Friday, January 9, 2009

HIMPUNAN RAKYAT BERSAMA HJ. MOHAMAD SABU

HIMPUNAN BANTAHAN TERHADAP ISRAEL AKAN DITERUSKAN

Himpunan membantah pencerobohan Israel di bumi Palestin anjuran Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Jerlun akan diteruskan pada setiap Jumaat sekiranya Israel tidak memhentikan tindakan menyerang bumi Palestin.

Basir Ismail, Setiausaha Jawatankuasa Himpunan, juga Setiausaha Agung PEMBELA berkata, “Kami akan terus mengadakan domonstrasi dalam daerah Kubang Pasu selagi Israel menyerang bumi Palestin Demonstrasi secara aman yang diadakan bertujuan untuk membangkit kesedaran kepada umat Islam setempat berhubung tindakan kejam, zalim dan tidak berperi kemanusiaan regim Isreal ke atas penduduk dan bumi Palestin”.

“Isu Palestin merupakan isu sejagat yang perlu ditangani oleh seluruh umat manusia yang cintakan kedamaian, kesejahteraan, keadilan serta ia berhubungkait secara langsung dengan pegangan akidah umat Islam, katanya.

Basir menambah, “kita mahu seluruh umat Islam menfokus kepada kebejatan golongan Yahudi yang dilaknat oleh Allah SWT, di samping menyedarkan rakyat bahawa persoalan Palestin adalah melibatkan maruah serta agama Islam”.

Demonstrasi siri kedua akan diadakan di pekan Changlon pada Jumaat (16 Jan) depan.

“Insya allah… pihak kami sedang mengatur satu siri Himpunan Rakyat secara besar-besaran melibatkan 4 kawasan iaitu Kubang Pasu, Jerlun, Pokok Sena dan Alor Setar pada cuti Tahun Baru Cina depan, jam 5 petang, bertempat di Bandar Darulaman. Tokoh yang diundang hadir sama ialah Tuan Hj. Mohd Sabu, Naib Presiden PAS, YB. Hj. Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat dan Tuan Guru Hj Abdul Rahim, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, di samping pemimpin Dewan Pemuda empat kawasan berkenaan”, ujar Basir.

Di majlis tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Jerun mewakili seluruh Jawatankuasa Himpunan Membantah Pencerobohan Israel di Bumi Palestin akan membacakan ikrar Pemuda Islam dan menyerahkan kutipan derma orang ramai yang dianggarkan bernilai RM 10 kepada Naib Presiden PAS Pusat untuk disampaikan kepada Hamas dan umat Islam Palestin.

No comments: