Sunday, January 11, 2009

SIASAT POSTER 'SI BOTAK KURANG AJAR'



ISU PASAR MALAM BATU 13, JITRA

Penguatkuasa DiTuduh Menghina Sultan Kedah dan Menteri Besar

Isu Pasar Malam Batu 13, Jitra telah mencetuskan kontraversi baru-baru ini (Isnin lalu), antara para peniaga dan petugas penguatkuasa ekoran tindakan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) mengarahkan para perniaga berpindah ke tempat lain.

Tindakan petugas penguatkuasa yang dianggap tidak berhemah dan terlalu menunjukkan ‘kuasa’ serta taat kepada arahan Yang DiPertua MDKP telah menyebabkan seorang penguatkuasa dituduh mengeluarkan kata-kata menghina Sultan dan Menteri Besar. (Lihat Gambar).

Difahamkan dibeberapa tempat pasar malam sekitar Jitra tersebar poster bertajuk “Si Botak Kurang Ajar..” yang merakamkan kata-kata “Aku kerja dengan datin..tak heran MB ka…Sultan kaa…” telah menjadi bualan rakyat di kawasan ini.

Mustafa Mat, 72, seorang pengusaha warung kopi di Taman Jitra berkata, “ saya terkejut apabila mendapati pada awal pagi Rabu lalu sebanyak tiga keping poster ‘Si bOtak Kurang Ajar..” yang diletakkan di atas meja warung kopi. Sungguh terkejut dan memalukan setelah membaca tukisan yang terkandung di dalam poster tersebut yang merakamkan kata-kata penguatkuasa (Si Botak) yang menghina Sultan dan Menteri Besar.

“Jika sungguh dia kata….memnag tak patut. Dia tu kerja bawah kerajaan dan kerajaan pula di bawah Sultan. Kalau nak marah peniagapun, janganlah sampai nak hina Sultan dan Menteri Besar”, ujarnya.

Abd Manap Hashim, 49 seorang pesara tentera pula berkata, “ Penguatkuasa ni telah menghina Sultan. Kenapa nak campur masalah peniaga dengan Sultan. Rakyat seluruh negeri sanjung dan hormati Sultan”.

“Perkara ini perlu disiasat kerana ia melibatkan maruah Sultan dan Menteri Besar. Penguatlkuasa adalah seorang kakitangan kerajaan, sepatutnya dia tak kata macam tuh. Jaga sikit kata-kata kerana ia amat sensitif”, ujar Manap.

Zaini Baharom, 39, Setiausaha Peniaga-Peniaga Pasar Malam/Pasar Sehari Daerah Kubang Pasu pula berkata, “saya dimaklumkan oleh peniaga pasar malam di Taman Mahsuri bahawa mereka mendapati poster-poster ‘Si Botak’ di tampal di sekitar pasar malam dan ia telah menjadi bahan bualan antara para peniaga”.

Katanya lagi, “ramai peniaga yang memaklumkan kepadanya bahawa memang mereka mendengar kata-kata oleh penguatkuasa tersebut pada hari kejadian kekecohan di tempat pasar malam Batu 13, Jitra minggu lalu. Ramai peniaga yang memang marahkan kepada penguatakuasa tersebut yang dianggap kurang ajar serta biadap, bukan sahaja terhadap para peniaga, malah juga kepada Sultan”.

“Soal poster ini tidak tahu siapa yang lakukan. Saya ingin menegaskan bahawa pihak persatuan tidak mengeluarkan poster ini, walaupun ada pihak yang menyangka ia merupakan tindakbalas dari pihak peniaga kerana marahkan MDKP yang mengarahkan kami berpindah ke tempat lain”, ujarnya lagi.

Pemantauan yang di buat, para peniaga dan beberapa NGO bersetuju hadir ke himpunan mendesak kerajaan Pakatan Rakyat memecat ‘Si Botak’ pada 15 Jan depan, bertempat di Pekan Jitra (Tapak Pasar Malam Jitra), jam 10 pagi.

Menurut Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Hj. Ismail bahawa, PEMBELA sememangnya memantau dan mengambil berat isu pasar malam dalam daerah Kubang Pasu yang sejak akhir-akhir ini menimbulkan banyak kontroversi, sehingga ada maklumat bahawa para peniaga akan membakar bendera PAS jika mereka diarahkan berpindah ke tempat lain.

Basir menambah, “pihak MDKP kenalah rasional dalam pertimbangan mereka untuk mengarahkan para peniaga pasar malam ke tempat lain. Ini kerana ia melibatkan perniagaan (Untung-rugi) para peniaga berkenaan. Timbanglah sama pandangan peniaga sebelum bertindak”.

“PEMBELA difahamkan bahawa para peniaga pasar malam adalah terdiri golongan bumiptera (Melayu Islam) yang ingin mencari nafkah bagi menyara kehidupan keluarga mereka. Mereka yang berniaga ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Jika mereka tidak boleh berniaga atau berniaga di tempat yang boleh mendatangkan kerugian, bagaimana mereka nak hidup”, tegasnya lagi.

Oleh itu, PEMBELA berharap pihak MDKP dan kerajaan Kedah dapat membuka sedikit ruang kepada para peniaga. Di samping, menyiasat tuduhan yang mengatakan seorang penguatkuasa MDKP yang menghina Sultan dan Menteri Besar Kedah. Tindakan tegas perlu di ambil kerana ia melibatkan kewibawaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah pada masa sekarang.

No comments: