

Basir Ismail, manta Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah berkata,"wajar sekali Mohd Noor balik ke Kubang Pasu untuk menyumbang bakti menguatkan PAS di tempatnya sendiri. Ini kerana, umum ketahui bahawa cikgu Mohd Noor juga adalah khatib dan setiausaha Masjid Al-Muktagqin di Bandar Darulaman yang amat sesuai di angkat sebagai salah seorang saf kepimpinan PAS Kubang Pasu masa depan".

Pengalaman, ilmu gerakan Islam dan kefahaman yang jelas tentang perjuangan PAS yang dimiliki oleh cikgu Mohd Noor akan dapat dimanfaatkan oleh PAS Kubang Pasu di masa akan datang.

"Sehubungan itu, kita mengharapkan PAS Kubang Pasu membatu memproses perpindahan keahlian Mohd Noor Hanapi tersebut supaya pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kubang Pasu, beliau boleh dicalonkan untuk bertanding mana-mana jawatan parti dalam PAS Kawasan Kubang Pasu', ujar Basir lagi.

Penulis difahamkan bahawa urusan pertukaran keahlian tersebut dalam pemerosesan dan akan diserahkan kepada Setiausaha PAS Kawasan Kubang untuk di ambil tindakan.

No comments: