Thursday, January 8, 2009

AKTIVIS PAS ANJUR ‘MALAM TAUTAN KASIH’

Aktivis PAS Kubang Pasu merancang menganjurkan program ‘Malam Tautan Kasih’ untuk meraikan tokoh-tokoh dan aktivis veteran PAS dalam kawasan Kubang Pasu pada bulan Mac depan.

Sehubungan itu, sebuah Urusetia Malam Tautan Kasih telah dibentuk malam tadi (Khamis) yang dipengerusikan oleh saudara Ir. Mohd Jamal Nasir yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kubang Pasu yang dilantik pada tahun lalu. Ahli Jawatankuasa Urusetia Malam Tautan Kasih lain yang dilantik terdiri Hj Taib Abdul Rahman sebagai Timbalan Pengerusi 1, Mohd Noor Hanapi, Timbalan Pegerusi 2 dan Basir Ismail sebagai Setiausaha dan seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa.

Menurut Hj Taib Abdul Rahman bahawa, “Malam Tautan Kasih merupakan jambatan untuk kita merapatkan PAS dengan aktivis veteran PAS dalam Kubang Pasu yang semakin diabaikan, di samping untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan semua lapisan ahli PAS”.

“Tujuan lain program ini ialah untuk mendekatkan aktivis PAS dengan bekas-bekas aktivis PAS masa lampau yang telah banyak menaburkan jasa kepada PAS Kubang Pasu di zaman muda mereka. Lebih-lebih lagi ada dikalangan mereka yang tidak dikenali oleh generasi aktivis PAS dan saf kepimpinan PAS sekarang, sehinggakan ada yang merasakan mereka telah disisih ataupun tidak dihormati”, tegas Hj Taib.

Harun Deraman, AJK Urusetia ‘Malam Tautan Kasih’ turut berkata, “sikap tidak peduli kita (PAS) kepada bekas-bekas aktivis PAS dalam Kubang Pasu menyebabkan berlaku kerugian jangka pendek dan jangka panjang dalam usaha kita mencapai kemenangan dalam PRU 12 lalu. Justeru PAS Kubang Pasu menjadi lemah dan kurang berjaya”.

“Kubang Pasu telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dan saf kepimpinan PAS bukan sahaja di peringkat negeri, bahkan pemimpin PAS Pusat. Ketokohan, kewibawaan dan sumbangan mereka kepada perjuangan sangat besar dan perlu disanjung” ujarnya lagi.

Basir Ismail, Setiausaha Uresetia Malam Tautan Kasih berkata, “sewajarnya program seumpama ini dianjurkan oleh PAS kerana ia merupakan program yang baik, sekaligus memperlihatkan sikap kita yang tidak sama sekali mengenepikan orang lama”.

“Kita (Urestia) akan merangka gerak kerja mulai awal Februari depan supaya program Malam Tauatan Kasih akan berjalan lancar dan mendapat sambutan hebat dari para jemputan. Urusetai telah bersetuju menyediakan peruntukkan sebanyak RM 7500.00 untuk menjayakan program ini yang akan melibatkan tetamu jemputan dari kalangan pemimpin PAS Pusat dan negeri Kedah Darul Aman’ Basir menambah.

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan sejak November tahun lalu, sekurang-kurangnya seramai 38 bekas aktivis PAS Kubang Pasu yang masih hidup dan akan dijemput sebagai orang yang diraikan. Kaum keluarga dan waris mereka turut di jemput untuk memeriahkan program yang akan diadakan nanti.

Sehubungan itu, mana-mana ahli PAS yang mempunyai maklumat berhubung aktivis PAS zaman lampau yang perlu diraikan supaya berhubung Urusetia di alamat : No 5A, Tingkat 2, Wisma Penawar, Pusat Bandar Darulaman, 06000 Jitra atau menghubungi Pegawai Khas, Mokhtar Hamid ( 012-475 8002 ).

No comments: