Tuesday, January 13, 2009

ISU PASAR MALAM : SAAD USUL MDKP HANTAR MEMO KEPADA MB

Isu pasar malam Batu 13, Jitra semakin panas, apabila salah seorang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (PKR) mengusulkan Majlis Daerah Kubang Pasu membuat memorandum mengkaji semula kedudukan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang membantah perlaksanaan memindahkan para peniaga pasar Malam Batu 13, Jitra baru-baru ini.

USUL HANTAR MEMORANDUM KEPADA MB KEDAH

Sumber yang diperolehi bahawa Mesyurat Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Pentadbiran Daerah Kubang Pasu yang diadakan petang (Selasa) telah bersetuju menerima usul Saad Ismail, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu juga sebagai Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Pentadbiran Daerah Kubang Pasu supaya Majlis Daerah Kubang Pasu menghantar satu memorandum mengkaji semula kedudukan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang memihak kepada peniaga pasar malam kepada Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Usul berhubung memorandum tersebut adalah berpunca tindakan seramai 13 orang Ahli Majlis Dearah Kubang Pasu yang menurunkan tandatangan menyerahkan memorandum bantahan penguatkuasaan memindahkan seramai 150 orang para peniaga pasar malam di Batu 13, Jitra ke tempat lain iaitu Taman Suria sekitar 1 kilometer dari tempat asal.

Sebelum ini, seramai 13 dari 15 orang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu telah bersetuju menurunkan tanda tangan di dalam memorandum membantah perlaksanaan penguatkuasaan pemindahan para peniaga pasar malam Batu 13, Jitra ke tempat baru yang diserahkan kepada Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu pada 3 Jan lalu. Namun dua orang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (PKR) telah mengambil tindakan berkuacali @ tidak bersetuju dengan tindakan 13 orang lagi rakan mereka membantah perlaksanaan penguatkusaan pemindahan pasar malam tersebut dan tidak menurunkan tandatangan ke atas memorandum tersebut.

Tindakan Saad Ismail mengusulkan memorandum mengkaji kedudukan Ahli Majlis sungguh mengejutkan aktivis PAS dan PKR serta para peniaga pasar malam. Nampaknya, beliau telah hilang halatuju dan peranannya dalam Majlis Daerah Kubang Pasu yang telah diamanahkan oleh kerajaan negeri dan partinya. Peranan yang sepatutnya dimainkan untuk membela kepentingan para peniaga di selesaikan dengan cara. Alasannya para peniaga mesti ikut arahan kerajaan, kerana kerajaan yang berhak menentukan apa yang baik dan sebaliknya kepada mereka.

Apa maksud dan tujuan Saad mengusulkan supaya dihantar satu memorandum untuk mengkaji kedudukan Ahli Majlis yang pro para peniaga pasar malam Batu 13 kepada Menteri Besar Kedah ?

Adakah beliau berkeyakinan bahawa Ahli Majlis yang berkenaan telah bercanggah dengan kepentingan kerajaan ataupun telah berjaya diperalatkan oleh mana-mana pihak. Perlu dijelaskan bahawa Saad sendiri sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak tertentu yang sememangnya berselindung di sebalik kuasa dan undang-undang untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat pilihan rakyat dalam PRU 12 lalu.

Dari cakap-cakap yang tersebar luas, Saad sememangnya ingin merapatakan dirinya dengan pihak pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu. Tujuannya tidak diketahui. Tapi..kita tunggu dan lihat, Saad dan Majlis Daerah Kubang Pasu dalam masa terdekat ini.

Sejak dari awal lagi, aktivis PAS tidak bersetuju dengan perlantikkan Saad sebagai Ahli Majlis mewakili PKR. Dalam PRU 12 lalu, Saad yang dikatakan sebagai ahli PKR Kubang Pasu tidak langsung melibatkan diri, samada membantu calon PKR di DUN Bukit Kayu Hitam maupun calon-calon PAS yang bertanding di DUN Jitra dan Parlimen Kubang Pasu. Tetapi kerana ingin menjaga hati dan ketika itu Keadilan Kubang Pasu belum sempat menilai ahli-ahlinya dalam Kubang Pasu yang lebih layak darinya maka Saad bernasib baik.

Sikap Saad yang keterlaluan sehingga menikam rakan Ahli Majlis amat dikesali serta merupakan wajah sebenarnya menyertai PKR selama ini.

No comments: